EPISOD 74
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
Aleesya mengenggam kuat cadar katil. Dia cuba untuk mengumpulkan tenaga untuk keluar daripada bilik dan menghadap dunia sebenar.
Baju kerja sudah tersarung di badannya. Semalam selepas baca sahaja surat yang ditulis Gibran itu. Hatinya rasa terjentik untuk mengikut apa yang disuruh.
Teruskan kehidupan.
Aleesya melepaskan keluhan berat. Beg tangannya diambil dan dia mula melangkah keluar dari bilik.
Meja makan menjadi hala tujunya yang pertama. Terdengar bunyi pinggan dan sudu berlaga ketika dia sedang berjalan ke sana.
" Good morning. " sapa Aleesya kepada keluarganya yang sedang menjamu selera.
Tergamam semua di meja makan itu memandang ke arah Aleesya.
Terkejut melihat perempuan itu akhirnya keluar daripada bilik dan memakai pakaian kerjanya.Dia sudah bersedia untuk kerja?
" Aleesya nak pergi kerja ka?" tanya Tengku Sofea.
Aleesya mengangguk lalu mengambil tempat di meja makan tersebut.
" Dah bersedia ka? Jangan terlampau memaksa nanti Aleesya tertekan. " pesan Adrian.
" Aleesya okay. Janganlah risau. Lagipun sampai bila nak berkurung, company tu takkan maju kalau ketua dia hanya terkurung di dalam bilik. " kata Aleesya tenang.
Semua hanya mengangguk.
" Nak abang hantarkan?" pelawa Adrian.
" Takpa.. Aleesya nak pergi sendiri. "
Aleesya mula menjamah sarapan itu untuk mengalas perut sebelum dia memulakan hari yang panjang.
🌠🌠
T H E T E N G K U ' S
Lee Company
Aleesya melangkah masuk ke dalam bangunan Lee Company. Semua pekerja yang nampak kelibatnya agak terkejut.
Kerana, mereka tidak menyangka boss baru itu akan masuk pada hari ini.
Aleesya naik lift ke tingkat pejabatnya. Nafas cuba dikawal supaya dia bertenang.
Aleesya melangkah keluar daripada lift.
Semua kerja ditingkat itu memandang ke arah Aleesya. Mereka cepat cepat bangun dari tempat mereka duduk dan berhenti di tempat mereka sedang berjalan.
" Selamat pagi Tengku Aleesya " ucap mereka lalu menunduk hormat.
Aleesya hanya mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.
" Tak sangka dia masuk hari ni."
" Aku ingat dia cuti lagi.. "
" Tapi kenapa mood dia macam tak okay ja. Biasanya murah dengan senyuman. "
Bisik semua pekerja sesama sendiri.
🌠🌠
TH E T E N G K U ' S
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...