Lirik lagu ni amat sedih kalau korang faham betul2.Ok sambung seterusnya................
Seminggu Adawiyah tidak hadir ke sekolah menimbulkan ke kecohan di sekolah. Bukan guru-guru ye yang kecoh tapi murid-murid. Bukan apa, Adawiyah jarang tak hadir ke sekolah. Itu yang jadi topik hangat. Bila tanya Isqandar, dia hanya senyap.
"Seminggu juga Adawiyah tak datang." Watisya mengeling ke Irdiana yang sibuk melihat meja Adawiyah.
"You rindu 'BFF' you tu ke?" soal sinis Watisya.
"Biarlah dia tak datang lagi baguskan. Ke you yang rindu dekat 'BFF' you?" seloroh Winda yang sibuk dengan kukunya.
"Bukan rindu tapi sekarangkan orang tengah pasal dia je. Dah lah malas nak layan korang ni. Aku nak pergi tandas jap. " Tipu Irdiana. Dia terus ke rooftop malas nak duduk lama dengan diaorang sebenarnya.
Mata Irdiana tertacap sosok tubuh seseorang yang amat dikenalinya.
"Isqandar kau buat apa dekat sini?" Isqandar hanya biar sepi pertanyaan Irdiana.
"Isqandar kau tahu tak kenapa Adawiyah datang sekolah?" Isqandar memandang sinis ke Irdiana.
"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Adawiyah pulak? Bukan kau benci dia ke? Irdiana jangan ingat aku tak tahu apa yang terjadi minggu lepas ye. Kenapa kau perlu sakitkan Adawiyah sedangkan dia tak pernah sakitkan kau?" Irdiana kelu untuk kata-kata.
Dia pun tak tahu kenapa dia buat Adawiyah macam tu. Dia cuma terhilang kawalan.
"Isqandar aku tak boleh kawal amarah aku waktu tu tapi... Kenapa kau beria-ria pertahankan dia? Siapa dia buat kau?"
"Hmmm... Aku beria-ria pertahankan dia sebab aku sayang dia macam nyawa aku sendiri dan bagi aku dia My princess. Tiada siapa boleh sakiti dia termasuk kau. Kalau kau ada perasaan sukakan aku baik kau lupakan. Ingat tu!!" Terus Isqandar pergi.
'Apa lebihnya dia dan apa yang kurangnya aku. Kenapa kau tak pernah sedar yang aku suka kau. Kalau nak tahu aku pun tak sanggup nak lukakan dia.'Rintih hati Irdiana.
Sementara itu....
Adawiyah memandang di luar tingkap hospital sambil termenung berita ibu ayah yang baru ketahuinya.
Di rumah Isqandar
Ruang baca... Isqandar menceritakan apa yang berlaku 10 tahun yang lalu.
"Mak ayah kau dan kau pernah terlibat kemalangan 10 tahun yang lalu. Mak ayah kau meninggal di tempat kejadian manakala kau koma selama 1 bulan. Waktu kau sedar kau alami amensia. Doktor kata takut kau stress kalau kau tahu mak ayah kau meninggal sebab tu tiada siapa berani ungkit pasal ni dan sebab tulah tiada siapa pernah cakap dulu hubungan kita." Isqandar mengeluh melihat wajah keruh Adawiyah.
"Waktu tu kitaorang nak pergi mana Isqandar? Kenapa aku tak ingat kejadian tu dan kau?"
"Kau dengan your parents nak pergi holiday dalam masa yang sama nak sambut birthday kau. Aku tahu benda ni akan jadi kau stress sebab kedua kalinya kau kehilangan orang yang kau sayang di birthday kau."
"Jadi betul ke kau abang susuan aku? Yang kau pernah ceritakan dulu tu bukan main-mainkan? Tapi kenapa kau tak de waktu aku bangun daripada koma? Kenapa aku tak ingat kau pun?" empangan air mata mula pecah menuruni pipi Adawiyah.
