MMHC Part 1

15 2 0
                                    

Ting...

Ting...

Ting...

Bertubi tubi bunyi chat masuk. Tertera nama Khalish Ayman di screen telefon bimbitnya.

"Ayra, jom teman aku tengok movie malam ni. Aku dah beli tiket."

"pukul 8.30 aku datang jemput."

"jangan lambat !"

Ayra melihat jam dinding di rumahnya menunjukkan jam 6.30 petang.

'sempat lagi nak tidur ni' getus hati Ayra.

"oi, nanti pukul 7.30 kejutkan aku" pesan Ayra kepada adiknya.

Tepat jam 8.30 Khalish sudah sampai dihadapan rumah Ayra.

Dinggg.. Dong...

Loceng rumah Ayra berbunyi

"eh, Khalish.. Masuklah." sapa ibu Ayra.

"Assalamualaikum aunty.." Khalish bersalaman dengan ibu Ayra.

"Waalaikumussalam.. Lama Khalish tak datang rumah aunty."

"Sibuk kerja sikit aunty. Aunty sihat?"

"sihat, alhamdulillah. Ni ada janji nak date dengan Ayra ke ?"

"Orang nak date dengan dia ? hmm,, lambatttt lagi" sampuk Ayra yang baru turun dari tangga.

"Takdelah, aunty.. Kitorang keluar lepak tengok wayang je.kitorang pergi dulu ye aunty."

"yelah, hati hati ya."

*didalam kereta*

"So, kita nak tengok cerita apa ni ?" soal Ayra.

"Ejen Ali." jawab Khalish selamba.

"hahh ?? Kau? Tengok cerita kartun?" Ayra melepaskan gelaknya. Yelah, mustahil lelaki macho macam Khalish ni nak tengok cerita kartun.

"taklah, bukan aku. Aqil nak tengok." Kata Khalish sambil memandang kearah anak sedaranya yang berada di seat belakang.

"Hi aunty Ayra" sapa Aqil sambil melambai lambaikan tangannya.

"Aqil!!!! Aunty miss u... Besar dah Aqil sekarang. Meh duduk atas riba aunty meh"

Ayra memang suka akan kanak kanak. Dia mudah mesra dengan kanak kanak. Sifat semulajadi itu menjadikan kanak kanak selesa dengannya. Keluarga Ayra dan Khalish memang rapat memandangkan meraka memang berkawan rapat sejak dari kecil lagi.

"Aiii,, rindu Aqil je ke ? Paksunya tak rindu?" usik Khalish

"Naik muak dah aku tengok muka kau. Hari hari jumpa kat office"

"Kalau macam tu, aku kene pindah tempat kerja la.. baru kau rindu aku, kan ?"

Ayra hanya menjeling sahaja.

Selesai menonton wayang, mereka keluar makan bersama. Di restoran, Ayra terserempak dengan Emeer Hakeem, crushnya sejak sekolah menengah.

"Eh, hi... Emeer ?" sapa Ayra

"Ayra?"

Ayra menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang lebar.

"Lama tak jumpa. Makin cantik." puji Emeer

dupp.. duppp.. duppp..

'dia cakap aku cantik ke? ' getus hati Ayra

"Thank you... Emmm, boleh tak kalau saya nak number fon awak? Senang nak contact. Yelah,, kita kan dah tak contact. Last contact pun form 5."

"Sure... 0123456789. Do text me, okay? i got to go. Maybe next time kita boleh lepak minum kopi ke, kan?"

Ayra mengangguk dengan senyumannya masih tidak lekang dibibir.

"sape tu?" soal Khalish.

"Emeer Hakeem... Kau tak kenal.. Dia baru pindah sekolah tu time form 4, kau dah habis sekolah."

Jarak umur Ayra dan Khalish adalah 2 tahun.

"ouhhh... abistu yang kau beria senyum ni kenapa? ex ke?"

"taklah... Ex crush.. ehhh,, silap.. masih crush.. hhehehe"

"Aku ingat selama ni aku crush kau. hahahhaha"

"memang taklah!" Ayra menjeling.

"aku gurau jelah. Haa yang dia beria nak puji kau cantik kenapa kalau korang tak pernah ada apa apa?"

"Banyak tanyalah kau.. Dia puji sebab memang aku cantiklah"

*di dalam bilik Ayra*

"nak text nak cakap apa ni.."

"Hi Emeer yang hensem!" Ayra menaip lalu dipadamnya kembali.

"Macam psycho pulak text dia macam tu.. hmmm"

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Emeer Hakeem. Ana Ayra Ameena yang berjumpa dengan anta di restoran tadi" Ayra menaip lagi. lalu dipadamnya lagi sekali.

"Dah macam minah arab la pulekkk.. Haduh,, aku nak text dia macam mana ni?" Ayra menggaru garukan kepalanya.

"Assalamualaikum,, Emeer?"

Sent.

Tingggg..

Cepat Ayra mengambil telefon bimbitnya tadi. untuk melihat respon dripada Emeer Hakeem.

"Ya, saya. Ni Ayra ke?"

"Ya, ni Ayra"

Bluetick.

"Kurang hasam betul.. Bluetick je? Sombong sangat kenapa? Ingat dia hensem sangat ke?"

Ayra mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.

*di rumah Khalish*

"Emeer hmm,, takdelah hensem mana mamat tu.. kenapa Ayra boleh minat dia? Emeer ye... " Khalish mundar mandir memikirkan soal Emeer Hakeem. Dia ingin tahu siapakah Emeer Hakeem yang menjadi kegilaan crushnya itu. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi rakannya yang juga juniornya ketika disekolah menengah dahulu.

"Hello, Farid.. Aku nak tanya kau sikit ni.. Time sekolah dulu, ada tak Budak satu batch ngan kau nama Emeer ?"

"Haaa? Emmer? Time sekolah menengah ? Mana la aku ingat. dah 5 tahun dah tinggalkan sekolah hahahahaha"

"Kan! Dah lama dah tinggalkan sekolah.. Yang peliknya macam mana Ayra boleh ingat lagi mamat nama Emeer tu.. Nampak gayanya Ayra memang angau betul kat Budak tu."

"Haaa, kau sebut nama Ayra baru aku ingat Emeer yang mana. Aku tak kenal sangat dia tu sebab Budak tu kelas depan, aku kelas belakang.. Tak ngam ah. Tapi yang aku ingat time sekolah Ayra tu selalu cerita kat aku yang dia suka gila kat budak nama Emeer tu. Kau tau tak dia tu bukan setakat suka bodo gitu je. siap bagi surat, bagi hadiah, bagi coklat.. Bersungguh dia mengurat Budak Em.." belum sempat Farid habis bercakap, Khalish sudah mematikan talian. Tak sanggup dia dengar cerita yang menaikkan api cemburunya itu.

TBC

Misi Mencuri Hati Crush (MMHC)Where stories live. Discover now