ENAM bulan menjadi isteri yang sah kepada lelaki bernama Eiz Zaqril bin Eiq Naufal. Perkahwinan pertama dan kedua kami jauh berbeza. Sanggup Zaqril buat balik gambar perkahwinan. Gambar nikah semua buat baru. Photoshoot balik moment indah. Lelaki itu lebih romantis sekarang. Setiap pagi akan ada sekuntum mawar merah dihantarkan kepada aku dirumah. Aku? Senyumlah. Kalau boleh nak sampai telinga senyum.
Alhamdulillah rumah tangga aku bahagia. Ada Qyra. Ada Zaqril. Lelaki yang menjadi cinta hati pertama aku. Siapa sangka? Dari coco crush kini menjadi suami dan khalifah hidupku. Moga rumah tangga kami diberkati. Lepas ni setiap liku-liku rumah tangga akan aku harungi dengan sabar.
Dulu, Zaqril lelaki panas baran. Kini lelaki itu lelaki paling bersabar. Pernah sekali aku tertinggi suara padanya kerana dia selamba sahaja pergi hamburkan baju-baju dalam almari yang aku sudah susun dan lipat kemas-kemas. Marah betul aku. Kebetulan masa tu tengah melawat bulan. Memang aku marah dia kaw-kaw. Dia? Masih berlembut. Masih bersabar. Sejujurnya aku puji kesabaran lelaki ini. Begitu drastik perubahannya.
"You tau tak I penat susun tau! Lipat lagi! You bagi bersepah macam ni! Baju semua dah kusut. You senang je hambur! Eee benganglah I dengan you ni!" tengkingku.
"Sayang. Sorry. Abang tak sengaja. Abang dah biasa hambur. Sorry sayang." lembut sahaja dia menutur maaf. Tiada kekerasan dalam nadanya.
Tangan aku diraih. Dicium lembut belakang tanganku. Dia senyum memandangku.
"Isteri abang lawat bulan ke? Kenapa marah-marah. Kesian Qyra mesti terkejut tengok mama dia mengamuk macam Godzilla dalam rumah." selorohnya.
Aku jeling dia tajam. Geram. Disamakan aku dengan Godzilla mengamuk? Tagune punya laki!
Bunyi lonceng rumah mematikan lamunanku. Laju tangan mencapai tudung bawal yang sudah sedia tersangkut di belakang pintu bilik. Langkah diatur ke pintu utama. Sebaik sahaja pintu terbuka. Seorang gadis sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah aku dan Zaqril.
Langkahku atur mendekati gadis itu. Tidak mempelawanya masuk. Malah, aku tidak buka pagar pun.
"Ya cik cari siapa?" soalku mesra. Kang kasar-kasar katanya gila. Lagipun sekiranya gadis ini rakan sekerja suamiku pasti malu aku nanti menerjah orang tanpa periksa.
"Oh Eiz ada?" soal gadis itu.
"Dia kat office. Kerja. Kenapa ya?" tanyaku lagi. Apahal minah ni cari laki aku?
"I dah cari tak ada pun. PA dia cakap dia dah balik." ujar gadis itu pula. Aku 'oh'kan sahaja.
Kebetulan baru aku mahu bersuara Zaqril tiba. Secara automatik pintu pagar terbuka. Zaqril parkir keretanya disebelah keretaku. Dia keluar dan menghampiri kami.
YOU ARE READING
Dugaan Hati♡
Romance[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah sudah kali ke berapa dia melafazkan kalimah itu. Langsung tidak memberi sebarang kesan pada Hana. "Sampai hati awakkan.." air matanya mengalir d...