Duda Cina Buta Part 20

Start from the beginning
                                    

Anne: 'Ada apa abang nak jumpa Anne kat sini? Apa yang hal penting abang nak bagitahu Anne tu?tanya Anne dengan ringkas.

Azman: 'Abang nak berbincang dengan Anne pasal kedudukan kita sekarang', jawab Azman

Anne: 'Abang kalau  suruh Anne datang sini lepas tu marahkan Anne macam abang call pagi tadi, Anne nak baliklah, abang tahu, cara abang menekan Anne macam ni menyebabkan Anne lagi tawar hati dengan Abang lagi .'

Azman: 'Okay..okay...abang sebenarnya takut kehilangkan Anne, abang minta maaf kalau abang menekan Anne buat macam ni.

Untuk meringankan beban di hatinya itu dia cuba meraih jari jemari Anne yang duduk di sebelahnya dalam kereta yang di parkir di kawasan Taman Tasik Shah Alam. Cepat-cepat  Anne melarikan tangannya dari diraih oleh Azman. Tindakan itu membuatkan Azman sedikit terkejut dengan perlakuan sepontan Anne itu. Selama ini Anne tidak pernah menolak jika dia ingin memegang jari jemari bekas isterinya itu. Malah dia tahu kalau dia ingin memeluk Anne pun, pasti wanita itu tidak akan menolak. Namun jika dia terus mengelak dari melakukan sebegitu, pastinya dia dan Anne akan terjebak ke dalam sesuatu yang akan mereka sama-sama kesali nanti.

Anne cuba untuk menangkis debar di dadanya. Entah mengapa dia merasakan tidak mahu lagi disentuh oleh Azman. Tidak seperti hari-hari lalu sewaktu mereka bertemu untuk berbicara. Entah mengapa semua itu dirasakan tidak kena baginya kini. Terasa bagaikan sepatutnya ada jurang yang memisahkan mereka sekarang. Azman perasaan hari ni perasaan Anne sudah berlainan kepadanya.

Azman: 'Anne... tolong jangan cakap yang layanan Anne pada abang hari ini berlainan... yang Anne... dah mula jatuh cinta... pada Hisham tu..., 'tersekat-sekat suara Azman menduga hati bekas isterinya. 

Kata-kata yang membuatkan Anne terkedu seketika. Tidak pernah terlintas sedikit pun di hatinya akan kemungkinan itu. Mana mungkin dia boleh jatuh cinta pada Hisham dalam tempoh yang begitu singkat. Bukan... bukan cinta yang dirasakan. Hanya satu perasaan memiliki dan dimiliki sahaja. Ia, rasanya itu yang sebenarnya. Dan untuk mengesahkan semua itu dia menggelengkan kepalanya. Cuba untuk meyakinkan Azman dan dirinya sendiri.

Anne: 'Abang... dia baik bang. Anne rasa dia sahaja yang sanggup tolong kita jadi pak sanggup tu... dia jaga diri Anne, maruah Anne. Dia hormati kehendak Anne untuk tidak bersama walaupun dah lebih dua bulan kami tinggal sebumbung...,' ucap Anne perlahan. 

Anne cuba untuk tidak memperkatakan lagi soal ini. Dia tidak sanggup untuk memberitahu bahawa dia dan Hisham sudah berkucupan dan hampir bersama. Entah mengapa dia merasakan Azman tidak perlu tahu itu semua, itu dah jadi privasi dia dengan Hisham sekarang ini.

Azman : 'Dia tak pernah usik Anne ...? Sampai hari ni..?' perlahan Azman bertanya, dia semacam tidak percaya apa yang Anne cakap tadi.

Hati Azman berdebar-debar menantikan jawapan dari Anne. Tetapi Anne tetap diam, membuatkan Azman terasa ada ragu di hatinya terhadap sikap Anne itu.

Azman: 'Anne...,' Azman bertanya lagi.

Anne: 'Abang nak tahu sangat kan... nanti kalau semua dah selesai, Anne akan cakap pada abang,' nanti boleh abang paksa Hisham menceraikan Anne. 

Cepat sekali Anne memotong apa sahaja kata-kata yang mungkin akan keluar dari mulut Azman yang asyik menekannya . Tidak lagi dia mahu membicarakan hal itu.

Azman: 'Bila Anne? Bila semua ni akan selesai? Abang dah tak sanggup tunggu lagi,' bisik Azman.

 Untuk seketika Anne bagaikan terkedu. Hatinya tertanya-tanya mengapa kini dia tidak lagi merasakan seperti apa yang Azman rasakan?, dia seperti mahu bersama Hisham lebih lama pula sekarang ini,  Sudah berubah hatikah dia?. Ahh ... sungguh dia keliru dengan perasaannya sekarang....

Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)Where stories live. Discover now