Sila baca Bab 19 dulu kalau belum baca yer. Sebab ni double updte.
Pemetik api disimpan ke dalam kocek seluar jeansnya apabila putung rokok dipegangan jarinya mula mengeluarkan asap.
Tanpa menunggu lama rokok itu disua kearah mulutnya lalu dihisap cepat,tak mampu menahan godaan barang terlarang itu.
"ahak ahak!" terbatuk Nayra dibuatnya kerana menghisap dengan tergesa-gesa. Habis berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.
Sudahla dia merokok dengan hati yang berdebar, risau jika Noah mengetahui aktivitinya sekarang.
Tambahan lagi hampir 2 minggu dia tidak merokok, memang gian dia lain macam bila dah dapat rasa sekarang.
Pergerakannya sudahla disekat oleh Tan Sri Nizam, memang ditegah habis- habisan supaya Nayra tidak merayau melainkan untuk ke sekolah.
Semua kemewahan yang Nayra Aisyah banggakan selama ini sekelip mata sahaja lesap dari pandangan mata.
Tiada lepak,travel, shopping, nightclub dan kenderaan.
Kunci kereta Axia kesayangan gadis itu juga sudah dirampas, elaun bulanan yang selalunya 5 ribu kini dikurangkan hingga 500 ringgit sebulan.
Menyesal menggunung kerana tidak menyimpan wang dari dulu, selalunya 5 ribu itu akan habis dijolikan olehnya.
Tak sampai sebulan 5 ribu di dalam simpanannya akan lesap dengan mudahnya.
Memang sikapnya tidak pandai berjimat cermat.
Sekarang pun sama sahaja, dia dapat keluar pun kerana Noah. Entah apa yang dibanggakan sangat dengan si Noah tu.
Apabila jejaka itu meminta diri hendak ke tandas cepat-cepat Nayra berlalu ke belakang kafe musik itu untuk menghisap rokok.
Selama 2 minggu ini dia terasa amat terkurung dan tidak bebas. Mahu merokok lagi lah susah.
"aku dah kata jangan merokok" baru saja ingin disua kembali rokok itu ke mulut, tiba-tiba putung rokok itu diambil oleh seseorang secara mengejut.
Terkebil-kebil Nayra melihat Noah yang sudah mencampakkan kasar putung rokok yang masih berbaki itu ke atas lantai lalu dipijak dengan kasutnya.
Tangan yang naik kerana memegang rokok tadi disorok kebelakang tubuh, terasa terkejut tahap dewa apabila tertangkap.
Selesai dipijak-pijak terus Noah menyepak rokok yang sudah terpadam asapnya ke tepi jalan.
Dasar, bukan nak buang dalam tong sampah.
"maaf, aku tak tahan" kata Nayra tanpa memandang wajah Noah.
Jelas sekali raut kecewa terpancar di wajah lelaki itu, disangka Nayra akan berusaha untuk berubah tapi nampaknya gadis itu lansung tidak peduli.
"Nayra Aisyah.." panggil lelaki itu perlahan. Tangan Nayra yang memegang rokok tadi ditarik daripada disorok di belakang badan gadis itu.
"aku tak desak kau berubah , tapi benda ni boleh merosakkan kesihatan kau" lembut sahaja suara Noah supaya Nayra tidak terasa hati.
Melihat ekspresi Nayra sahaja membuatkan Noah tidak jadi nak marah.
Nampak sangat Nayra sedang menahan malu , kerana ini kali pertama Noah melihat Nayra merokok dihadapannya.
Sebelum ini lelaki itu hanya melihat aktiviti tidak bermoral Nayra, Kathrina , Sazzy dan Jane melalui gambar dan video sahaja.
"a-aku tahu, tapi aku dah terbiasa hisap benda tu sebab aku rasa tenang dengan merokok" ujar Nayra apabila Noah mula mengeluarkan sanitizer dari poket seluarnya.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...