Dua Belas

1.5K 134 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

"Tolonglah, sayang. Percayakan saya.."

Kata-kata itu kerap terngiang-ngiang di telinga aku sejak akhir-akhir ini. Sudah beberapa hari juga aku mengelak dari bertemu Amin.

Jauh di sudut hati, aku mahu mempercayainya. Amin yang aku kenal bukan seperti itu. Amin yang aku kenal, solatnya dijaga setiap waktu. Amin yang aku kenal, adalah seorang lelaki yang sangat menghormati aku sebagai perempuan.

Amina, apakah kau terlalu cepat menghukum? Bukti apa yang Faizal ada?

Argh! Aku kusut. Terlalu berat masalah yang aku hadapi ini.

Prestasi kerjaku juga merundum. Apa yang terjadi benar-benar memberi impak yang besar pada kehidupan harianku.

"Amina! In my office now!" Tempikan Encik Zulkifli menyentakkan lamunan aku.

"Err..ba-baik Encik Zul"

Teruk juga aku kena marah dalam bilik bos tadi. Banyak kesilapan yang aku lakukan. Yelah, dalam keadaan begini aku memang gagal untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja.

Tepat jam 7.30 petang, aku punch out dari office. Suasana dah bertukar gelap. Aku terpaksa stay lebih masa di office menyiapkan tugasan yang semakin menambah dek kerana kecuaian sendiri.

Guruh mula berdentum di langit menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Aku sedikit panik memikirkan kalau-kalau terpaksa memandu dalam keadaan hujan lebat nanti. Aku dah lah silau. Tambah hujan lebat, pasti lebih mencabar.

"Sayang?" Tegur seseorang membuatkan aku terasa jantungku mahu melompat keluar.

Amin.

"Aa-awak buat apa kat sini?"

Lelaki itu tersenyum. Elok bersandar pada dinding luar bangunan pejabat aku. Tubuhnya ditegakkan lalu langkah diatur mendekati aku.

"Saya tunggu awak keluarlah. Kenapa lambat balik kerja? Semua kawan-kawan awak dah balik kan?"

Aku diam. Menekur lantai. Sungguh, aku terasa kekok mahu berhadapan dengan Amin setelah kali terakhir kami bertemu dulu.

"Amina.."

"Err..saya nak balik ni. Dah hujan.." aku mahu mengelak.

Tanpa aku duga, Amin merampas kunci keretaku dari pegangan. Bukanlah secara kasar. Namun mampu membuatkan aku tersentak.

Lelaki itu kemudian mencapai tanganku lalu dituntun aku hingga ke kereta. Kunci dibuka, pintu di sebelah pemandu dikuak. Tangannya sebelah dipayungkan di atas kepalaku.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now