RIS4

16 3 0
                                    

" Wah, Zaf dah berubah ke ? Dia ponteng kelas wey. "

Ryan mengeluh kecil. Sudah masuk kali ke berapa entah Irdina mengulang ayat yang sama. Dia cuba untuk fokus pada pensyarah mereka itu tetapi wanita itu kerap kali mengulang ayat yang sama membuatkan dia stres. " Can you stop ? She's our friend, mestilah Zaf nak teman Lia bila Lia perlu. You know how close they are. " Bukankah mereka sudah tahu tentang kerapatan Amalia dan Zafril ? Bahkan dua orang itu yang mula-mula mengwujudkan kumpulan mereka itu.

" Wey Han, kau tak rasa ada something ke between Zaf dengan Lia ? " Dia memutarkan bola matanya apabila mendengar kata-kata wanita itu. Irdina benar-benar menguji kesabarannya tanpa sedar. " I don't think so but actually..I do think so. " Ryan berkerut mendengar jawapan Farhan itu. Cubalah lelaki itu beri satu jawapan yang tetap. Dia jadi cemburulah macam ni. Wanita itu terlalu kerap bertanya tentang Zafril.

" Guys, they're just a couple that their fans created. They're not even real ! " Naik turun dadanya kerana terlalu marah dan tanpa dia sedar, semua manusia di dalam dewan itu sedang melihat ke arahnya termasuklah pensyarah mereka. " Mr Ryan, I'm talking about our economy right now and you said that they're not even real ? What's wrong with you ? " Dia menggigit hujung bibirnya sebelum kembali memandang ke arah pensyarahnya itu dengan senyuman dibibir. Otak bijaknya cuba memproses sebarang alasan yang boleh dia berikan.

" Tak prof, Dina..aish~ "

Ryan mengeluh kecil apabila otaknya gagal memberinya sebarang alasan. Kenapa masa-masa kritikal ni pasti susah nak buat alasan ? " So you really don't wanna be in my class ? " Suara pensyarahnya itu memang sangat lembut tetapi ayatnya itu buatkan dia rasa bersalah. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya sambil masih berfikir. " I'm sorry prof, I can't help but thinking about Lia prof. Saya risau jadi apa-apa dekat dia. " Mereka sudah maklumkan sebelum ini yang Amalia kemalangan jadi dia fikir, itu mungkin boleh jadi satu alasan yang bagus.

" Hm. Jangan buat lagi, fokus dalam kelas. Lepas kelas pergi jenguk dia. Kirimkan salam saya sekali. " Selepas pensyarahnya itu berlalu pergi, dia melepaskan nafas lega. Jantungnya boleh tercabut hanya kerana itu. " You have to control your anger doh, Ryan. " Kata-kata Irdina itu membuatkan dia bengang. Siapa juga yang buat dia jadi macam ni ? Siapa lagi kalau bukan wanita itu sendiri. Dia tak pernah jadi macam ni dengan orang lain tetapi disebabkan dia sukakan wanita itu, dia jadi begini. Jadi tak tentu arah.

" Ryan, teman aku lepas kelas ni. Aku nak pergi somewhere. "

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now