Hari ini masuk bulan ke dua Anne berkhawin dengan Hisham , Anne merasa Hisham amat memahaminya, tidak pernah dia meninggikan suaranya pada Anne dan dia amat selesa dengan Hisham berbanding bekas suaminya Azman. Tak pernah Hisham marah jika dia sering kali balik lambat uruskan pekerjaannya.Pagi ni awal pagi lagi Azman ada menalifonnya, dah banyak misscall dan text di hantar oleh Azman sebelum ini dia tidak layan dan jawab, kali ini dia jawab atas dasar sisa cintanya yang masih ada dekat Azman.
Anne diam mendengarkan nada cemburu dari Azman bila dia call nya tadi. Dia sememangnya sudah menjangkakan Azman akan marah, itu sifat cemburu adalah semula jadi dalam dirinya.
Azman: 'kenape Anne tak cakap masa nak pergi kampung Hisham hari tu?. Terus senyap macam tu aje hilangkan diri. Balik ke sana seminggu lak tu, abang cari Anne kat rumah Hisham pun tak ada. Anne tau tak betapa rindunya abang pada Anne sepanjang minggu Anne di sana. Rasa jauh dari Anne, tak dapat nak tengok Anne di mata abang. Bila Anne balik, abang dengar dari Anne macam layan tak layan aje abang sekarang ...,'
Anne: 'Abang... tak kanlah semua perkara Anne buat kena beritahu abang, Hisham call Anne pun tiba-tiba aje hari tu, Abah dia kena serangan jantung, abang nak suruh Anne nak buat apa lagi bang, lagi pun kita sekarang bukan suami isteri lagi..,' kata Anne geram.
Azman: 'Tak payahlah Anne nak ingatkan abang dengan perkara tu lagi. Tiap kali Anne cakap macam tu abang rasa bersalah dan menyesal'.
Anne :'Bukan ke abang yang ada niat nak jual Anne kat Hisham ke? ini kan permainan abang juga, Jadi tak salahlah kalau Anne baik dengan dia...,' keras nada suara wanita muda itu singgah di telinga Azman.
Kata-kata itu membuat dia dihujani seribu kekesalan lagi. Buat seketika, dia terdiam tak mampu untuk membalas kata. Dia mengeluh melepaskan beban yang menimpa kepalanya, memang dia merancang rancangan ini, Kemudian dia menarik nafas panjang, cuba untuk meringankan beban itu. Namun bagaikan tidak mampu untuk dia berbuat begitu.
Azman :'Memanglah... Memanglah hari tu abang ada niat nak buat macam tu. abang nak bagi Hisham duit untuk lepaskan Anne, tapi bukan untuk jual Anne, abang minta Anne jangan sekali-kali cakap macam tu lagi. Lagipun, bukannya banyak sangat duit yang abang nak bagi dia. Untuk belanja Hisham kahwin dengan Anne hari tu pun semuanya abang dah tanggung dan bila dia ceraikan Anne nanti, abang memang pun niat nak bagi dia lima ribu ringgit sebagai saguhati atas pengorbanan dia buat.
Azman: ' Untuk makluman Anne bukan atas dasar upah macam yang abang niatkan masa awal-awal minta dia jadi cina buta hari tu, dia tak minta pun bayaran ini .' katanya kembali setelah lama diam berfikir.
Anne : 'Dia suami Anne sekarang, Anne rasa dia tak nak duit abang semua , dia dah ada lebih dari cukup bang. Pasal Anne tolong family Hisham hari tu, hmm.. tak salahkan Anne cuba ringankan beban suami Anne sendiri ' jawab Anne sinis, dia dah hampir tak tahan dengan perangai Azman yang kuat cemburu tu.Jawapan yang membuatkan hati Azman bagaikan terhiris bila mendengarkannya.
Azman: 'Petang ini kita jumpa kejap boleh Anne, Abang tunggu kat parkir Taman Tasik Shah Alam tu kul 3 petang, abang harap sangat Anne datang, ada benda penting abang nak bagtahu Anne' sambil dia akhiri perbualan itu.
Kereta Anne membelok masuk ke salah satu parkir kosong di taman Tasik Shah Alam ,dia melihat kereta Azman sudah di parkir di hujung bawah pokok, dia meletakan keretanya bersebelahan dengan kereta Azman, Azman memerhatikan kereta Anne parking di tepinya, dia kemudian melangkah keluar dari keretanya masuk ke dalam kereta Anne .
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
RomanceMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...