66

423 52 1
                                    

Sebaik sahaja syaitan itu pergi meninggalkan mereka, Khairani hanya duduk di dalam penjara itu.

"Papa.." kedengaran suara Ayeesha memanggil dirinya.

"Papa kat depan kitorang ke?" Ayeesha cuba mengecam orang yang diletakkan di hadapan bilik tirai besi mereka. Dalam keadaan yang gelap gelita, Farhana cuba untuk menyuruh Ayeesha berdiam diri.

"Ayeesha ke tu? Ya, papa ni.." Khairani membalas walau dia tidak tahu kedudukannya.

"Papa.. macam mana ni?" Keluh Ayeesha dalam ketakutan.

"Papa pun tak tahulah sayang. Papa buntu" Khairani mengeluh. Dia pun tidak dapat memikirkan sebarang idea. Dia juga buntu. Sudahlah tidak nampak apa-apa. Hanya kegelapan sahaja yang memenuhi segenap ruang.

"Mama mana, Ayeesha?" Khairani bertanya akan isteri kesayangannya.

"Ada ni, dengan Ayeesha" Farhana menjawab.

"Hana dengan anak okay ke tu?" Khairani bertanya. Dalam kegelisahan yang melanda hatinya, tetap juga dia mampu untuk berfikir akan keselamatan ahli keluarganya.

"Hana okay je. Ayeesha pun okay" Farhana menjawab. Dalam beberapa ketika, keadaan bertukar hiba. Sedih, tanpa suara. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri. Mengenangkan nasib yang bakal ditempuh selepas ini. Dalam keadaan yang diam itu, Ayeesha tiba-tiba menangis. Tangisan gadis kecil berumur 6 tahun itu menjadi pemecah kesunyian.

"Mama.." Ayeesha memanggil ibunya.

"Ya, sayang. Kenapa menangis ni?" Farhana memeluk Ayeesha. Ayeesha menangis dalam dakapan Farhana.

"Ayeesha rasa, Ayeesha ni bawa malang la.." Ayeesha menangis. Farhana dan Khairani tersentak mendengar luahan Ayeesha.

"Kenapa pula? Kenapa Ayeesha cakap macam tu?" Farhana mengusap lembut kepala anaknya.

"Benda ni jadi semua sebab Ayeesha. Kalau Ayeesha tak tengok bunga tu harini, mesti kita tak jadi macam ni" Ayeesha menangis. Kedengaran tangisan gadis kecil itu yang meruntun jiwa. Sepanjang Ayeesha membesar di rumah banglo ini, pemikiran Ayeesha menjadi matang melebihi usia kanak-kanak sebaya dengannya. Ayeesha banyak menempelak dan menyalahkan dirinya atas segala perkara yang berlaku. Kadangkala Khairani dan Farhana kasihan dengan dirinya. Dia tidak salah pun. Sedikit pun tak. Ini semua ketentuan Ilahi.

"Tak, sayang. Ayeesha tak bawa malang pun. Ini semua ketentuan Allah" Farhana menjawab. Ayeesha masih menangis.

"Shh.. jangan menangis, sayang. Kita doa banyak-banyak pada Allah, ya? Allah pasti akan bantu kita" Farhana mencium kepala Ayeesha. Sungguh hatinya pedih apabila Ayeesha berkata sedemikian. Dia juga sedih dengan apa yang berlaku. Bagi dia dan Khairani, kehadiran Ayeesha merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Tiada langsung terdetik "malang" dalam hati mereka. Khairani hanya berdiam diri. Tak tahu apa mahu diungkapkan lagi. Hanya melayan perasaan sendiri. Sampailah satu masa, Ayeesha sudah penat menangis. Dia diam sendiri. Keadaan menjadi sepi kembali. Tiada suara langsung yang berbunyi. Sunyi. Semua berdiam diri.

Farhana dan Ayeesha tertidur seketika. Khairani hanya duduk termenung. Hendak tidur, mata tak mahu lelap. Tak keruan fikirannya memikirkan nasib. Dia cuma mahu Ayeesha dan Farhana selamat sahaja. Walau nyawanya tergadai sekalipun kali ini dia tak kesah. Dia sudah persiapkan diri semuanya. Mati bukanlah fantasi. Ia akan berlaku juga. Cepat atau lambat sahaja yang menentukan. Sebagai orang Islam tidak haruslah kita takut akan kematian namun perlu kita persiapkan diri kita dengan sepenuh bekalan. Andai hari ini merupakan hari terakhir Khairani di dunia, dia reda malah dia bersedia untuk menempuh segalanya. Dia rela bermatian di medan pertempuran ini, untuk berjuang demi menegakkan kesucian agama Allah.

The SecretWhere stories live. Discover now