♡Puasa Day 5

568 54 7
                                    

Bangun saja bersahur tadi, Taehyung nampak pucat ja. Makan pun tak berselera aku tengok. Jadi aku paksa dia makan banyak takut siang nanti lapar. Sekarang dia tengah baring dekat katil, dahi dia panas. Aku pun letak tuala kecil didahi Taehyung  dan satu lagi tuala aku buat lap leher dan perutnya.

"Oppa okay tak ni? Sakit kat mana-mana tak? Kalau sakit bagi tahu  ya. Jap lagi kita pergi klinik ambil ubat. Sayang rasa oppa demam sebab petang kemarin kita keluar panas kot." Kata aku sambil tangan ligan mengelap leher Taehyung.

"Tak pa oppa tak nak pergi klinik, bukan teruk pun petang nanti oppa okay la. Sayang mari baring sebelah oppa ni erm." Rengek Taehyung dengan mata yang masih terpejam. Aku hanya akur terus naik ke katil dan baring memeluk Taehyung. Tahu sangat dah dia kalau sakit manja sangat kalah budak-budak.

"Sayang duduk macam ni diam-diam kejap lagi oppa sihat terus. Nak cas power ja ni." Taehyung eratkan pelukan dipinggangku.

"Mengada ya, kalau oppa tak nak puasa hari  ni sayang benarkan tau. Sayang tak nak tengok oppa sakit sebab manja sangat." Kata aku. 

"Oppa kan dah cakap nak puasa penuh tahun ni, nanti Allah suka lepas tu Allah bagi anak cepat kat oppa as a gift. Betol tak sayang?" Balas Taehyung lalu dia cium dahi aku sekilas. Aku mula ketawa, ada-ada ja dia ni.

"Apa lah oppa ni, yelah puasa penuh tapi kalau tak tahan jangan tahan diri pulak nanti sakit lagi." Kata aku sambil menepuk bontot Taehyung. Biar dia tidur kot-kot bangun nanti sihat sikit.

                                ♥♥♥

Macam yang aku kata tadi, lepas sahaja Taehyung bangun sebab nak solat zohor panas dekat badan dia dah kurang sikit. Demam manja ja ni! Lepas rasa suhu badan Teahyung aku terus masuk tandas nak ambil wuduk, Taehyung masih baring.

"Oppa tak nak solat ke? Pergi lah ambil wuduk." Kata aku sambil sarungkan telekung. Setelah siap tiba-tiba bibir Teahyung singgah di dahi aku. Lepas tu aku jerit dan dia gelak.

"Apa ni batalkan wuduk orang! Oppa ni!"Jerit aku dan meninggalkan telekung. Yelah nak ambil wuduk balik. Teahyung tersengih dan berdiri dalam toilet sambil pegang pintu.

"Mianhae, meh kita ambil wuduk sama-sama. Sini cepat." Kata dengan dengan gelakkan.

"Nakal lah awak ni." Aku cubit lengan dia bila dah masuk dalam tandas.

"Oppa buat macam tu sebab tak nak sayang tinggal oppa solat sorang-sorang." Balas Taehyung, Aku jeling dia, mengada pulak orang sakit ni.

"Jangan lah pandang macam tu, seram pula oppa rasa." Kata Taehyung lalu membuka paip air nak berwuduk.

"Sayang i love you." Tambah Taehyung lepas tu dia muka basuh tangan.

"i love me too so so much." Balas aku, saja nak test dia. Aku perasan dia cebikkan bibir lalu aku ketawa.

"Sayang pun cintakan Muhammad Aryan sangat-sangat." Kata aku lagi. Taehyung senyum sambil berkumur. Lepas ja dia basuh kaki aku menghampiri dia.

"Oppa sayang nak tengok oppa sihat ke belum ya." Kata aku lalu dengan lajunya aku sentuh dahi dia maka terbatallah wuduk Muhammad Aryan. Aku gelakkan Taehyung.

