TERLIHAT kelibat Dhafira yang sedang melangkah masuk ke dalam perut lif terus Hadi melajukan langkahnya. Pintu lif terus dia tahan menggunakan kaki dan terus melangkah masuk." Morning." Sapa Hadi mesra dan senyuman yang menghiasi bibir.
" Morning." Balas Dhafira senada. Segaris senyuman turut dibalas. Seadanya.
" Baru tiga hari cuti dah masuk ofis." Tegur Hadi lalu memandang Dhafira sekilas.
" Tiga hari apanya, dah lima harilah." Jawab Dhafira.
" Sabtu ahad tu kan cuti umum mana boleh kira sekali dengan cuti yang kau ambil." Ujar Hadi.
" Kira lima harilah tu." Ujar Dhafira.
Hadi tersenyum kecil." Daddy suruh aku bagi kau cuti seminggu. Kau pula masuk awal."
" Tak perlulah cuti lama-lama. Lagipun bosan duduk rumah."
" Hazzar tak bawa kau pergi bercuti ke? Manfaat cuti kahwin." Tanya Hadi sedikit penasaran.
" Busy." Ringkas jawapan Dhafira. Lagi pula dia malas mahu memaksa. Dan, dia sendiri juga sibuk.
Hadi hanya mengangguk. Faham dengan kesibukan pasangan yang baru bertukar status ini. Masing-masing ada tanggungjawab lain.
" Tangan kau macam mana? Dah okay?" Tanya Hadi prihatin. Tangan Dhafira yang sudah dibuka balutannya sempat dipandangnya tadi.
" Dah makin baik." Telapak tangannya yang meninggalkan parut Dhafira pandang seketika.
" Aku minta maaf bagi pihak mummy dan Rana. Aku tak sangka Rana akan bertindak sejauh tu. Rana betul-betul hilang akal." Ucap Hadi dengan perasaan kesal atas perbuatan Rana.
Dhafira senyum nipis lalu menggeleng kepalanya perlahan.
" Tak apa. Salah saya juga sebab naikkan marah dia dan buat dia hilang sabar. Begitu juga pada Puan Sri. Saya pun nak minta maaf sebab dah menimbulkan kekecohan." Balas Dhafira tenang. Dia akui dia juga bersalah kerana dia yang mencabar Rana.
" Apa pun tetap salah Rana. Aku tahu dan aku kenal perangai adik aku tu macam mana. Kalau dia boleh kawal emosi dan baran dia tu, aku yakin semua ni takkan berlaku. Mummy pula terlalu manjakan Rana sampai Rana buat apa pun mummy tak pernah nak halang. Aku sebagai seorang abang rasa malu sangat dengan sikap Rana."
Dhafira terdiam apabila mendengar bicara Hadi yang kedengaran tegas dan serius. Tahu, Hadi sedang bersabar.
" Daddy pun tak sangka Rana akan buat kau macam tu. Daddy malu nak berhadapan dengan kau untuk minta maaf. Daddy tak tahu nak cakap apa dengan kau atas sikap dan perbuatan Rana tu. Daddy juga minta maaf bagi pihak kami sekeluarga." Sambung Hadi lagi.
" Beritahu daddy.. saya okay. Daddy tak perlu rasa malu dan saya juga faham dengan sikap Rana pada saya selama ni. Jadi, tak perlulah daddy nak minta maaf bagai. Daddy tak salah pun." Balas Dhafira.
Dia tidak mahu salahkan sesiapa kerana dia tahu dia dan Rana sama-sama bersalah. Salahnya kerana mencabar dan salah Rana pula kerana memulakan semua ini. Kedua-duanya salah.
" Call lah daddy." Suruh Hadi.
" InshaAllah, nanti saya call. Tapi, daddy akan jawab ke?" Sekilas Hadi di sebelah Dhafira pandang.
" Try la dulu. Kalau daddy tak nak jawab, baliklah jumpa daddy. Mak Timah pun dah mula rindukan kau tu." Beritahu Hadi. Dia tahu Dhafira juga rindukan Mak Timah dan daddy.
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...