Bang!!
Keadaan sangat gelap dan huru-hara itu menyukarkan Rayyan untuk mencari Ayuni.
Rayyan mengundur ke belakang sedikit kerana seperti ada seseorang yang menolak dia ke belakang disebabkan keadaan sangat gelap dia tidak tahu orang yang menolaknya itu.
Tiba-tiba dia tersepak sesuatu, sayup-sayup kedengaran suara orang menangis,dia kenal suara itu.
"Ayuni.."panggil Rayyan dengan lembut.
"Awak sa..saya takut"kata Ayuni dalam ketakutan.
Rayyan mendengar suara Ayuni seperti berada di bawah turut bercangkung.
"Kau okey?"tanya Rayyan lagi.
Ayuni tidak menjawab malah terus memeluk Rayyan dengan erat. Rayyan yang tersentak dengan perbuatan spontan Ayuni itu hanya membiarkan sahaja.
Rayyan tahu ayuni sangat takut ketika ini kerana dia dapat merasakan tuduh Ayuni yang memeluknya ini menggigil hebat.
"Syushhh dah jangan takut aku ada kat sini"pujuk Rayyan yang ingin menenangkan Ayuni.
"Aw..wak jangan tinggalkan saya, saya ta..takut"pinta Ayuni.
"Yee aku janji tak tinggalkan kau dan takkan pernah tinggalkan kau"jawap Rayyan dengan lembut.
Tanggannya menyeluk poket seluarnya fonnya di keluarkan lalu mendail anak buahnya yang diarah menjaga di luar dewan itu.
"John..asal aku dengar bunyi tembakan? kat luar okey ke ?"tanya Rayyan.
"Tak tahu bos bunyi tu macam datang dari belakang takpe nanti aku call Zack sebab dia yang jaga kat belakang,bos tak payah risau kitaorang okey"terang john.
"Hmmm...Aku nak kau pergi chek bilik kawalan elektrik sekarang"arah rayyan.
"Okey bos"jawab John di hujung talian.
Tidak lama itu dewan kembali cerah diterangi cahaya lampu.
Ayuni yang sedar perbuatannya itu terus menjarakkan dirinya dari Rayyan.
"Sorry.."ucap Ayuni.
"Hmm"hanya itu jawapan rayyan.
Hadirin mula bersurai pulang.
Tan Sri Syed Rizal dan Pn.sri Rahimah sudah menjadi tidak tentu arah kerana tidak nampak wajah anak bongsunya sejak lampu dewan itu menyala lagi.
"Ayuni ada nampak adik tak?"tanya Pn.sri Rahimah.
"Tak pulak mama tapi tadi sebelum lampu dewan terpadam Ayuni ada nampak dia,dia cakap nak pergi tandas"terang Ayuni.
"Along pergi chek tandas jap"kata Syed Mukri sebelum beredar dari situ.
Habis setiap tandas di chek tapi tidak juga menjumpai adiknya itu,syed Mukri mula cemas dia terus mendail nombor John.
"John aku nak kau chek bilik kewalan CCTV dewan ni"arah Syed Mukri.
"Kenapa bos ada yang tak kene ke?"tanya John di hujung talian.
"Adik aku ni tak jumpa-jumpa lagi,aku takut lah dia hilang ni ada kaitan dengan bunyi tembakan tadi"terang Syed Mukri.
"Lagi satu aku nak kau chek balik semua nama orang yang papa aku jemput datang kat majlis ni aku rasa mesti ada orang nak sabotaj majlis ni"arah Syed Mukri lagi.
"Baik bos"jawap John sebelum talian di tutup.
Syed Mukri melangkah semula ke arah mereka berkumpul tadi.
"Macam mana Along jumpa tak adik?"soal Tan Sri Syed Rizal setelah Syed Mukri tiba di situ.
Syed Mukri hanya menggelengkan kepalanya sebelum menunduk.
"Ya Allah bang..anak kita bang"kata Pn.sri Rahimah sebelum terduduk lemah.
Ayuni yang melihat mamanya terus datang memeluk erat tubuh wanita itu sebelum turut menangis sisi mamanya .
Rayyan dan Nuwar hanya memandang sayu melihat keluarga Syed Mukri menjadi kacau bilau seperti ini.
"Papa bawak balik mama dengan Ayuni dulu,Along nak singgah markas dulu sebelum balik, nanti Along arah kan anak buah Along semua cari adik sampai jumpa jugak"pujuk Syed Mukri.
Tan Sri Syed Rizal hanya menganggukkan kepala lemah sebelum pulang bersama isterinya dan Ayuni.
Tidak sampai setengah jam Ayuni,papa dan mamanya bergerak pulang,syed Mukri mendapat panggilan telefon,dia pelik kenapa papanya telefon dia sedangkan dia akan berjumpa dengan papanya juga di rumah nanti, Syed Mukri menjawab panggilan itu.
"Hello Assalamualaikum papa..kenapa nak call along?,nanti kat rumah boleh jumpa"kata Syed Mukri
"Assalammualaikum encik ni anak kepada Syed Rizal Bin Mohd Syed Mokhtar ke?"soal seseorang di hujung talian.
"Ye saya anak dia..kenapa ye encik dengan papa saya?"soal Syed Mukri mula tidak sedap hati mendengar bukan suara papanya dihujung talian itu.
"Maaf encik saya ingin memberitahu kereta yang di pandu oleh Syed Rizal terlibat dalam kemalangan jalan raya dan saya dapat tahu hanya cik Ayuni Nasuha sahaja yang terselamat tetapi dia mengalami kecederaan parah "terang polis di tempat kejadian itu.
Prakkk!!!
Telefon terlepas dari genggaman Syed Mukri. badan Syed Mukri meleret jauh ke lantai, begitu dia merasakan lemah waktu ini.
'Ya Allah!! Ujian apa engkau berikan kepada hamdamu ini Ya Allah ,sesungguh aku tak kuat menempuhinya Ya Allah' rintih Syed Mukri sayu.
~bersambung~
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...