Sakit sangat bila tahu pekara sebenar... Patut selamani dia rasa hidupnya penuh dengan tanda tanya dengan misteri mimpi yang selalu dapat. Rupanya semua itu ada memoris yang dulu telah hilang.
"Ye betul apa yang aku pernah ceritakan dulu waktu first time aku datang rumah mak long selepas waktu nenek kau meninggal. Sebelum ni pun aku pernah cerita. Dulu keluarga kau dengan aku jiran dan rapat sangat bila umi dengan walid ada kerja aku duduk dengan dengan kau tapi aku kan alahan dengan susu formula so mak yang susukan dan rawat aku bila my presents tak de. Sebabkan tu juga kita rapat sangat tapi disebabkan peniagaan ayah aku. Aku terpaksa pindah tapi waktu aku tahu kau kemalangan aku cuba nak melawat dan jaga kau tapi aku dengan keluarga aku waktu tu ada dekat luar negara.... I'm so sorry aku tak de bila kau perlukan aku tapi kau kene tahu tak pernah sekali pun aku lupakan kau. Aku sedih bila kau first time jumpa aku balik. kau tak ingat aku." Isqandar memeluk Adawiyah lalu Adawiyah meletakkan kepalanya di bahu kanan Isqandar.
Dia benci tengok Adawiyah menangis. Isqandar mengusap kepala Adwiyah yang beralas tudung. Bahu Adawiyah terhinjut-hinjut menangis punya pasal. Habis basah baju Isqandar..
"Adawiyah selama ni aku ada je perhatikan kau dari jauh... Aku tahu kau selalu perasankan ada orang ikut kau tapi kalau bukan aku pun anak buah aku yang aku hantar untuk awasi kau dari jauh untuk aku tahu setiap perkembangan kau. Aku minta maaf sebab tak munculkan diri aku selama ini depan kau."
Isqandar menyanyikan lagu ini untuk Adawiyah. Sehingga Adawiyah tertidur di bahu Isqandar.
Adawiyah tersedar kembali pabila umi menepuk bahu Adawiyah.
"Assalammualaikum putri umi. Macam mana ok tak rawatan dekat sini? kalau tak selesa ke apa ke terus bagi tahu umi. nanti umi cari lagi bagus untuk Adawiyah"
Adawiyah pula rasa sebak terkenang rasa kasih sayang seorang ibu ke anaknya.
"Hey, kenapa anak walid ni hmmm? Umi buat apa sampai Wiyah nak nangis ni? Biasa dia ni."Ujar walid yang baru sampai.
Walid acah memarahi umi. Umi apa lagi terus tarik muka masam. Adawiyah hanya mengeleng kepala dan tersenyum bila melihat kemesraan mereka. Dapat Adawiyah rasakan kebahagian walaupun dia tahu ia mungkin sekejap.
"Tak lah umi mana ada buat apa-apa. Cuma Adawiyah je emo je lebih. Bukan apa Adawiyah cume teringat tentang ibu dengan ayah. Kalau mereka alangkan bagus boleh tengok Adawiyah membesar. Tapi Allah lebih sayangkan mereka tak apa lah."
Tengku Rizal dan Tengku Amira sayu dan kagum melihat anak susuan mereka. Sungguh tabah dalam menempoh ujian. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang bukan mudah buat gadis seusia dia.
"Kami kan ada. InsyaAllah kami boleh jaga kamu sebaiknya seperti amanat arwah ayah dan ibu kamu minta menjaga kamu sepenuh hati. Kami tak pernah membezakan kamu dengan Raf" Mereka memeluk Adawiyah.
"Ya Rabbi. Andai kata ini pelukan dan kebahagian yang selama ini aku cari yang terakhir aku mohon pada-Mu hentikanlah waktu ini untuk seketika."
YOU ARE READING
Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)
General FictionCOMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling melengkapi. tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, baik atau jahat mereka akan tetap dan lalui bersama kecuali maut yang memisahkan mereka. ...