2 | Aku dan Kau

4.5K 461 75
                                    

  "ASSALAMUALAIKUM! Amna dah balik!" Laung gadis itu kuat di hadapan rumahnya. Berkerut-kerut wajahnya melihat sebuah kereta mewah yang terparkir elok di garaj rumahnya. Tambahan pula apabila mendapati pelbagai jenis kasut yang tersusun. Ada tetamukah?

  Amna melangkah perlahan memasuki rumah agamnya sambil kedua mata itu meliar melihat sekeliling rumah. Tepat jangkaannya, ada tetamu yang hadir hari ini.

  Empat orang tetamu itu cuba ditilik.

  "Ibu Lya? Ayah Ham? Kak Hana? Kak Hani?"

  "Long time no see adik kakak!" Kembar seiras itu tersenyum lebar memandang Amna. Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Dahulu, kecil sahaja Amna di mata mereka berdua. Sekarang, besar panjang sudah anak dara ini.

  Laju Amna meluru ke arah Hana dan Hani. Betapa rindunya dia pada dua kakaknya ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang telah lama pendam.

  Selepas berpelukan, Amna menyalami tangan ibu Lya dan menghadiahkan satu senyuman ringkas pada Ayah Ilham. Kemudian, Amna labuhkan duduk bersebelahan mamanya. Senyuman manis tidak lekang di bibir sejak dia memasuki rumah tadi.

  "Besar panjang dah anak ibu ni." Suara Ibu Lya memecahkan kesunyian. Amna hanya sengih sahaja. "Takkanlah makin mengecil pula, bu." Balasnya dalam nada gurauan. Ibu Lya menjegilkan matanya.

  Selepas mereka berbual kosong, Amna meminta diri untuk membersihkan badan dan berehat sebentar di dalam biliknya.

  Siap sahaja membersihkan diri, Amna melangkah ke arah cermin. Kemudian, bedak ditepek sedikit ke muka bagi menampakkan seri wajah. Rambut dibetulkan. Tetamu masih di bawah kan.

  "Ha Amna, ni kawan kamu. Kenal lagi tak?"

  Turun-turun dari bilik sahaja sudah diajukan soalan cepumas seperti ini. Amna mengemam bibirnya melihat senyuman senget milik lelaki itu. Memang sengaja kan!

  Tak! Tak ingat langsung mamat galah ni!

  "Hm, mestilah ingat." Ceh dalam hati cakap lain. Siap mengumpat lagi. Ish! Tak baik, Amna.

  "Awww! Terharu Ayed!"

  Hani angkat kening. "Amna tak teruja pun. Amna marah lagi ke dekat Ayed?" Soal Hani. Hana mengangguk setuju dengan soalan kembarnya itu.

  "Eh hahaha mana ada marah. Amna excited la jumpa Ayed. Dekat sekolah tadi kita orang dah jumpa." Terang Amna bersama senyuman yang dibuat-buat. Depan mereka semua, Qaayed boleh lah menang. Tunggu lah nanti!

  "Iya iya lah tu. Itu pun Ayed yang kena tegur dulu. Kalau tunggu dia, sampai sekarang buat-buat tak kenal." Jelas Qaayed. Amna membulatkan matanya memandang sabahabatnya itu. Dia ni kalau tak beri kenyataan betul tak boleh ke? Sengaja nak buat mama dan papa bagi dia ceramah free ke apa.

  Ayah Ilham beri pandangan tersirat kepada anaknya, Qaayed. Papa Kamal pun sama. Pandangan yang mereka bertiga sahaja yang faham. Lambat-lambat Qaayed angguk.

  "Boleh Ayed minta izin berbual dengan Amna?"

  Amna pandang Qaayed tajam.

  "Eh boleh aje. Apa pula tak boleh." Mama Tiha sudah berikan lampu hijau pada lelaki itu. Pantas Qaayed memberikan isyarat mata kepada Amna supaya mengikutinya. Amna tanpa bantahan hanya ikut. Walau dalam hatinya, seratus peratus dia ingin patah semula.

  Berdua-duaan dengan sahabat yang tak anggap dia sebagai sahabat? Buang masa! Nonsense!

  "Kita boleh je borak dekat dalam. Kenapa sampai ke sini pula? Kau nak apa lagi?" Bertalu Amna menyoal Qaayed yang belum panas punggung setelah melabuhkan duduk di atas bangku kecil di taman. Tergeleng kepalanya melihat kelakuan gadis itu.

