Berita kematian Tan Sri Syed Rizal dan Pn.sri Rahimah telah tersebar luas.
Syed Mukri berjalan masuk ke wad Ayuni,dia tersenyum nipis melihat sejungkur tuduh yang masih tidak sedarkan diri itu.
Harini Ayuni telah di pindahkan ke wad biasa tetapi doktor akan selalu pantau keadaan Ayuni.
Tangannya yang terluka semalam sudah dirawat.tangan yang dipenuhi dengan balutan itu naik mengusap wajah putih bersih itu sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi tepi katil itu.
"Ayuni bangunlah..temankan lah Along.. Along ada Ayuni sorang jer sekarang ni.."kata Syed Mukri sayu sambil menggenggam erat tangan adiknya itu.
"Ayuni tak penat ke asyik tido je ha"soal Syed Mukri seperti orang tidak betul.
Tetapi tetap sama Ayuni masih tidak memberi satu pun respon.
"Hahaha macam orang tak betul dah Along ni kan cakap sorang-sorang...Ayuni bangunlah cepat"pinta Syed Mukri tetapi tetap sama tiada respon daripada Ayuni.
Dia meletakkan kepalanya yang berlapik kedua belah tangannya di atas katil Ayuni,mata di tutup rapat dan tertidur.
Segelintir anak-anak buahnya diarah untuk menjaga di luar wad ayuni supaya langkah berjaga-jaga,takut musuhnya itu ingin mengambil Ayuni pula.
-------------------------Syed Mukri terjaga kerana menangkap bunyi pintu ditutup.
Rayyan melangkah masuk bersama sebungkus nasi goreng yang dia beli sebelum sampai ke sini.
Bungkusan itu diletakkan atas meja dihujung katil Ayuni ,bahu Syed Mukri ditepuk perlahan.
"Weh dahlah tu kau pergi balik rest kan badan kau tu dulu, aku tahu dari semalam kau tak balik-balik lagi kan,aku tengok kau pon dah macam orang tak tentu arah dah"kata Rayyan.
"Takpe weh.. aku nak tunggu adik aku sampai dia sedar"kata Syed Mukri tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah pucat Ayuni itu.
"Kau jangan nak mengada-ngada, Sebelum aku tumbuk muka kau yang dah tak rupa muka ini serupa macam gelandangan aku tengok dah,baik kau pergi balik sekarang!!"ugut Rayyan.
"Ok..ok tapi Ayun.."kata Syed Mukri dipotong laju.
"Ayuni biar aku jaga, dah pergi balik rehat kan badan kau tu"pintas Rayyan yang melihat rakannya itu cukup tak bermaya.
Syed Mukri hanya mengangguk sebelum membisikkan sesuatu di telinga adiknya yang masih kaku tidak sedarkan diri itu.
"Along pergi balik dulu ye...nanti Along datang balik tau..Ayuni cepat-cepatlah bangun ye Along tunggu"bisik Syed Mukri yang mengharap adiknya itu mendengar setiap butir yang dia cakap.
Rayyan memandang sayu melihat rakannya seperti itu.
"Ambik makanan tu aku belikan untuk kau,aku tahu kau tak makan lagi dari pagi tadi"arah Rayyan.
Syed Mukri mengambil bungkusan itu dan berjalan keluar dari wad itu.
Selepas sahaja Syed Mukri keluar dari wad ayuni Rayyan mengalihkan pandangannya ke arah Ayuni yang terbaring kaku di atas katil hospital itu.
Dia tidak tahu kenapa hatinya bagai dihiris-hiris dengan pisau sangat sakit dia rasakan ketika ini melihat Ayuni dalam keadaaan seperti ini.
Wajah yang dulunya dihiasi dengan senyuman yang ada kalanya mencuit hatinya kini sudah hilang digantikan dengan wajah yang pucat dan banyak lebam yang membiru.
Sejujurnya dia merasakan jantungnya seperti hendak keluar selepas mendengar berita tentang kemalangan Ayuni.
Rayyan mengambil tempat yang Syed Mukri duduk tadi, wajah Ayuni direnung lama.
Bibir Ayuni masih pecah akibat tamparan kuat semalam itu dipandang lama sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
"Haih..dia tampar kau pon kau tak lawan balik kan"gumam Rayyan seorang diri.
"Engkau orang kedua selepas umi aku yang aku buat aku rasa tenang bila didekati dan buat aku tak henti fikir kan kau "gumamnya lagi.
--------------------------------
Syed Mukri POVSampai sahaja di rumah, Syed Mukri melangkah masuk ke dalam rumah.
Rumah yang dulu selalu riuh dengan gelak tawa kini bertukar sepi, pandangan dialihkan ke meja kecil tidak jauh darinya, bayangan mama dan papanya sedang berbual sambil minum petang bermain di matanya.
Keluhan berat dilepaskan,kakinya meneruskan langkah ke tingkat atas biliknya dituju,dia mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi.
Selepas membersihkan diri Syed Mukri mengenakan pakaian simple pada tuduh tegapnya sebelum keluar semula dari biliknya.
Bilik mama dan papanya dituju,pintu bilik dibuka,kakinya melangkah masuk ke dalam dan menuju ke arah almari kecil ditepi katil itu.
Dia mencapai fram gambar keluarga nya,direnung lama sebelum memeluk erat fram itu.
Badannya direbahkan ke atas katil ditepi nya itu,tangan yang naik menutupi dahi dan lagi satu tangan masih memeluk fram itu, matanya terpejam setitik air matanya jatuh ke pipi,baginya itulah air mata terakhir yang keluar dari mata jantannya itu,dia akan menjadi lebih kejam dari sebelum ini.
~bersambung~
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...