Empat

1.5K 141 28
                                    

Pagi itu, aku sedikit kelam kabut ke kelas akibat tersedar lewat dari kebiasaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu, aku sedikit kelam kabut ke kelas akibat tersedar lewat dari kebiasaannya. Yang kelakarnya, Tiz, Lisda dan Enot juga tak sedar. Jadinya, lewat berjemaahlah kami berempat hari ni. Alahai.

Kebetulan pula hari ni memang jadual pack. Banyak perkara penting yang perlu dibuat. Memang tak boleh nak skip kelas. Kalau tak, boleh juga ponteng kelas pagi.

Prof Tajuddin sempat menitipkan assignment untuk subjeknya sebelum beliau meninggalkan kelas. Kebiasaannya, aku memang akan pastikan aku tulis assignment yang perlu disiapkan di dalam aplikasi note.

Beg galas yang aku bawa, aku selongkar mencari handphone. Saat aku tersedar, spontan tangan naik menepuk dahi.

"Ya, Allah. Aku tertinggal phone rupenya!"

"Kenapa, Amina?" Tegur Lisda.

"Takda. Aku tertinggal hanphone kat rumah.."

"Oh. Ingatkan cari apa dari tadi duk selongkar beg tu.."

Aku tayang gigi. Menyedari kesilapan dan kekalutan sendiri.

Pulang dari kelas, aku masuk ke bilik. Mataku tertancap pada gadget putih di atas katil. Spontan, aku tersenyum mencapainya.
Sebaik sahaja lock dibuka, dahiku berkerut melihat banyak missed call serta whatsapp dari ahli keluargaku.

Dengan debaran di dada, aku buka whatsapp group family. Satu persatu conversation aku baca. Semakin lama tubuhku semakin sejuk. Aku menggigil!

Tanpa sedar, kolam mataku penuh. Pandanganku kabur.

Nombor telefon mak aku cari lalu aku hubungi dengan keadaan terketar-ketar. Sebaik sahaja mendengar suara mak, terus aku menangis.

"Mak! Kenapa Epul buat macam ni kat Mina?"

"Shh..sabar, Mina. Tenang dulu.." suara mak memujuk. Namun jelas, mak juga sedang menangis.

Aku sudah teresak-esak sambil melekapkan telefon di telinga.

"Pagi tadi ada satu akaun facebook ni add mak. Bila mak approved, mak terkejut tengok gambar-gambar yang dia post. Semua gambar mesra dia dengan Saiful. Ada  satu tu, mak tak sanggup nak tengok, Mina. Allah! Sampainya hati Saiful buat anak mal macam ni.."

Aku sudah tidak mampu berkata-kata. Suaraku hilang. Tenggelam dek tangisan yang bagaikan tiada nokhtah.

"Yang mak geram, apa motif dia add semua family kita? Nak tayang hubungan dia dengan Saiful ke? Melampau betul!"

"Isk..iskk..sampai hati Epul..isk..isk.."

"Mina sabar ya, sayang. Mungkin ada hikmah kenapa benda ni jadi sekarang. Sekurang-kurangnya Mina belum jadi isteri dia lagi. Masih belum terlambat untuk tarik diri.."pujuk mak lagi walaupun aku tahu hatinya juga bagai disiat-siat!

"Iskk..Mina nak rehat mak. Kepala Mina sakit sangat. Isk..isk.." aku bersuara dalam kepayahan.

"Yelah. Mina rehatlah dulu. Nanti mak call semula. Mina kuatkan semangat ya, sayang?"

SAKIT ©️Where stories live. Discover now