"Kalau awak tak sayang, kenapa ada benda ni!"
"Mana kau dapat?" Aryan mengetap giginya,, bergerak-gerak rahang milik lelaki itu.. Tepat Aryan menikam mata Adriana.. Kecut perut gadis itu dibuatnya
'Apa aku buat ni ya Allah'
Aryan jalan menghampiri Adriana.. Setapak demi setapak.. Tiket 'flight' di tangan Adriana dirampas kasar.. Terdorong sedikit tubuh ramping itu ke hadapan
"AKU TANYA KAU MANA KAU DAPAT TIKET NI?!" jerkah Aryan
"La—laci m—meja lampu" takut-takut Adriana membalas
"AKU KATA APA SEBELUM NI?!" Adriana hanya diam, ketakutan dan kesal mula menguasai diri, terketar-ketar seluruh tubuh badannya
"AKU TANYA JAWAB!" tubuh Adriana ditolak kuat ke dinding.. Mengaduh perlahan gadis itu
"AKU KATA JANGAN BERANI SENTUH BARANG-BARANG AKU!" merah mata lelaki itu memandang isterinya
"Ta—tapi tu ti—ket honeymoon saya dengan awak.. Sa—salah ke saya nak ambil dan simpan" jawab Adriana berani.. Mata Aryan ditentang
"SALAH! BUKAN AKU DAN KAU! TAPI KHAIRA! KAU SIAPA YANG AKU NAK BAWA PERGI HONEYMOON!"
"Saya isteri awak Aryan.. Khaira dah lama pergi! Tolonglah lupakan dia! Saya isteri awak sekarang! Bukan dia! Fokus pada saya! Perempuan yang awak cinta tu dah lama mati Aryan!" sedikit meninggi suara Adriana berkata, amarahnya juga melonjak-lonjak ingin keluar.. Dia sekarang isteri sah lelaki itu, bukan Khaira! Perempuan itu hanya masa silam Aryan dan dia—dia merupakan masa depan Aryan
Amarah Aryan makin menggila.. Ditarik Adriana dan dicengkam kuat dagu gadis itu
"KALAU BUKAN DISEBABKAN KAU, DIA TAKKAN MATI LAH ADRIANA! KAU NI PEMBUNUH! PENGHANCUR KEBAHAGIAAN! SAMPAI BILA KAU NAK SEDAR NI! JANGAN SAMPAI AKU HANTAR KAU MASUK LOKAP!" ditolak tubuh itu kuat hingga terjatuh kebelakang.. Tidak cukup dengan itu, ditarik tudung gadis itu dan rambut keperangan milik Adriana dicengkam kuat
"SEKALI LAGI AKU ULANG! KAU TU ISTERI ATAS KERTAS! FAHAM TAK!"
"FAHAM KE TAK?" Aryan menyoal sekali lagi apabila hanya tangisan Adriana yang mampu didengari
"Sa—sakit awak" meringis kesakitan Adriana apabila rambutnya makin dicengkam kuat.. Terasa disiat-siat kulit kepalanya.. Air mata makin laju mengalir ke pipi
"FAHAM KE TAK?!"
"Fa—faham" tersedu sedan Adriana
"APA LAGI YANG KAU AMBIL DALAM BILIK AKU!" cepat-cepat Adriana menggeleng
"JUJUR ADRIANA!"
"Tak—takde"
"AKU TAHU KAU MENIPU!" rambut Adriana dicengkam lagi kuat apabila Adriana cuba menipu dirinya.. Dia tahu kerana mata coklat itu tidak memandang tepat ke matanya
"Gam-gambar aw—awak dengan"
"BODOH!" belum sempat Adriana menjawab, ditolak kuat kepala Adriana ke lantai lantas Aryan terus meluru ke arah 'handbag' gadis itu.. Dikeluarkan semua isi di dalamnya.. Gambar miliknya bersama Khaira diambil kemudian Aryan terus meluru ke arah Adriana dan mencengkam semula dagu yang sudah kemerahan itu
"Awak sakit.. Ja—jangan buat saya macam ni.. To—tolonglah" merayu-rayu Adriana diminta dilepaskan.. Tangisannya bergema.. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. Sakit pada kepalanya yang terhentak pada lantai cuba ditahan
"TAHU PUN KAU SAKIT! HATI AKU SAKIT KAU TAK TAHU!"
"SEKALI LAGI AKU ULANG! JANGAN BERANI SENTUH BARANG AKU! KALAU KAU BUAT LAGI, NASIB KAU AKAN LAGI TERUK DARI SEKARANG" dagu yang dicengkam itu ditolak kuat dan dahi milik gadis itu ditunjal sebelum Aryan keluar daripada apartment itu.. Tidak ingin dia tinggal serumah dengan gadis itu, takut mati pula dikerjakan olehnya
YOU ARE READING
Adriana Mikayla
Teen FictionCinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak yang dia telah lalui dahulu.. Kini dia hadir lagi, mungkin membawa berita baik atau berita buruk.. T...