SABAR

53.1K 2.2K 171
                                    

"Awak tak rasa banyak sangat ke baju awak belikan untuk little princess? Nanti Dayana besar juga." Diana mengosok lembut belakang Dayana Caroline Bryant yang begitu manja dengan mummynya. Letak dalam baby stroller punyalah kuat menjerit dan menangis. Selagi tiada orang dukung selagi itu Dayana meragam kalau waktu mengantuk.

"Ala takpelah. Nanti dah besar sikit, kita shopping lagi." Cukup selamba mafia itu membalas setelah menghabiskan berpuluhan ribu untuk beberapa puluh helai pakaian bayi yang direka khas di beberapa butik mewah.

"Baju yang tak muat tu, boleh derma dekat mana-mana. Aku tak kisah pun kalau Dayana tak sempat pakai baju tu sebab dia cepat besar. Bagi je dekat sesiapa." Tangannya memegang kemas pinggang Diana sewaktu berjalan di mall itu.

Sudah semestinya keluarga muda itu menjadi perhatian ramai malah orang ramai turut memberi laluan kepada Adam, Diana dan enam orang pengawal yang patuh memegang beberapa beg kertas.

Nany mengikuti mereka dari belakang sambil 'mood' yang tidak beberapa baik. Tangan disilangkan dengan wajah muram ketika hatinya tidak senang memandang pasangan itu. Selama ini dia hanya bersabar kerana tidak boleh berbuat apa memandangkan Adam Morris juga yang terlibat.

"Awak ni..." Diana masih tergamam kerana Adam sudah biasakan diri untuk memegangnya sewaktu berjalan bersama.

"Hmm? Aku kenapa?" Makin erat lagi tangannya memegang pinggang yang sudah langsing dan terbentuk cantik itu semula.

Mata kelabu cair si kecil itu merenung wajah daddynya yang kelihatan mesra dengan mummynya walaupun wajah dingin ketika di luar. Lambat-lambat dia melentokkan kepalanya pada dada Diana sebelum menekup wajah dengan manja.

"Dayana pun pelik tengok awak." Diana tersenyum lembut sambil mengosok belakang Dayana sambil mendukung si kecil itu dengan berhati-hati.

"Pelik sangat ke?"
"Ha'ah, cubalah senyum sikit dekat luar ni."

Adam Morris Bryant mengeleng perlahan. Baginya begitu sukar untuk mengukirkan senyuman di hadapan orang lain selain keluarganya.

"Haish ikut suka awaklah. Asalkan awak tak senyum dekat perempuan lain." Diana berdecit sambil mengerling sedikit ke belakang. Sakit hatinya melihat Nany yang tidak berputus asa untuk mengoda Adam walaupun dengan cara lain pula. Sakit hati kerana Diana mempercayai Nany mempunyai hubungan dengan Black Dragon. Diana mengupah anak buah White Dragon untuk mengintip pergerakan lokasi organisasi itu. Ternyata pengunjung paling setia ialah orang yang bekerja dalam Bryant Family, NANY.

"Sudah-sudahlah tu. Baju untuk anak, kita dah beli. Sekarang untuk mummy pula, okay?" Rambut Diana digosok perlahan.

"Eh awak, tak pay-"

"Beli juga." Diana menjadi akur sambil menyerahkan Dayan kepada Adam setelah tangan lelaki itu menghulur untuk memudahkan urusan Diana memilih. Tangan kecil itu seolah-olah mengapai Diana ketika badannya bertukar tangan. Sepasang mata kelabu cairnya kembali memandang wajah kacak Adam Morris.

"Kenapa? Taknak dengan daddy?" Soal Adam kepada bayi kecil itu. Dayana tidak mereaksi wajah apa-apa kecuali dia turut melentokkan kepadanya pada dada Adam. Barangkali si kecil itu sudah mula mengantuk.

"Nanti kita kena kuruskan pipi Dayana ni. Orang cakap bambam sangat." Jari jemari runcingnya menyentuh kulit lembut pipi kemerahan itu. Diana tersenyum lembut.

"Yelah, awak. But bila dia dah besar ye? Saya suka tengok kalau Dayana merajuk dengan awak macam sekarang. Comel je reaksi dia dengan pipi." Diana turut memandang ke arah Dayana yang sudah  tertidur dalam pegangan Adam. Bayi kecil itu diletakkan ke dalam baby stroller setelah mereka memasuki butik itu.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now