BONUS PART

4.6K 428 151
                                    

"AMNA kau nak pe-" Dengan pantas Fasha menekup mulut Imran menggunakan kain lap hingusnya. Hah! Nah rasakan kuasa hingus aku!

Mata Imran membulat. Terus ditolak kasar tangan Fasha menjauhi mulutnya. Ei pengotor Fasha ni! Kalau hingus kau tu rasa strawberry boleh ceritalah. Ini hingus pun dah sama warna macam hulk. Geli!

"Bodohlah. Pengotor gila kau ni!"

Fasha buat endah tak endah. Matanya diguling ke atas. "Yang kau nak panggil Amna buat apa?"

"Kau jealous?" Imran senyum senget.

"Eee bahenol! Tak ada masa aku nak jealous! Cuma aku nak cakap, jangan ganggu Amna. Amna tengah happy dapat result gempak. Kau tu, result ke laut apa cerita?" Sindir Fasha. Terkulat-kulat Imran saat disindir sebegitu. Senyumannya terus mati.

Baru sahaja Imran hendak membalas kata-kata Fasha, matanya terpandang susuk tubuh Amna di atas motor sedang keluar dari perkarangan sekolah. Pantas Imran mencuit bahu Fasha sebelum mulut dimuncungkan ke arah Amna yang makin hilang dari pandangan. Fasha terdiam sementara waktu.

Raut wajah Amna sangat gembira. Bibir mungil itu jelas menarik senyuman bahagia. Mata itu bersinar seolah ingin menyampaikan berita gembira ini kepada seseorang. Kemanakah gadis itu mahu pergi? Fasha mula memandang Imran, curiga.

"Jom!"

"Pergi mana?"

"Follow Amna."

Tanpa membantah, Imran terus berlari anak ke motor miliknya. Begitu juga dengan Fasha. Masing-masing menunggang motor sendiri untuk mengikuti jejak Amna. Rasa ingin tahu makin membuak.

Kemana kau hendak pergi, Amna?

---------------------

Tanah Perkuburan Islam.

Imran dan Fasha memperlahankan kelajuan motor. Hidung Imran terasa pedih, jiwa lelakinya dicengkam perasaan sebak. Tahulah dia bahawa hala tuju Amna sebenarnya ingin bertemu dengan arwah. Kenapa dia tidak boleh agak benda itu dari awal?

Disebalik topi keledar yang tersarung, Fasha cuba menyembunyikan air matanya. Bibir dikemam kuat. Belakang tubuh Amna yang masih di atas motor dipandang dengan perasaan bercampur-baur.

Motor Amna berhenti di tepi jalan yang sempit. Perlahan-lahan Amna mencabutkan topi keledar dari kepalanya sebelum dia membetulkan kedudukan tudung melalui biasan cermin sisi motor. Dengan berbekalkan hati yang cekal serta tabah, Amna mengorak langkah mendekati kubur sahabatnya.

Keputusan SPM ditangan Amna pegang dengan kemas. Dia mahu tunjukkan hasil penat lelahnya selama ini tidak sia-sia. Semuanya membuahkan hasil. Amna berasa sangat bersyukur.

Yaasin dibuka lantas dibaca terlebih dahulu. Doa dipanjatkan buat arwah Qaayed. Kemudian, barulah Amna termenung melihat keputusan SPM di tangan. Segaris senyuman Amna tarik nipis. Syukur.

"Assalamualaikum, Ayed."

Dirinya terlalu berharap. Berharap Qaayed akan menjawab salamnya secara fizikal, atau lebih tepat berharap Qaayed berada di sisinya sekarang. Hati ini makin kuat menyatakan rindu pada si dia. Terlalu sakit hendak dipendam seorang diri. Terlalu pedih sehingga ianya memakan diri sendiri.

Memang benar mulut mengizinkan lelaki itu pergi buat selama-lamanya. Namun, hati ini masih belum cukup kuat untuk menelan segala kemungkinan. Perginya insan itu, membawa separuh hati Amna bersama. Dia perlukan masa yang lama untuk merelakan sahabatnya pergi ke rahmatullah.

Hanya Rindu ✔️Where stories live. Discover now