HAZZAR hanya memandang Dhafira yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik. Tadi dia terpaksa mencari Dhafira kerana tidak tahu di mana kamar isteri yang baru dia nikahinya itu tetapi, tak sangka pula dia akan terdengar pergaduhan antara Dhafira dan Rana. Disebabkan tidak mahu dirinya tertangkap, dia terpaksa bertanya kepada Mak Timah.Aik. Dia ni tak nak tegur aku ke? Desis hati Hazzar apabila melihat Dhafira mencapai tuala dan pakaian di dalam almari sebelum terus menghilangkan diri ke kamar mandi. Dia terlopong sendiri.
Hampir lima belas minit, barulah Dhafira melangkah keluar dengan siap berpakaian pajama. Tuala yang diguna tadi diletak keatas bahu.
" Ehem." Hazzar pantas berdehem. Dia mahu Dhafira tahu dia masih wujud.
Pantas Dhafira menoleh ke arah katil. Sedikit terperanjat melihat Hazzar sedang duduk di birai katil dan mata itu memandang ke arahnya.
" Bila masa awak masuk?" Tanya Dhafira mula kalut. Tuala di atas bahu terus diangkat lalu menutupi kepalanya. Dia masih belum terbiasa mendedahkan mahkotanya pada Hazzar.
" Kau ni buat aku macam tunggul kayu, kan?" Ujar Hazzar kedengaran seperti tak berpuas hati.
" Bila masa pula saya buat awak macam tunggul kayu?" Tanya Dhafira lagi. Dahinya sudah berkerut.
" Tadi! Aku yang tercongok kat sini langsung kau tak tegur. Menonong aje kau ke bilik air." Ujar Hazzar masih dalam nada yang sama.
" Sorry. Saya langsung tak perasan awak ada dalam bilik ni. Saya ingatkan awak balik." Balas Dhafira sedikit rasa serba salah.
Hazzar mengejek bicara Dhafira. Belum pernah seumur hidupnya dirinya tidak ditegur oleh seorang wanita. Dan Dhafira orang pertama yang bersikap dirinya bukan lelaki idaman wanita.
Dhafira melangkah ke almari semula lalu sehelai tuala dicapai. Dia melangkah pula ke arah Hazzar lalu menghulurkan tuala itu kepada Hazzar.
" Nah. Pergilah bersihkan diri tu dulu. Dah maghrib." Ujar Dhafira. Saat ini dia seperti tidak percaya lelaki di hadapannya ini adalah lelaki yang baru saja menikahinya atau lebih ringkas, lelaki itu suaminya.
Hazzar menepis. Dia bingkas bangun dan menuju ke sofa. Beg pakaian yang dibawa terus dibuka kasar. Tuala dikeluarkan dan terus berlalu ke kamar mandi. Pintu ditutup dengan sedikit kuat. Biar Dhafira tahu dia sedang marah.
Dhafira hela nafas perlahan. Tuala tadi kembali disimpan ke dalam almari. Dia berlalu ke cermin. Tuala di atas kepala diturun dan rambutnya yang sudah melepasi bahu disikat. Kemudian, tuala yang diguna tadi disangkut.
Dhafira terus melarikan pandangan saat melihat Hazzar keluar dari kamar mandi dengan hanya tuala paras pinggang. Inilah kali pertama dia melihat lelaki asing dalam keadaan begitu. Dan, berdua dalam bilik yang sama. Ah, sesak nafas!
Hazzar tersenyum sinis melihat reaksi Dhafira. Pura-pura baik macam tak pernah tengok. Kalau kat overseas bersepah lelaki pakai macam ni di tepi pantai. Tiba-tiba satu idea terlintas di fikiran Hazzar. Dia terus mendekati Dhafira yang sedang melangkah ke katil. Bahu Dhafira dicuit.
Dhafira pantas menoleh dan terus terkejut melihat dada bidang Hazzar yang terdedah. Dia menelan liur.
" Awak nak buat apa ni?" Soal Dhafira mula gementar.
Senyuman nakal mula terhias di bibir Hazzar. Dia melangkah semakin dekat dengan Dhafira sementara Dhafira terpaksa undur ke belakang.
" Hazzar.." Suara Dhafira sudah bergetar. Tangannya cuba menahan agar Hazzar tidak terlalu dekat.
" Kalau aku nak hak aku macam mana?" Kata Hazzar tenang.
Dhafira telan liur lagi. Dadanya sudah berdegup kencang.
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...