•|| PART 76 ||•

Start from the beginning
                                    

" Silakan duduk." kata ketua polis.

Mereka berdua duduk berhadapan.

" Anak buah saya kata yang Encik ni lawyer Tengku Aleesya. "

Mateen mengangguk.

" Jadi apa yang Encik nak sehingga mahu bercakap dengan saya sendiri?"

" Saya nak laporkan business haram yang telah berjalan hampir 10 tahun dan pihak berkuasa yang menerima rasuah. "

" Boleh saya tahu siapa yang terlibat dan detailsnya?"

" Tengku Iskandar. "

Mateen kemudiannya mengeluarkan beberapa dokumen daripada briefcase.

" Semua tu data yang saya telah kumpul. Semua dah cukup lengkap. Saya harap Tuan boleh keluarkan waran tangkap secepat mungkin. "

Ketua polis itu mengambil dan meneliti satu persatu dokumen yang diberikan oleh Mateen.

Terpancar riak terkejut dimukanya.

" Saya akan check dokumen ni dan kesahihannya. Kemudian, saya akan keluarkan waran tangkap kalau ia sah. "

" Lakukan secepat mungkin. Tengku Aleesya tidak suka menunggu. " kata Mateen.

" Percayakan kami. "

🌠🌠
T H E T E N G K U ' S

Tengku Iskandar memantau kerja semua orang bawahannya. Mereka sedang ligat membungkus serbuk serbuk putih kepada bungkusan bungkusan kecil untuk memudahkan kerja penyeludupan.

" Pastikan siap 600 kg untuk pembeli kita tu. " kata Tengku Iskandar kepada orang bawahan.

" Baik Tuan!"

Kring kring kring

Tengku Iskandar menyelup tangan ke dalam poketnya. Dia membawak keluar telefon dan menjawab panggilan daripada si pemanggil.

" Hello"

" Tengku! Keluar dari gudang tu sekarang. Polis tengah otw ke sana. "

" Apa?!"

" Tak dak masa untuk terkejut. Polis dah ke sana. "

Tengku Iskandar segera menamatkan panggilan. Dia keluar daripada gudang besar yang menempatkan 10 orang pekerja yang ditugaskan membuat dan membungkus dadah.

Kereta Tengku Iskandar dengan lajunya keluar daripada kawasan gudang itu.

Tidak lama kemudian, 4 buah kereta polis tiba di kawasan gudang itu. Lebih daripada 20 orang ahli unit beruniform menyerbu gudang tersebut.

" Angkat Tangan gudang ini sudah dikepung!!" laung seorang polis.

Semua pekerja yang mahu melarikan diri terpaksa menguburkan niat itu apabila polis polis sudah berjaya menangkap mereka.

" Bawak mereka naik atas lori. Kita akan hantar ke IPD. "

" Baik Tuan!"

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now