Bab 39

4.4K 129 12
                                    

"Bahagia nampak?"soal seseorang yang baru muncul di hadapan Aliff dan Nura.
Dengan perut membuncit, perempuan itu memandang sinis ke arah Aliff dan Nura.

"Kau buat apa dekat sini?"soal Aliff sedikit tegas. Risau jika Nuha melakukan hal di luar jangkaan yang boleh membahayakan anak dan isterinya.

"What? Aku datang sini sebab check up baby aku lah. Kau ingat aku apa?"sinis sekali soalan yang dilontarkan pada Aliff.

Nura hanya mendiamkan diri. Takut mahu menegur adiknya itu. Matanya melorot jatuh memandang pada perut adiknya. Tubir matanya terasa hangat, teringin sekali dia mahu melihat anaknya membesar dengan sihat di rahimnya. Tapi apakan daya, anaknya itu hanya sempat menumpang di rahim tidak sampai beberapa bulan.

Nuha yang perasan segera tersenyum senget. Tahu sangat apa yang ada di fikiran kakak kembarnya itu. Ini lah masanya untuk mendera mental kakaknya.

"Asal kau pandang perut aku macam tu? Kau tak boleh mengandung ke? Oh iye lah, kau kan gugur, anak kau pun tak sempat nak duduk dekat rahim perempuan hina macam kau kan. Tu yang laki kau ambil budak ni. Sebab tak nak kau meroyan hilang anak."

Pecah juga tangisan yang di tahan oleh Nura. Aliff memaut bahu isterinya, matanya tajam memandang ke arah adik iparnya.

"Apa benda yang kau merepek ni Nura? Kau jangan hina bini aku? Dia bukannya tak boleh mengandung, dia boleh tapi aku tak nak paksa dia. Kau tu mengandung buat cara mengandung, risau pulak kalau anak kau tu tak sempat nak tengok dunia ni. Bukannya nak doa buruk tapi ingat sikit lah zaman sekarang ni Allah bayar cash je."kata Aliff panjang lebar sebelum menarik tangan isterinya menapak meninggalkan Nuha.

Nuha mengemam bibir menahan geram. Makin membuak - buak perasaan benci terhadap kakaknya itu.

.........

Balik sahaja dari hospital, Nuha menapak naik ke bilik. Tubuh suaminya yang duduk di birai katil di hiraukan. Terus sahaja dia menapak ke arah meja solek untuk membuang make up.

"Apa yang you buat?"soal Amirul sambil mata memandang tepat ke arah isterinya di meja solek.

"I buat apa? I pergi hospital lah check baby."rengus Nuha.

"Yeah I know. Sekarang ni I nak tanya you, apa yang you cakap dengan kakak you?"tegang suaranya ketika ini.

"Oh, dorang report dekat you ke? Well, you pun dah tahu. Memang I cakap macam tu sebab dia tu perempuan hina. I nak seksa mental dia."ujarnya tanpa rasa bersalah.

Amirul bengang sebelum menapak ke arah isterinya. Makin lama makin melampau. Sanggup hina kakak sendiri.

"You memang dah melampau, you tahu tak! You tak kesian ke dekat kakak you ke?"soal Amirul cuba bersabar dengan sikap isterinya.

"I tak pernah kisah dengan perasaan dia. Apa yang I tahu, I puas dapat sakitkan hati dia."jawabnya lagi.

"You memang dah melampau!"

"Suka hati I lah apa yang I nak buat. You takde hak nak masuk campur dalam urusan I. I kahwin dengan you pun sebab budak ni je. Kalau bukan sebab bu–"

Pang

Sepi seketika suasana di dalam bilik itu. Tergamam Nuha sebaik sahaja telapak tangan suaminya tepat mengena pipi kanannya. Pijar sahaja rasanya. Dia memegang pipinya sambil memandang tajam ke arah suaminya.

"You memang layak dapat penampar I. Apa hak you nak hina budak tak berdosa ni?!"tengking Amirul.

Terangkat bahu Nuha apabila ditengking sebegitu. Selama dia kenal lelaki itu, tidak pernah sekali pun lelaki itu menaikkan tangan bahkan meninggikan suara kepadanya.

"I harap dengan apa yang jadi dekat you ni akan buat you insaf."kata Amirul sebelum meninggalkan Nuha yang terkesima.

.........

Beberapa bulan,

"Sayang."panggil Aliff di muka pintu.

Nura yang leka mengemas bilik tidur Deniel terus sahaja mengangkat kepala memandang ke arah pintu bilik. Setelah itu, dia duduk di atas katil anak bujangnya.

"Ye, ada apa?"soalnya. Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan.

"Minggu depan abang kena pergi outstation tau. Nanti abang hantar sayang dekat rumah ibu ayah tau."ujarnya sambil menapak masuk ke dalam bilik tidur itu.

"Outstation? Dekat mana bang? Tak payah lah susah - susah nak hantar Nura dekat rumah mama papa ke ibu ayah ke. Boleh je Nura duduk rumah ni, lagipun bibik ada bodyguard pun ada."tuturnya tidak mahu menyusahkan ibu ayah mertuanya.

"Tapi sayang. Larat ke sayang nak handle anak - anak dengan sayang pregnant lagi."ujar Aliff risau.

"Laratlah. Anak - anak abang pun bukannya degil."ujarnya sambil tertawa kecil.

"Hmmm, suka hati sayang lah. Ah ni abang nak bagitahu yang Nuha dah selamat bersalin pagi tadi."kata Aliff yang duduk di sisi isterinya.

"Lah ye ke bang. Anak apa?"soal Nura gembira. Riak wajahnya sungguh ceria.

"Anak perempuan yang."balas Aliff lalu mengusap perut isterinya.

"Syukur alhamdulillah. Rezeki dorang dapat anak perempuan."ujar Nura.

"Abang takde nanti, sayang jangan buat kerja berat - berat tau. Mintak tolong bibik kalau tak larat."tegas Aliff memberi amaran pada isterinya.

"Alright boss."kata Nura lalu mencium pipi suaminya.

"Naughty lah sayang ni."tegur Aliff sambil tersenyum ceria. Dia melabuhkan ciuman di dahi bersih isterinya.














.............
Holla doakan untuk saya ye.. final saya minggu depan....😍😍😍😍

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now