Make sure ada di tempat yang tenang ok , buka lagu dekat atas and hayati sambil baca ok sayang semua, kalau nangis lap dengan tisu ok, author takde nak tolong lap kan
🌹🌹🌹
Adriana terkelu seribu bahasa. Apa yang terjadi sebentar tadi masih segar dalam kotak ingatannya. Setiap detik setiap saat semua tersimpan kemas. Sepatutnya dia rasa gembira tapi dia tidak sekejam itu. Raut wajah semua orang dilihat dari jauh. Hanya keluarganya yang masih dalam perjalanan ke sini dan orang pertama yang dia bertemu tadi ialah lelaki yang dia mahu didampingi. Angan-angannya yang dulu tidak pernah putus untuk dicapai. Lelaki yang bernama Tengku Aryan Mikael..
Dari jauh terdengar beberapa derap tapak kaki berlari menuju ke arah ruangan menunggu yang menempatkan semua ahli keluarga termasuk keluarga tunang gadis yang sedang bertarung nyawa itu.. Dan yang sedang berlari itu merupakan keluarganya,, papa , mama , Adrian , Adriz , Dahlia..
Adriana yang masih kaku di sebalik dinding itu hanya melihat mereka dari jauh.. Perasaan bersalah menyelubungi diri dan perasaan takut untuk berhadapan dengan semua menghantui diri.. Lututnya berketar dari tadi, diri sentiasa berusaha untuk membetulkan nafas yang selalu salah memainkan hembusan, jiwa yang meronta-ronta di tenangkan sehabis baik, fikiran yang bercelaru memikirkan setiap hal cuba dibuang buat masa sekarang
"MANA ADIK KAU HA?!" dari jauh jelas ke pendengaran Adriana, Azim menjerkah Adriz dan tangannya mencekak kolar baju Adriz.. Adriz hanya bersahaja.. Cengkaman Azim pada bajunya dilonggarkan
Abang aku lagi tough lah!
Sempat lagi Adriana memuji Adriz sebelum dia tersedar yang sekarang dia hampir berada di dalam mulut singa.. Air liur ditelan perlahan
"AKU TANYA MANA ADIK KAU!!" jerkah Azim sekali lagi
"Azim,, bawak bersabar.. Kita bincang elok-elok" tegur Tengku Alham
"Bincang elok-elok boleh pergi la paksu.. Sekarang ni anak paksu tu yang sebabkan adik kami tengah bertarung nyawa dekat dalam tu" Kusya mengambil tugasnya.. Walaupun terasa mahu melepaskan gunung berapi tapi dia tetap hormatkan orang tua itu
"Apa bukti kau kata adik aku punca Khaira kat dalam tu?!"
"Dah sah-sah dia keluar dengan adik kau tadi! Kau lupa!! Dan dah sah-sah semua tahu Adriana tu dendam Khaira! Yang izinkan diorang keluar sekali dah kenapa!!" marah Kusya.. Matanya mencerlung tajam mata Adriz
"Maksu yang izinkan sebab tu permintaan Khaira—"
"Maksu tak sepatutnya izinkan!" potong Kaifa laju.. Terdiam Puan Marissa.. Adriana yang melihat dari jauh menggengam tangannya membentuk penumbuk.. Matanya berair melihat ibunya seperti dimarahi.. Ibunya permatanya dan kunci menuju ke syurga.. Dia tidak akan berdiam diri jika ibunya terus dibuat demikian
"Kusya, Kaifa stop! Walid tak ajar korang biadap!!"
"Alham.. Nanti balik ambil anak perempuan kau.. Along tahu Khaira nak sangat anak kau sentiasa ada dengan dia waktu-waktu macam ni.. Pasal apa yang anak kau dah buat, nanti kita bincang lain" Alham hanya mengangguk.. Puan Jannah hanya diam menghamburkan tangis di bahu sang suami.. Cuba beritahu, Ibu mana yang tak sedih bila anak dia sedang bertarung nyawa sedangkan anak jika digigit nyamuk pun risau bagai nak gila.. Inikan pula yang sedang bertarung untuk menentukan dia masih hidup selepas ini atau.... tak sanggup nak teruskan
Aryan dari tadi duduk menunduk menekur lantai.. Disisi ada ibunya dan sahabatnya.. Dalam hati tidak henti menitipkan doa agar sang kekasih yang bakal dinikahi beberapa hari lagi selamat dan pulih seperti sedia kala... Pergaduhan antara kakak sang kekasih dan sepupu sang kekasih langsung dihiraukan
YOU ARE READING
Adriana Mikayla
Teen FictionCinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak yang dia telah lalui dahulu.. Kini dia hadir lagi, mungkin membawa berita baik atau berita buruk.. T...