"Sayang nakal eh." Dia terus peluk pinggang aku dari belakang sambil kami bergelak ketawa. Bukan sengaja nak main-main tapi nak bermanja aje.

                               ♥♥♥

Lepas solat asar Taehyung terus baring kat katil, masih tak da tenaga sebab demam rasanya. Tapi yang tak adilnya bila aku kat dapur bantu orang dapur buat kerja mesti dengar ja suara Teahyung panggil aku. Aku tengok television kat ruang tamu pun dia panggil. Last-last aku menyerah dan temam dia kat bilik. Bila dia tidur aku murung sorang-sorang sambil main game kat phone. Bila dia bangun dia nak cuddle lepas tu sampai aku lemas. Taehyung stay macam ni sampai lah achik datang panggil kami untuk berbuka. 

"Angah, bang iyan tak nak berbuka ke? Cepat, semua dah tunggu kat meja makan tu." Kata Achik dari luar bilik. Kami pun keluar buat lek-lek ja pergi dapur.

"Mari duduk Aryan, nak berbuka dah ni." Ajak abah. Teahyung dan aku pun duduk macam biasa tak kan duduk luar biasa pulak.

Kami pun berbuka macam biasa dan hari ni aku tak boleh pergi terawih lagi. Mak suruh teman laki aku yang demam manja ni sekaligus teman kak long juga.

So kami pun lepak bertiga dekat ruang tamu sambil tengok cerita Korea. Aku dan Taehyung tak berhenti kunyah makanan ringan yang kami bawak berpeket-peket. Kak long pula makan buah mangga manis yang aku potong dan hidang dalam pinggan.

"Kak Long nak pergi mana ni? " Soal aku bila nampak kak long nak bangun. 

"Nak pergi bilik ambil ubat kejap, terlupa nak makan tadi." Balas kak long sambil senyum lalu dia berlalu pergi. Aku bukan apa risaulah jadi apa-apa kat kak long, dia sakit ke apa ke.

"Sayang nak air, tolong tuangkan." Minta Taehyung pada aku. Aku pun tuang air ke dalam gelas Taehyung. Seraya itu kak long pun kembali ke ruang tamu. Aku senyum dan bantu dia duduk, maklumlah kami sekarang tengah bersila kat bawah baru ada feeling nak tengok cerita Korea sambil bersweet

"Kak long kalau susah nak duduk bawah duduk jalah kat sofa ni, jap lagi sakit pinggang pula." Kata aku lalu berikan air kat kak long sebab dia nak makan ubat.

"Betol cakap (y/n) tu,  kalau tak selesa duduk ja kat atas."  Kata Taehyung pula.

"Tak apa, kak long okay ja." Balas kak long sambil masukkan ubat dalam mulut.

Kami pun kembali focus setelah cerita kini ditayangkan semula. Sedar tak sedar dah lewat lepas dengan suara along bagi salam. Aku pun bangun membuka pintu kat dorang.

"Amboi bukan main lagi hampa tengok tv dengan snek-snek ni, mentang-mentang tak pi terawih." Kata achik lalu duduk join kami.

"Hang makan la sorang, kami semua nak masuk bilik dah bye." Kata aku lalu bangun mengangkat gelas dan jug air yang sudah kosong, pinggan buah mangga dan plastik snek yang kosong diambil oleh Taehyung. Kami terus menuju ke dapur.

"Ha elok la makan benda lagu tu, esok nak puasa sakit perut pulak." Aku dengar mak berleter dekat achik. Padan muka, nasib kami tak kena sekali. 

"Sayang tengok achik tu, kesian dia kena bebel dengan mak." Kata Taehyung sebelum masuk ke bilik.

"Dia memang patut kena bebel pun sebab perut dia selalu sakit kalau makan junk food tapi tak reti nak serik-serik lagi." Balas aku lalu masuk ke tandas nak berus gigi.

"Ouh kenapa dia boleh jadi macm tu?" Soal Teahyung sambil membontoti aku.

"Manala sayang nak tahu." Aku terus berus gigi.

tbc

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now