1 •• Nikah

30.5K 936 111
                                    

"Danny kat mana? Boleh datang rumah Mak Long sekarang tak?" Ibu bersuara lembut melalui telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Danny kat mana? Boleh datang rumah Mak Long sekarang tak?" Ibu bersuara lembut melalui telefon. Ayah meminta ibu menghubungi anak lelaki mereka itu yang kononnya jauh di perantauan bersama boss tercinta, padahal masih di dalam negeri yang sama ketika ini.

Lima minit berbual, akhirnya ibu memutuskan talian. Bergerak menghampiri ayah yang berada di birai katil sementara aku duduk di atas karpet yang terhampar di bawah.

"Dira setuju ke? Macam mana Hannah boleh sebut nama Dira?" Tanya ibu bertalu-talu membuatkanku mula sesak nafas.

Ayah pula hanya tenang memerhatikan aku yang kelihatan gugup. Tapi aku tahu, pandangan ayah bukan hanya pandangan kosong. Pandangan ayah ketika ini penuh dengan penilaian yang serba serbi tentang diri ku. Aku juga tahu ayah dalam keadaan tidak tenang. Satu-satunya anak perempuannya ketika ini dipinang secara tidak rasmi oleh sepupu isterinya sendiri. Sudah tentu banyak yang difikirkan ayah ketika ini.

Lama berdiam, aku masih tak mampu mengeluarkan suara. Lidah terasa kebas hingga hilang fungsi untuk bertutur.

"Dira baru habis SPM.." Permulaan ayat ayah sudah ku faham apa yang dirisaukan olehnya. Sekali gus membawa maksud aku ini terlalu mentah untuk melayari kehidupan berumah tangga. Aku tunduk lagi. Rumit memikirkan masalah ini.

"Dira.. kalau tak mahu, cakap tak mahu. Ibu dan ayah tak paksa." Ibu bersuara lembut bagai memujuk aku.

Kali ini aku angkat kepala memandang ibu dan ayah silih berganti. Cuba mencari kekuatan untuk bersuara.

Bagai menarik rambut di dalam tepung.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Dua peribahasa itu mempunyai maksud berbeza tapi saling terkait dengan keadaanku ketika ini.

"Dira ikut apa yang ayah dan ibu tentukan untuk Dira. Semua keputusan Ayah dan ibu sudah tentu yang terbaik untuk Dira." Ayat aku senafas dalam getar suara yang tertahan.

Ibu terus meluru memelukku erat dan akhirnya menumpahkan air mata pada petang ini. Tidak pasti air mata kegembiraan atau kekesalan.

"Dira anak ayah yang baik dan taat. Ayah yakin Raez boleh bimbing Dira menjadi isteri yang solehah. Semoga kebaikan ini membawa berkah dalam keluarga. Ingatlah pesan ayah, jika perjalanan yang akan ditempuh ini tidak seindah seperti yang direncanakan, bertahanlah. Jika tidak mampu, pulanglah pada ayah. Kerana ayah tak akan pernah melupakan Dira. Bersiaplah, puteriku." Sehabis ayat itu, ayah mengelap hujung matanya dengan ibu jari.

Aku terkaku melihat kejadian yang sepintas lalu itu. Perlahan-lahan ayah bergerak keluar dari situ meninggalkan aku dan ibu yang masih berpelukkan.

Baru sekejap ayah keluar, tiba-tiba pintu dikuak semula. Hanya kepala ayah sahaja yang terjengul.

"Dira.. Raez nak bercakap sebentar." Ucap ayah lembut.

"Pergilah.. ibu tunggu di sini."

Aku bangun juga melangkah keluar dari bilik tersebut. Ayah menunjukkan ke arah balkoni belakang. Lambat-lambat aku aturkan langkah ke arah yang ditunjukkan ayah.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now