•|| PART 67 ||•

4.4K 208 9
                                    

EPISOD 67

_____________♦♦____________


Rumah Utama

Semua ahli The Tengku termasuk Aleesya berkumpul di rumah utama. Tujuannya ialah untuk membincangkan tentang hari perlantikan Aleesya yang berlangsung pada minggu depan.

Seorang planner dilantik untuk mengendalikan majlis itu. Semua susun atur tempat, aturcara majlis dan tetamu di kendalikan oleh beliau.

" So pukul berapa planner tu akan sampai?" tanya Tengku Anuar.

" Dia kata dalam 5 minit lagi. " jawab Tengku Sofea.

Semua melakukan hal masing masing di ruang tamu itu sementara menunggu planner. Namun, Tengku Iskandar masih tidak munculkan diri sejak semua orang tiba di rumah itu.

" Ayah dekat mana? Tak nak join sekali ka?" tanya Zafir.

" Bibik kata dia ada dalam bilik tengah berehat. " jawab Puan Reena.

" Ayah patut ada untuk tahu setiap benda. Lagipun dia penting dalam acara ni. " kata Puan Lina.

" Dah try ajak dia turun?" tanya Tengku Kamil.

" Tadi Rayyan dah ajak turun. Tapi dia kata dia tak sedap badan" jawab Rayyan.

Aleesya hanya mengetap bibir. Dia tahu mesti Tengku Iskandar tidak mahu keluar daripada bilik disebabkan kehadirannya bukan kerana tidak sedap badan.

" Takpa.. Arisya tulis setiap perkara yang kita bincangkan dekat kertas. Nanti Arisya bagi dekat datuk" sampuk Arisya.

Semua mengangguk setuju.

Ketika itu, seorang wanita berpakaian maid datang ke ruang tamu.

" Tengku.. Miss Bella dan Mr. Jack dah tiba. " kata pembantu rumah itu.

" Panggilkan mereka ke sini. " kata Tengku Azhar.

Pembantu itu mengangguk lalu pergi memanggil dua orang tetamu yang datang.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dan wanita berpakaian formal datang ke ruang tamu itu.

Semua The Tengku bangun untuk menyambut kedatangan mereka.

" Selamat petang Tengku " kata Bella dan Jack lalu menunduk hormat.

" Terima kasih kerana datang. Silalah duduk, boleh kita mula secepat mungkin" kata Tengku Anuar.

Bella dan Jack pun melabuhkan punggung mereka di sebuah sofa.

" Jadi.. Tengku semua nak bincangkan tentang hari pelantikan tu kan?" tanya Jack.

" Ya.. Kami dengar awak berdua ni memang profesional dalam bab ni. " kata Tengku Sofea.

" Ya, kami memang dah biasa terima untuk mengendalikan majlis majlis rasmi seperti ini. "

" Jadi sebelum kita teruskan dengan perkara yang lain.. Tema apa yang Tengku semua nak ketengahkan dalam majlis tu?" tanya Bella.

" Kami dah sepakat mahukan tema elegant and luxury . Apa pendapat awak?" tanya Puan Avelin.

" Elegant and luxury?  Tema tu memang sesuai sangat dengan keluarga Tengku. Jadi boleh saya tahu lokasi, berapa orang Tengku nak jemput?"

" Kami akan buat dekat Lee's Hall. Tentang tetamu, 2000 orang termasuk media. " kata Tengku Azhar.

Bella mula mencatat setiap  perkara yang penting.

" Makanan.. Restaurant saya akan sediakan" kata Tengku Sofea.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now