3 •• Sakit

28.6K 945 112
                                    

Dua bulan berlalu, tiada apa pun perubahan dalam hubungan kami suami isteri. Dia masih lelaki yang pegun, beku dan kurang bercakap.

Aku menghabiskan masa setiap hari di rumah mertuaku dengan membantu mama di dapur selain bermain telefon pintar.

Bosan kan?

Ya. Memang bosan. Teramat bosan dan ditambah dengan rasa sedih yang mencucuk. Awak semua pernah rasa tak, datang hidup dalam family orang lain secara tiba-tiba, tapi orang yang bawa kau masuk dalam family tu buat tak tahu jer. Nak bercakap face to face pun susah. Jadilah aku seperti kera sumbang. Semua serba tak kena. Hingga aku terfikir mahu pulang ke rumah kedua orang tua ku diam-dim tanpa pengetahuan sesiapa.

Tapi aku tahu, jika aku berbuat demikian haruslah ayah dan ibu hairan dan pelik. Malah, pada hari yang sama juga ayah akan menghantar aku kembali ke sini.

Aku masih bersyukur kerana ada Hannah, Rubiena, papa dan mama yang selalu ajak aku berbual. Duduk mengelamun panjang, pintu bilik tiba-tiba terkuak. Raez sudah pulang. Aku mengerling jam di telefon, baru mencecah angka 4. Awal pula dia pulang hari ni. Selalunya hampir ke pukul 7 baru dia akan tiba di rumah.

Aku seperti biasa melakukan rutin tanpa jemu. Bangun, bersalam dan mengambil beg kerjanya lalu di simpan di tepi meja kerja.

Raez hanya diam memandang aku sambil tangannya sibuk merungkaikan tali leher yang tersemat di leher. Aku pula turut diam dan menghala kaki ku ke arah katil. Tempat aku duduk tadi.

Tak berkata apa-apa dia terus rebahkan badannya di sofa dengan pakaian kerja. Entah kenapa aku lihat mukanya terlalu letih dan lemah. Terus perasaanku jatuh kasihan padanya. Mahu saja aku menghampirinya dan mengurut lembut memberi ketenangan padanya. Tapi itu semua hanya mimpi siangku yang aku harus cepat-cepat usir agar tidak terus merebak. Nak cari pasal? Dengan wajah dingin dan beku sebegitu mana mahunyer rela dibelai olehku.

Sehingga ke angka 6 petang, Raez masih belum bangun. Lalu aku bergerak menuju ke sofa, mengintainya yang sedang tidur lena.

"Abang, bangun. Solat asar dulu. Asar dah nak habis." Perlahan aku goncang tubuhnya. Tapi kelihatan tiada respon. Kali ini aku beranikan diri sentuh di bahagian tangannya.

"Abang..." Panggil aku lagi.

Panas? Tangannya panas. Pantas aku lekapkan tanganku pada dahinya. Memang sah. Panas. Raez demam ketika ini. Patutlah raut mukanya kelihatan tidak bermaya.

Buru-buru aku menuju ke closet mengambil sapu tangan dan  kemudian meluru ke bilik air untuk membasahkannya. Kain itu aku lekapkan pada dahinya. Elok melekat sahaja kain itu pada dahinya, pantas matanya terbuka. Aku tergamam kerana menyangka dia akan memarahiku. Terkebil-kebil aku memandangnya.

"A—Abang demam.. Dira.."

"Dah pukul berapa?" Tanya dia dalam suara serak yang perlahan sambil cuba untuk bangun.

"6.15. Asar dah nak habis." Jawab aku jujur. Masih melutut di lantai. Dia pula diam memerhatikan aku lama hingga aku rasa tak selesa. Menyedari keadaanku yang kian menunduk, dia menghela nafas panjang.

"Abang nak mandi dulu." Dia tiba-tiba bangun dan terus menuju ke closet.

"Dira turun ke dapur dulu." Beritahu aku ketika dia menapak ke arah bilik air.

Tiba di dapur, pembantu rumah tengah sibuk siapkan menu untuk makan malam.

"Puan, nak masak apa-apa ke?" Tanya Bibik Icha, pembantu rumah warga indonesia yang telah lama berkhidmat di rumah mertuaku.

"Tak apa, bik. Saya nak sediakan bubur untuk Raez." Tanganku lincah mengambil periuk noxxa untuk memasak bubur ayam dan cendawan. Mungkin tekaknya sakit, dan dia perlukan makanan yang lembut sebagai juadah makan malam.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now