Tangga yang terletak di tepi ruangan tengah tingkat 2 dituruni secara perlahan dan berhati-hati.Tangan kanannya yang memegang telefon pintar itu ditaip laju membalas perbualan rakannya di group whatsapp. Sesekali ketawanya pecah.Maklumlah semuanya masuk air.
Sampai sahaja di tangga terakhir,kakinya terhenti.Bau enak masakan masuk ke rongga hidungnya.Pantas dihidunya lagi seraya kedua belah matanya ditutup.
"Hmm..macam lauk ikan patin tempoyak je."
Kakinya laju melangkah ke dapur.Tiba sahaja,kelihatan seorang wanita bertungkus-lumus menyediakan juadah makanan tengahari.Ke hulu-ke hilir dari meja makan ke dapur.Lauk-pauk semuanya sudah terhidang di atas meja.
Tercengang sekejap.Juadah mereka dilihat satu-persatu.Memang sudah tentulah terliur,tapi yang menjadi masalahnya..
"Mama?Banyaknya masak."Puan Intan yang baru sahaja mengeluarkan jag menoleh memandang Hana.
"Hana..mari sini."laju sahaja kakinya melangkah.
"Tolong buat air."arah Puan Intan.Buah tembikai yang masih belum dipotong,diambilnya dari peti sejuk.
"Hana.Tercegat apa lagi.Cepat lah."Hana yang sedari tadi terleka melihat mamanya,pantas tersedar.Cepat-cepat sunquick dicapai.
**********
Matanya ralit memerhatikan pemandangan di luar tingkap cermin kereta.Kawasan perumahan itu menjadi tatapannya sejak kereta yang dipandu bapanya melepasi pondok pengawal yang menjaga keselamatan kawasan tersebut.
Nafas dihembus perlahan.Cuba untuk mengawal perasaannya ketika itu.Perasaan yang mula bercampur-baur.Dia sendiri tidak pasti.Apa yang menjadi kepastiannya ialah perasaan gugup dalam diri.
Tangannya yang semakin sejuk akibat 'aircond' kereta dibiarkan begitu sahaja.Cuba untuk kelihatan tenang.Terutama di hadapan ibubapanya.Cermin pandang depan dilihat seketika sebelum menyedari sepasang mata yang turut memerhatikannya.Laju sahaja,anak matanya dilarikan.
Ok.Chill.
"Mana rumahnya?Dah banyak kali dah pusing tempat yang sama."
Pertanyaan dari si bapa bagaikan angin lalu baginya.Tiada kata-kata yang mampu dikeluarkan.Dia sendiri juga begitu asing dengan kawasan ini.
"Sabar jap.Saya cuba whatsapp dia."
"Haa..yelah."
Telefon pintar diambil dari poket seluarnya.Macam biasa.Tiada notifikasi.Pantas hujung jarinya menekan aplikasi Instagram.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Empat minit.
"Rasanya betul dah yang ni."
Terus matanya dikalihkan ke sebelah.Rumah banglo 2 tingkat menjadi tatapannya.Tidak berkelip matanya melihat kediaman rumah banglo itu.Cantik dan kemas!
Tidak lama kemudian,sepasang suami isteri yang mungkin sebaya dengan ibubapanya muncul di muka pintu.Senyuman tak lekang dari wajah mereka.Tidak semena-mena rasa gugupnya datang kembali apabila mengenangkan sebab sebenarnya dia dipaksa untuk ikut bersama.
"Dah!Jom turun."
Dengan perlahan-lahan,pintu kereta ditolak.Sebaik sahaja kakinya menjejak tanah,dapat dia lihat kedua ibubapanya sudah melangkah ke depan,meninggalkan dia keseorangan.
Pantas kakinya mengejar langkah mereka.Sampai sahaja di sisi bapanya,senyuman diukir buat sepasang suami isteri yang sudah menunggu mereka sejak tadi.Tangan tua milik si suami itu disalaminya.
YOU ARE READING
Mr.Masquerade
RandomAFEQAH SHAHIRAH seorang gadis berumur 27 tahun.Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah.Manis orangnya dan peramah tetapi sifat tegas tidak lari dalam dirinya.Mempunyai 2 orang sahabat baik yang sentiasa ada di kala susah dan senang.Namun,sia...