" Sebagai balasan jawapan kau 'Ya', aku nak hak aku. Perkataan 'Ya' tu akan berikan aku pelbagai makna dan keizinan termasuklah hak aku." Sambung Hazzar lagi. Dia menjeling sekilas ke belakang Dhafira. Langkah Dhafira kian dekat dengan katil. Makin lebar senyumannya.
" Hazzar.." Seru Dhafira gugup apabila kakinya sudah tersekat di kaki katil. Dada bidang Hazzar yang terdedah terpaksa dipandang.
Hazzar berdiri kian rapat. Hampir bersentuhan. Wajah Dhafira tidak lepas dari bebola mata hitamnya. Nafasnya ditarik dan dihela dengan teratur.
Liur ditelan. Apabila mendongak, dia terkesima apabila wajah Hazzar cuba didekatkan dengannya. Spontan dia terduduk di birai katil.
Spontan Hazzar ternapak ke belakang. Bibirnya tersungging senyuman yang sinis. Kedua belah bahu Dhafira disentuh lalu ditolak. Terbaring disitu.
Makin kuat dengupan jantung Dhafira berdetak. Semput nafasnya melihat Hazzar yang kian bertindak.
" Fira.." Seru Hazzar dengan suara gemersiknya. Dia berdiri lutut di birai katil dan menurunkan tubuh. Kedua belah tangan menongkat disisi pinggang Dhafira. Kini, dia mengampu diri di atas. Wajah itu direnung penuh minat.
Dhafira menelan liur lagi. Terasa hangat nafas Hazzar menyapa wajah mulusnya. Sementelah, dia cuba menahan diri dengan kerutan di dahi.
" Hazzar." Dhafira bersuara. Kedua belah tangannya mula menyilang ke dada. Dia pejam mata rapat-rapat. Tak sanggup membayang apa yang akan berlaku.
Sepasang mata Hazzar mula meratah seluruh wajah Dhafira. Dan, dia terpegun seketika sambil merenung wajah mulus dan lembut itu. Begitu juga mahkota isterinya. Rupanya rambut Dhafira bukan hitam sebaliknya, coklat gelap. Begitu sesuai dengan kulit Dhafira yang putih gading. Cantik!
" Ehem." Hazzar pantas berdehem. Hampir dia terleka dengan kelembutan wajah Dhafira. Lalu, dihembus wajah itu dengan nafasnya.
Dhafira terus membuka mata apabila terasa hembusan hangat. Hampir semput nafasnya melihat wajah Hazzar kian rapat dan betul-betul di atasnya. Kedudukan mereka agak rapat dan hampir bersentuhan. Dhafira menoleh ke sisi, kiri dan kanan. Masih ada ruang untuk dia memboloskan diri.
" Fira.." Seru Hazzar lagi dengan suara yang menggoda.
Dhafira kembali memandang Hazzar. Hati dan dadanya cuba ditenangkan. Dia hela nafas perlahan. Tenang, Fira.. tenang. Tak rapat mana pun.
" Kalau awak nakkan hak awak, silakan.. saya tak ada halangan. Tapi, dengan syarat." Ujar Dhafira sedikit berani. Nafas dihela agak kasar.
Hazzar tersenyum. Green light. Boleh tahan berani juga si Dhafira ni ya. Macam tak percaya.
" Apa?"
" Berikan saya ubat tidur yang dosnya paling tinggi supaya saya tak sedar ketika awak ambil hak awak."
Hazzar tidak dapat menahan diri daripada ketawa. Wajah serius Dhafira dan permintaan itu menggelikan hatinya.
Dhafira ketap bibir. Dahinya sedikit berkerut. Terasa menyesal pula. Apa yang kau dah buat ni, Fira?
" Kau ni biar betul?"
" Ya." Jawab Dhafira separuh yakin. Arg, hentam ajelah.
Hazzar ketawa lagi. Wajahnya terus didekatkan dengan wajah isterinya itu. Dhafira memang sengaja mencabar orang. Tak hairanlah kalau Rana boleh bertindak di luar kawalan disebabkan dicabar Dhafira yang sentiasa tenang itu.
Dhafira terus memejam matanya kembali. Dia cuba tenangkan hati yang semakin kuat berdegup dan berdebar. Tak berani memandang wajah yang begitu dekat dengannya.
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...
Kunci Hati - 24
Start from the beginning