14.

13.1K 1.3K 100
                                    

Aujie mengetap bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aujie mengetap bibir. Pipi yang basah, disekah dengan belakang tangan. Nasib baik lah kawasan solat bahagian perempuan di sebelah atas masjid universiti ni tak berorang. Buat tayangan leleh percuma je jadi tontonan umum. Haru betul.

Satu hari ini, dari pukul lapan pagi hingga pukul sepuluh malam sekarang, dia menyendiri. Panggilan telefon dari insan-insan yang sibuk bertanya keberadaannya langsung tak dijawab. Pesanan pun sekadar dibiar tanpa dibaca.

Biarlah. Dia sekarang perlu waktu untuk bersendirian. Tenangkan fizikal yang penat melarikan diri dari terserempak dengan Aryan walaupun dia yakin kawasan universiti yang luas ni mengurangkan peratus mereka bersua muka.

Tapi dia perlu hati-hati, Aryan tu spesies yang suka muncul tak berjemput macam ninja. Tahu je dah ada depan mata.

Dan lagi, dia nak tenangkan mental. Hati dan akalnya, masing-masing berbalah tak ada toleransi. Tak boleh dibawa bermuafakat walhal tuan punya diri dah rasa nak kemurungan. Penat berperang dengan diri sendiri punya pasal.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Potongan dari  ayat ke-60 daripada surah al-Ghaffir itu teringat.

Tuhan, saat ini dia adalah seorang Nur Syaziqah yang lemah dan tak berdaya. Kekuatan dalam dirinya selama ini seakan hilang dan yang cuma mampu untuk dia lakukan adalah tunduk sujud ke bumi. 

Dia perlukan sokongan dan dengan datang bersujud ke sini, bahunya terasa ringan. Sebab dia cuma ada Tuhan. Yang tahu semua cerita hidupnya. Yang menjadi tempat dia untuk mengadu tanpa menghukum dan menghakimi. Tuhan yang menjadi pemilik hati dan jasadnya.

Sebab dan alasan dari segala yang dia dah buat setahun belakangan ni semua diluah. Berat tapi Aujie sedar satu perkara. Saat dia membuat keputusan untuk 'melepaskan' Aryan dari hidupnya, Tuhan kurniakan lembaran hidup yang baru untuk dijadikan cerita. 

Cerita tantang Aujie yang lama, dah tamat.

Tapi sekarang, dalam muka surat kehidupan yang baru ni, tuhan takdirkan watak seorang Aryan dalam cerita yang dah tamat tu untuk muncul kali kedua.

Aujie tersenyum hambar. 

Bzz. Bzz.

Getaran kuat dari dalam beg galasnya membuat Aujie mengangkat wajah. Getaran kuat tak berhenti itu memaksa dia untuk melihat pemilik nama yang menghubungi dia tak berhenti. 

    "Aujie, dekau kat mana?"

Suara Jee menampar gegendang sebaik panggilan bersambut. Suara lelaki itu kedengaran sedikit cemas. Macam mimpi je lelaki rambut panjang tu nak risaukan Aujie. 

    "Kenapa?" Malas Aujie menyoal. 

Panggilan yang lain, elok je diabaikan. Sekali Jee yang call baik hati pula pergi angkat. Walhal tahu sangat yang perangai bassist Stupid Zero tu mulut tak ada filter. Saja nak buat telinga berdarah gamaknya.

Imperfect Where stories live. Discover now