  "Duduk dulu, Amna. Kita bincang elok-elok."

  "Dahlah Ayed. Tak ada apa lagi nak dibincangkan."

  "Amna..." Keras Qaayed menyeru namanya. Amna mendengus kasar lalu duduk di sebelah Qaayed. Nak buat macam mana. Dah itu sahaja satu-satunya kerusi di taman. Kalau nak tambah, boleh sponsors kami.

  Qaayed menghala sebelah tubuhnya menghadap Amna yang sedang bermasam muka. Satu keluhan terlepas dari mulut Qaayed. Senyuman kecil cuba diukir biarpun sukar.

  "Aku minta maaf."

  "Kau tak salah." Potong Amna laju. "Kalau kata maaf je yang kau rasa boleh selesaikan kes ni, okay fine. Kita kosong-kosong." Jelas Amna bersama wajah tegang. Walaupun dalam hati kecil itu, jawapan lain yang dia dambakan. Bukan kata maaf dari Qaayed.

  "Nanti!" Qaayed ramas tangannya.

  "Aku pergi Australia sebab aku ada hal. Hal yang sangat mustahak. Melibatkan hidup dan mati." Kata Qaayed memandang tepat ke dalam mata Amna. Mata gadis itu masih menunjukkan amarah yang tersisa atas perbuatannya lima tahun lepas. Pergi tanpa ucapan.

  Amna menanti sambungannya dengan penuh sabar.

  "Tamat!"

  Pap!

  "Bodoh."

  Amna menjeling. Qaayed tersengih tak bersalah. Gurau sikit pun tak boleh. Asyik nak serious je.

  "Mulanya, ayah cakap pergi sana beberapa bulan je. Sebab itulah aku tak cakap kat kau. Rupanya bila dah sampai sana, ayah pula kena handle company atuk yang tengah dalam masalah. Memang lama lah cerita dia!" Terang Qaayed bersungguh-sungguh. Dia benar-benar mahukan Amna dia yang dahulu.

  Amna seakan patung cendana. Badan membatu, tetapi telinga masih mendengar setiap bait kata oleh Qaayed. Jadi selama ini Amna sering terlebih fikir negatif? Mencari salah Qaayed kerana meninggalkannya dahulu? Amna menunduk. Kecewa dengan diri sendiri.

  "I'm sorry, Ayed." ucapnya perlahan. Sungguh dia rasa bersalah kerana meletakkan sepenuh kesalahan kepada lelaki itu sehingga Qaayed berasa terbeban.

  Qaayed senyum lega.

  "Boleh. Ni dulu." Pipi dihalakan pada Amna. Mengecil mata Amna memandang Qaayed yang sengih sumbing.

  Selipar diambil secara senyap sebelum...

  Pap!

  "Aduh! Sakitlah Amna!"

  Amikkau. Setepek kena.

  Kemudian, berdesup Amna melarikan diri ke dalam rumah. Takut menjadi mangsa keganasan Qaayed pula. Lelaki itu mana boleh dibuat main. Apa yang Qaayed kata, dia akan buat demi memuaskan kehendak sendiri.

  Tergeleng-geleng kepala Qaayed melihat belakang tubuh Amna yang berlari memasuki rumah. Umur dah cecah 17 tahun pun masih berperwatakan seperti anak-anak kecil. Manakan tidak, suasana ini yang dia rindukan selama ini. Penuh dengan gelak tawa.

  "Aku tetap rindukan kau, Amna."

  "Aku rindu kau jugak!"

  Eh?

  Qaayed toleh ke kanan. Terjegul kepala Amna disebalik dinding. Sengihan gadis itu melebar.

  "Mama kata kalau rindu seseorang, pandang bulan."

  Mata dikecilkan melihat wajah Amna yang tidak bersalah. Innocent gila muka budak kecil ni!

  "Masalahnya sekarang siang!"

  "Ha, rindulah aku time malam nanti! Bye!" Terus Amna menghilangkan diri ke dalam rumah agamnya.

  Cis. Macam itu je?

  Tak apalah Amna. Tengok kau gembira pun boleh ubat rindu aku pada kau. Tetaplah senyum selalu.

  Aku akan terus jaga kau, sampai ke akhir nafas aku.

Hanya Rindu ✔️Where stories live. Discover now