13

7.7K 546 48
                                    

Ethan membetulkan hoodie di kepalanya. Mask hitamnya dipakai supaya tiada sesiapa mengenalinya. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan.

Semasa naik ke lif, banyak juga mata yang memandang curiga terhadapnya. Mungkin mereka fikir ethan seorang perompak atau pernculik kerana penampilannya yang serba hitam. Seluar jeans hitam hoodie hitam dan mask hitam.

Apabila sudah sampai ke tingkat 5 ethan berjalan jalan sambil melihat di mana nama yang dikehendakinya.
Dia terlihat ada sebuah bilik yang lebih besar berbanding pekerja lain.

Gotcha!

Ethan mengetuk pintu bilik tersebut. Pekerja lain hanya mampu memandang kerana berasa takut akan ethan.

"Masuk!" Apabila suara di dalam kedengaran, Ethan pantas masuk dan menutup pintu. Klik! Pintu dikunci.

"Kau siapa?" Ethan tersenyum sinis tetapi tiada siapa boleh nampak termasuk lelaki di hadapannya. Usia anggaran lelaki di hadapannya adalah 40 an. Ethan berjalan jalan di sekitar bilik itu berlakon melihat sekeliling bilik.

"Aku nak kau padam berita pasal CEO tu dan bagitahu mana kau dapat gambar tu." Tanpa menjawab soalan lelaki itu, ethan terus menyerangnya dengan tujuan dia datang ke sini tanpa memandang wajah lelaki itu.

Dah cukup straight to the point dah ni. Kalau tak faham juga, tak tahulah.

Lelaki yang sedang duduk itu tersenyum sinis.
"Aku tak nak dan tak akan bagitahu kau." Mungkin kerana dia berasa ethan tidak mampu lakukan apa apa menbuatkan dia berani menentang ethan. Entah siapa siapa lepas tu nak serang aku!

Ethan berhenti melihat bingkai gambar. Dia berpusing dan selamba duduk di kerusi berhadapan lelaki . Dia memandang papan nama di atas meja.

"Encik aziz. Kalau aku suruh buat..kau buat jela. "

Helemak orang tua ni. Aku dah suruh cara baik kan? Memang nak muka lebam jugak ke baru nak buat?

Aziz memandang anak muda yang berpakaian seperti penjenayah di hadapannya. Hampir keseluruhan wajah ethan ditutupi menghalang dia untuk mngenalpasti siapa anak muda ini sebenarnya.
"Disebabkan kan berita ni, aku menjadi semakin berjaya. Kau bagi dulu berita apa yang paling menarik selain berita pasal CEO ni,barulah aku buat."

Ethan gelak kecil. Dasar kaut untung dari hasil haram orang tua ni!
"Berita apa paling menarik eh? Ha aku tahu. Seorang ketua editor dijumpai mati kerana dipukul tanpa henti." Ethan berkata sambil dia membuka hoodie yang menutupi kepalanya dan menampakkan mata biru tajamnya. Masknya diturunkan perlahan.

Aziz sudah terkelu. Ini bukankah..

"Yes aku daniel ethan. Aku nak kau buat macam apa aku suruh. Kalau kau tak buat..kau terpaksa lah terima apa akibatnya." Ethan memandang aziz dengan pandangan membunuh. Geram sangat ni. Nasib baik keimanan aku tinggi. Kalau tak aku dah cakar cakar manusia depan aku ni. Rawr!

Aziz sudah gelabah bagaikan ada singa sedang menunggu untuk menerkamnya.
"Kau nak apa?"

Ethan memeluk tubuh bersahaja.
"Kan aku dah bagitahu aku nak kau padam artikel tu."

Aziz segera mengangguk.
"Ba..baik aku padam." Tergagap terus kerana perasaan seram yang sudah mula menyelubungi diri.

Ethan mengangguk. Bagus..bagus. akhirnya akur juga kau.
"Eh ada lagi satu. Siapa yang bagi kau gambar tu?" Sekali lagi dia memandang tepat wajah aziz.

Aziz menelan air liur. Takkan la dia ingin memberitahu mana sumber yang dia dapat. Nak beritahu ke?

"Kau jangan sampai aku buat apa apa pada rashida. Tak pun..aiman?" Ayat yang keluar dari mulut Ethan sudah mampu membuat aziz takut.

"Tolong jangan apa apakan bini dan anak aku." Aziz terus ingin memegang tangan ethan. Ethan mendecit dan menarik tangannya menjauhi aziz.

