63

406 44 3
                                    

"Abang, abang buat apa tu?" Farhana yang hendak menyidai baju bertanya kepada Khairani.

"Abang nak angkat pedang ni, tapi berat pula.." Khairani menjelaskan tujuannya. Farhana mengerutkan dahinya.

"Abang ni ada-ada sahaja.." Farhana berjalan ke ampaian baju.

"Mana ada pedang disitu. Pandai abang berlakon.." Farhana memulakan aktivitinya dengan menggantung baju Ayeesha.

"Laa, kan ada disini.." Khairani menunjukkan pedang itu kepada Farhana. Depan matanya sahaja ni.

Farhana berjalan ke arah pedang itu lalu dihayunkan tangannya.

"Haa, tak ada.." Farhana membuktikan bahawa dia memang tidak nampak apa-apa pedang disitu.

Tangan Farhana menembusi pedang itu. Jelas, hanya Khairani yang boleh nampak dan memegangnya. Bagaimana hal ini boleh terjadi?

* * *

"Kenapa orang lain tak boleh nampak pedang tu eh, Finn? Kenapa papa seorang je yang nampak?" Khairani mengusap Finn yang sedang makan makanannya.

"Finn rasa, pedang tu tipu ataupun betul? kalau hanya ilusi, kenapa papa boleh pegang eh?" Khairani terus bercakap dengan Finn.

"PURR..PURR.." Finn mengelilingi badan Khairani sambil mengusap kepalanya di badan Khairani. Aih, padan lah Ayeesha sayang sangat dengan dia ni. Manja terlebih.

*   *   *

Ayeesha terjaga dari tidur. Dia keluar dari bilik untuk mencari mamanya. Bangun pagi je cari mama.  Tetapi pagi ini dia ternampak Khairani yang sedang duduk di hadapan pintu sambil mengusap Finn. Dia terus memeluk Khairani dari belakang.

"Eh? Anak papa dah bangun?" Khairani memegang tangan Ayeesha. Ayeesha menganggukkan kepalanya. Tertusuk bau masam tidak mandinya di hidung Khairani.

"Ayeesha ni masam la. Ni mesti tak mandi lagi ni.." Khairani mengusap kepala anaknya.

"Nak mama mandikan.." manja Ayeesha. Khairani hanya tergelak sahaja.

Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi keluar seketika kerana ada hal yang perlu mereka selesaikan. Ibu bapa Khairani duduk di ruang tamu dengan Khairani. Farhana dan Ayeesha baru sahaja turun ke ruang tamu setelah memandikan Ayeesha.

"Abang dah sign agreement untuk rumah baharu. Deposit juga abang sudah bayar.." Khairani membuka topik cerita.

"Rumah baharu? Di mana?" Farhana bertanya.

"Di bandar. Rumah baharu dibina yang Hafidz carikan tu. Dekat dengan office abang tetapi jauh dengan rumah ibu dan ayah dan sekolah Ayeesha.." Khairani membalas.

"Baikkah keadaan rumahnya? Jangan macam 'ini' lagi.." Ibu Khairani risaukan nasib anaknya.

"Insya-Allah baik, ibu. Rumah itu lot banglo tetapi dalam taman perumahan. Belum sepenuhnya siap dibina tetapi dijangka siap bulan depan. Jadi, Insya-Allah kita boleh berpindah bulan depan.."

"Ayeesha kena pindah sekolah ke?" Ayeesha monyok bertanya.

"Buat masa ini, papa gagahkan la dulu nak hantar Ayeesha. Tahun depan Ayeesha kena pindah sekolah, ya?" Khairani cuba memujuk.

The SecretWhere stories live. Discover now