Lama mata menatap ciptaan Allah yang terbias di langit malam.. Bintang yang berkelipan menemani malamnya yang tiada teman.. Duduk di jendela bersama fikiran yang sarat memikirkan sesuatu.. Lama,, sehingga matanya tertutup perlahan-lahan
Adriana melepaskan keluhan kecil mengenangkan kata-kata Camelia petang tadi
"Kau nak pergi mane?" soal Camelia dingin
"Suka hati I lah nak pergi mane pun! Yang you sibuk asal?" Adriana menjeling Camelia yang sedang duduk bersama Arisha dan Hana menonton televisyen.. Arisha sudah terlelap di paha Hana.. Hana hanya menghiraukan pertengkaran yang bakal berlaku.. Malas mahu masuk campur
"Kalau bukan disebabkan Khaira suruh tengok-tengokkan kau, memang sampai mati pun lah aku tak ingin nak ambil berat pasal kau!" balas Camelia keras
"You ni I tengok dah macam bibik Khaira nak suruh tengok-tengokkan I bagai.. Apa yang disuruhnya semua you ikut! Memang sah you dah pegang jawatan kuli perempuan tu.. Oops" Adriana berpura-pura menutup mulutnya seperti orang yang terlepas cakap
"Kau jangan kurang ajar sangat Adriana.. Aku just tak nak bagi dia risau dekat London sana memandangkan everytime dia chat aku mesti ada nama kau"
"Oooo penyibukkkknyeeee" dengan lenggok badan Adriana menghampiri Camelia dan duduk di atas sofa yang berdekatan
"Dia bukan nak sibuk! Dia. Just. Risau jadi apa-apa dekat kau!" terang Camelia satu-satu
"Kiranya you pun sayang kan I lah kan" soal Adriana dengan sebelah kening diangkat
"Dulu mungkin ya Tapi sekarang,, maaf.. Satu rasa sayang atau risau dekat kau pun tak ade.. Aku pun tak tahu lah macam Khaira boleh risau kan kau sedangkan kau ni banyak sakitkan dia" riak wajah Adriana biasa, sama seperti setiap hari.. Dia tak kesah pun haha
"Ergh whatever,, I nak keluar.. Bye!"
"Pergi lah keluar.. Tapi kau jangan nak perabis duit Mak Bapak kau senang-senang je.. Kau tu dah la menganggur.. Entah nanti bila Mak Bapak kau tinggalkan kau, merempat kau tepi jalan sebab takde siapa nak tolong.. Eh lupa?! Khaira still ada untuk kasihan kan kau! Dan abang-abang kau tu" kata Camelia pedas selamba.. Adriana hanya menghiraukan.. Tangannya digenggam kuat.. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menampar-nampar pipi wanita itu biar merah tapi dia sudah lambat untuk ke sesuatu tempat
Perkarangan rumah yang hanya ada keretanya dan Angel Crown memudahkan dia mengeluarkan kenderaan miliknya tanpa menyuruh sepupunya yang lain mengundur kenderaan.. Memandangkan mereka semua perlu pergi ke tempat kerja.. Entah mengapa Angel Crown sahaja yang berada di rumah, menyemak je!!
"Huh dah lambat"
Bukan tentang Khaira yang membuatkannya berfikir sebegini,, tetapi tentang mama dan papanya.. Terlintas di kepalanya, saat mama dan papa dijemput Illahi kelak bagaimana hidupnya? Takkan dia mahu menyusahkan Adrian dan Adriz.. Bagaimana dia mahu menghadapi hari-hari yang berlalu tanpa mama dan papa.. Pasti hidupnya sunyi.. Takkan dia mahu menagih simpati kepada pakcik saudaranya? Jauh sama sekali! Dia tidak sanggup menjatuhkan air mukanya
"Macam mana pun kau kena kerja Adriana.. Jangan susahkan abang-abang kau nanti.. Diorang dah ada family" Adriana mengemam bibirnya
YOU ARE READING
Adriana Mikayla
Teen FictionCinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak yang dia telah lalui dahulu.. Kini dia hadir lagi, mungkin membawa berita baik atau berita buruk.. T...