"Kalau macam tu bagitahu jela!" Kuat ethan bercakap. Dia datang sini bukan untuk bermain atau membuang masa. Bila bila masa sahaja penumbuknya boleh melayang ke muka lelaki itu. Tak kisahla tua ke muda! Dia sudah mencari maklumat dari A to X and then Z pasal lelaki ni sebelum datang ke sini. Sebab itulah dia tahu tentang keluarga azizi. Baru ugut sikit terus goyang lutut.

"Ada...ada orang nama luth!luth yang bagi aku suruh viralkan!" Jelas aziz sambil menunduk. Takut dan kesal.

Ethan mendengus.
" tu pun susah sangat ke kau nak jawab. "Ethan terus bangkit ingin keluar dari situ. Malas ingin berlama di situ. Buat sakit hati je!

Baru sahaja dia ingin memusingkan tombol pintu dia mengalihkan wajah memandang aziz yang seperti takut kepadanya.

"And one more thing, kalau ada sesiapa tahu aku datang jumpa kau, kau tahula apa nasib kau ! Faham?" Arahan ethan terus dibalas anggukan laju aziz. Serius dia tidak berani memandang mata biru membunuh itu. Terasa begitu sesak nafasnya.

Ethan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya apabila dia sudah keluar dari bangunan itu.
"Hello sir?"

"Yes eric. I want you to search who is luth in raisya's life. Understand?" Arahnya tegas. Hanya eric sahaja tahu siapa maysarah raisya kerana ethan yang menyuruh eric mencari maklumat tentang gadis itu.

"Err okay sir!" Eric pelik. Uish garangnya suara dia. Baru lepas gaduh ke? Tapi memang bukanka dia 24 jam garang? Eh termengumpat bos sendiri pula!

Ethan terus menutup telefonnya. Dia membuka pintu kereta mewahnya dan terus meluncur laju dari situ.

***********************************

"Assalammualaikum. " ethan memberi salam.

"Paklong!!!!" Terus bibirnya tersenyum melihat anak saudaranya yang sudah berlari ke arahnya ingin memeluknya. Ethan pantas menangkap tubuh itu dan mendukungnya tinggi.

"Paklong dah lama tak jumpa hadif!" Luah kanak kanak itu sambil memeluk tubuh.

Ethan pasrah. Paklong pun paklonglah.
Dia mencakung supaya ketinggian sama dengan hadif.
"Uncle busylah. Lepas ni uncle janji akan main dengan hadif."

"Fine.." hadif terus melangkah dan duduk di atas sofa.

"Dah besar pun merajuk!" Kecam ethan sambil matanya melihat athif yang baru turun.

Selepas mereka berpelukan, athif dan ethan mengambil tempat di kerusi laman rumah athif. Athif duduk di kerusi berhadapan ethan.

"So abang dah tahu siapa punya angkara?"
Tanya athif sambil melihat wajah abangnya.

"Dah." Athif mengangguk mendengar jawapan ethan. Alhamdulillah.

"Tapi ada benda lagi penting abang nak bincang." Athif terus menfokuskan telinganya untuk mendengar.

"Apa?" Ethan mengeluh. Dia mengetap bibir. Malu ingin menyampaikan hasrat hati.

"Abang nak kahwin. "

Terus membuntang mata athif. Serius ah?
"Serius la bang? Wah abang nak kahwin?gilalah!" Abangnya yang selama ni pandang wanita sebelah mata ingin berkahwin? Dunia ni dah terbalik ke?

Ethan memandang pelik reaksi athif yang seperti amat terkejut mendengarnya. Pelik sangat ke daniel ethan nak kahwin?
"So teman abang.abang nak korang teman abang meminang dia. Pergi rumah dia."

"Wahh bila jumpa jodoh? Tula haritu bukan main lagi.tak pentingla jodoh ni semua. Sekali sekarang ni cepat cepat nak meminang." Usik athif sambil mencucuk cucuk bahu ethan.

Ethan menjeling sekilas ethan. Budak ni aku hempuk jugak kang?
" eleh athif pun sama! Acah je beku last last cair dengan qisya."

Athif terciduk. Memang benar semasa zinnirah qisya iaitu isterinya cuba memikatnya,dia sangat tidak melayani mana mana perempuan termasuk qisya. Jual mahal! Tetapi tidak tahula mengapa tiba tiba hatinya jatuh cinta pada si gedik qisya itu.
"So bila abang nak buat?" Terus athif menukar topik perbualan mereka. Malu pula apabila rahsia rumah tangganya dikorek.

Ethan kembali serius. Walau dia sebenarnya ingin menggelakkan adiknya.

"As soon as possible."

Tak sangka pulak luth penjenayah! Tekan star kecil tu ha and minta maaf typo ya? Enjoy!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now