Silauan cahaya matahari yang masuk dalam bilik Zarah menyedarkan dia dari lena. Mata dikerdipkan beberapa kali sebelum dibuka luas. Telefon yang berada di sisi diambil sebelum dia melihat waktu.7:30 a.m.
' Memang aku boleh suka-suka hati ke bangun lambat? Kenapa takde orang kejutkan aku untuk buat kerja?'
Sangkanya hidupnya akan menjadi seperti kisah Cinderella yang dipaksa membuat kerja tanpa henti dalam mansion ini. Rupanya dia silap.
' Lantaklah, yang penting aku masih boleh hidup dalam mansion ni.'
Baru Zarah berura-ura hendak mandi, matanya melihat satu kertas berwarna merah yang dilekatkan pada cermin alat solek.
' Semalam tak ada pun kertas tu.'
Tangan kecilnya pantas sahaja mengambil kertas itu dan dibaca dengan teliti.
Turun breakfast dekat bawah lepastu sambung buat kerja kau jangan nak jadi Membesar pula dalam mansion aku. Ingat! Jangan kau nak lari. My eyes on you.
Lari? Perkataan itu langsung tidak terlintas dalam fikiran Zarah. Mungkin dia akan pertimbangkan cadangan itu nanti.
Sedang Zarah berkhayal dalam dunianya, telefon yang berada di atas katil berbunyi nyaring minta diangkat.
Melihat nama pemanggil membuatkan Zarah ragu-ragu ingin mengangkatnya. Namun setelah dua kali di call Zarah menyambut juga. Tidak sampai hati membiarkan dia tertunggu-tunggu.
" Lambat betul Zarah angkat call."
" Maaf Aiden. Zarah kerja sekarang ni. Ada apa Aiden call ni?'
" Rindu. Jom jumpa dekat cafe biasa. Lagipun Aiden ada benda nak bagitau Zarah."
" Aiden bagitau dekat fon je boleh? Zarah betul-betul sibuk harini. Kita jumpa esok- esok ke atau lusa boleh?" Zarah mengigit hujung jarinya. Dia sendiri tidak pasti yang dia boleh keluar dari rumah itu atau tidak.
" No...I need to meet you. I miss you babe." Merelet manja Aiden untuk meminta simpati pada Zarah.
" I can't make it now. Please understand me... Aiden sayang Zarah kan?"
" Fine. Tapi esok kena jumpa dekat cafe biasa tau. Aiden tunggu pukul 12 macam tu."
" Tap---"
Tut!
Talian terus di matikan. Zarah mendengus kasar. Macam mana dia mau memberitahu Aiden perkara ini sekarang. Pasti Aiden akan marah apabila mengetahui dia tinggal bersama dengan lelaki yang dia sendiri tidak kenali.
' Baik aku buat kerja dulu sebelum mamat tu balik.'
💣💣💣
Shahfik terus melangkah ke mansionnya sambil memerhatikan sekeliling. Dia mencari kelibat gadis itu. Namun hampa.
Dia masuk lagi ke taman bunga di belakang namun tidak ada juga. Pasrah mencari kelibat gadis itu, Shahfik terus masuk ke dalam rumah.
Matanya cepat sahaja menangkap susuk tubuh kecil yang sedang bernyanyi kecil sambil mengemop lantai ruang tamu. Sekejap- sekejap tubuh itu menari dan memegang kayu mop itu sebagai mikrofon.
YOU ARE READING
The Dark side ✔ [Editing]
Action🔥 Pemenang genre action A's award 2020🔥 🔥Pemenang tempat kedua dalam The Best Action 2020 anjuran Diamond team🔥 Gara-gara hutang hidup Zarah berubah dalam sekelip mata. Bukan ini yang dia mahukan, dia hanya mahukan kebebasan seperti mana dirinya...