Cover baru SAKIT yang cantik ni by MrsSufi . Tq again Sufi😘
Sudah seminggu, aku dan Amin tidak bersua muka. Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Aku pula banyak kerja luar. Kena turun site. Cuma setiap pagi, Amin tak pernah lupa untuk wish good morning. Itu pun dah cukup buat hari-hari aku dihiasi senyuman indah.
Pulang dari ofis, aku terus merebahkan badan di atas katil. Penatnya rasa!
Tok! Tok!
Wajah Angah terjengul di muka pintu.
"Baru balik ek?" Tegurnya. Aku bangkit, menegakkan tubuh.
"Ha'ah. Penat gila rasanya. Angah cuti ke?"
Pelik. Sebab selalu dia balik lewat dari aku.
"Half day hari ni. Rasa macam tak berapa sihat pula.."
"Demam ke?"
"Tak demam pun. Sakit kepala sikit. Migrain kot. Min dah makan ke?" Dari awal berkenalan, Angah memang panggil aku Min. Sama macam kawan sekerja. Kira nama KL aku lah. Acah🙄
"Lunch tadi dah makan.."
"Angah ada masak sikit. Kalau Min lapar, nanti Min makanlah ye? Angah nak rest.."
"Okay, Angah. Terima kasih.." balasku seraya tersenyum. Angah berlalu ke biliknya. Aku bersyukur dipertemukan dengan Angah di kota ini. Dia menjagaku seperti adiknya sendiri. Sedikit sebanyak, rinduku pada keluarga sendiri terubat.
Tit!
Amin.
Hey
Buat ape tu?Amina.
Hai
Tengah rehat. Baru sampai rumah. Penat😩Amin.
Alahai sian dia.
Rehatlah dulu.Amina.
Awak dah sampai rumah ke?Amin.
Dah. Baru tadi. Kenapa?Amina.
Saje tanya. Dah lama tak jumpa awak. Masing2 busy😌Amin.
Rindu eh?😉Amina.
Eh, mana ada😜Amin.
Eleh, tak nak mengaku😜 dating jom!Amina.
What? U mean now?Amin.
Amboi, tak sabo2 nampak?
Tadi tak nak mengaku rindu😝Amina.
Awak saje je kan nak kenakan saya?
YOU ARE READING
SAKIT ©️
RomanceSAKIT merupakan sebuah mini novel pertama author, menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis yang penuh liku dan dugaan. Selepas satu, satu ujian menimpa hingga membuatkan hatinya semakin hilang keyakinan pada cinta. Seringkali dia bertanya, apa...