[ Recommended to listen to song above ]
[ Kalau dah habis , boleh ulang ]•••
PERLAHAN-LAHAN Amna memasuki wad yang sudah lama dia tidak jejakki. Senyuman hambar terlakar di bibir pucatnya. Seharian dia menangis, cuba menghalau semua kesedihan di hati.
Namun, penangan Qaayed sungguh kuat.
"Amna," Terhenti langkah Amna. Dia memusingkan tubuh 180 darjah menatap wajah Fasha. Fasha angguk kepala, memberi kata semangat untuk sahabatnya itu. Dia tahu Amna seorang yang kuat.
Gadis itu membalas dengan senyuman kecil. Ditoleh ke hadapan semula sebelum menyambung langkah yang terhenti. Makin dekat, makin lemah lutut Amna. Ibarat tidak mampu menampung beratnya. Sejurus itu, setitik air matanya jatuh.
Sampai sahaja di katil Qaayed, Amna memejam mata lantas menarik nafas sedalamnya. Perlahan, dia buka bersama mata yang sudah berkaca. Dadanya dihuni dengan perasaan sebak.
Segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kisah percintaan, pertemuan, jodoh bahkan ajal sekalipun sudah tertulis. Tiada apa untuk diubah suai. Tuhan sudah merancang jalan cerita seseorang dengan begitu cantik dan tersusun. Amna redha.
Kotak fikirannya dibayangi dengan gambaran wajah sahabatnya yang sedang tersenyum manis. Tidak tertinggal segala perbuatan lelaki itu. Bagai pita perakam yang rosak, semuanya berulang.
Akhirnya, Amna mengambil keputusan terakhir. Matanya menatap sebatang tubuh yang tidak bernyawa terbaring lesu di atas katil. Bersama kain selimut yang menutupi tubuh itu. Amna menyelak kain selimut tersebut. Dengan sekali selakan, terpampang wajah tenang Qaayed yang sedang 'tidur'. Amna tahan air matanya.
"Ayed..."
Dia pandang senyuman itu. Senyuman nipis Qaayed yang menyerikan wajah tampannya. Ingin sahaja dia sentuh, tetapi Amna tahu batasnya.
Amna membetulkan tudung merah jambu di kepala, pemberian hadiah daripada Qaayed. "Aku dah pakai tudung yang kau bagi, Yed. Mesti kau kagum dengan aku kan? Tapi sayang, kau tak sempat tengok aku berhijab. Maafkan aku..."
Tiada balasan. Keluhan dilepaskan.
Maafkan Amna kerana terlalu lalai dengan hiburan dunia. Maafkan Amna kerana tidak mempedulikan nasihat Qaayed dan maafkan semua silap Amna.
Dada yang sentiasa berombak itu sudah kaku seperti tubuh sang pemilik. Mata yang selalu membalas tatapannya sudah terpejam buat selamanya. Bibir yang sentiasa terbuka menyampaikan nasihat sudah terkatup rapat.
Andai kata sakit lelaki itu dapat dipulihkan, Amna adalah manusia yang paling gembira. Tetapi tiada lagi istilah andai, bilamana jasad itu telah kaku.
Hanya menghitung masa, jasad Qaayed akan ditanam di tanah perkuburan islam. Di waktu itu juga, Amna hanya memiliki peluang terakhir untuk menatap wajah sahabatnya sebelum wajah itu hanya muncul di fikiran, bukan di ruang mata.
Sifat Qaayed sebagai seorang pemimpin memang sama dengan maksud namanya. Semoga dia tetap menjadi pemimpin buat semua orang.
"Aku akan ada di situ, dalam hati kau."
Mata Amna terbuka.
"Walaupun jasad aku jauh daripada kau."
Serentak itu, air mata Amna menitis. Dadanya dipegang dengan perasaan sebak yang bertandang. Wajah tenang itu kembali ditatap. Aku percaya kata-kata kau, kau tetap di hati aku selamanya.
Amna jatuhkan tangannya.
"Tapi, terlalu awal kau tinggalkan kita orang..." Ujar Amna perlahan. Tangisannya sudah berlagu. "Bangunlah Iman Qaayed! Ibu perlukan kau!" Tangannya pantas digenggam kuat. Tiada lagi nasihat lelaki itu yang mampu memujuknya. Kini, Amna perlu berdiri dengan kaki sendiri. Dia tak boleh mengharapkan seseorang lagi.
YOU ARE READING
Hanya Rindu ✔️
Short StoryQaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di si...