Know About Me (Part 2)

3.4K 299 46
                                    

Taufan: Aish... Gempa ni kacau daun betullah...

Blaze dan Thorn menganggukkan kepalanya menyetujui apa yang diperkatakan oleh Taufan. Manakala Halilintar, Ais dan Solar dalam diam juga mendengus kesal. Kenapa? Kerana lamunan mereka dalam menganalisa Gempa terganggu oleh ucapan remaja manis itu.

Gempa memandang mereka berenam hairan.

Gempa: Eerr... Saya ada buat salah ke? Ma-maaf! Saya tak perasan! Atau korang ada cakap apa-apa? Saya melamun tadi jadi saya tak dengar. Maaf!

Thorn: Eh! Takdelah! Bukan macam tu! K-kami saja je... Tertunggu-tunggu bila Gemgem nak bercerita dekat kami. Itu je.
Gempa: Oohh... Baiklah kalau macam tu. Saya mula bercerita, ya?

Persoalan Gempa mendapat anggukan dari yang lain. Gempa tersenyum sebelum dia mengambil kembali album gambarnya yang disimpan tadi. Dia membuka semula album itu. Satu helaan nafas dihembusnya.

Gempa: Dahulu... Saya ni budak yang lemah.

FLASHBACK
Gempa's POV

Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku dibesarkan dengan kasih sayang arwah ibu dan ayah. Mereka berdua menyayangi aku dengan baik dan menjaga aku dengan penuh tanggungjawab. Dan aku tidak sesekali pun mempermasalahkan mereka yang sebenarnya juga sibuk dengan kerja. Sekadar mendapat perhatian pun sudah cukup.

Ayah: Gempa, nanti kamu akan dapat adik tau!

Gempa: Waahh!! Betul ke ayah?! Ibu! Gem akan dapat adik!?

Ibu: Heheh! Betullah, sayang! Kamu suka tak akan dapat adik?

Gempa: Hm! Mestilah suka!

Ayah: Haha! Sebab Gempa suka, minggu depan kita celebrate birthday kamu, ya?

Gempa: Yaaayyy!! Sayang ibu dan ayah!

Aku cukup gembira waktu itu bahawa aku bakal mendapat adik. Ungkapan dari kata-kata sahaja masih belum mencukupi. Aku menceritakannya juga kepada kawan-kawanku dan guru tadika. Tidak lupa juga aku mencatatkannya di dalam buku diari aku. Sungguh bahagia sekali rasanya.

Dan saat sambutan hari lahir aku tiba, ayah membelikan sebuah kamera yang seingat aku waktu itu adalah keluaran model terbaharu. Walaupun disambut oleh kami bertiga sahaja, tetapi kehangatan keluarga itu sama sekali tidak membuatkan aku menginginkan yang lebih. Cukuplah sekadar aku mempunyai ibu dan ayah. Dan bakal adik aku.

Ibu: Gem sayang, kamu nak wish apa untuk birthday kamu?

Gempa: Uummm... Ha! Gem harap yang keluarga kita akan kekal bahagia macam ni sampai bila-bila! Dan bila adik Gem lahir nanti, Gem nak jaga dia dengan baik! Gem akan sayang dia sama macam ayah dan ibu sayang Gem! Dan kita akan jadi keluarga yang paling bahagia!!

Aku ingat lagi pada waktu itu wajah ibu dan ayah aku sungguh gembira dan senang mendengar kata-kata aku. Memang aku akui, aku jenis yang petah dalam berkata-kata. Dan aku bersyukur bila ibu bapa aku bangga dengannya.

Dan ayah aku mengeluarkan kamera yang dibelinya. Itulah kali pertama kami mengambil gambar sebagai kenangan yang terindah.

Ayah: Baiklah. Ready dengan kek! Satu.. Dua...

Klik!

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Who Are You? [C]Where stories live. Discover now