Airell menuju ke pagar rumah milik orang tuanya. Pagar itu terus dibuka dengan sendirinya. Kereta lamborghini miliknya itu masuk kedalam rumah orang tuanya.Airell membuka pintu keretanya lalu keluar menuju ke arah pintu rumah itu.
(Kereta milik Airell)
Ting!
Ting!
Bunyi loceng yang ditekan oleh Airell. Pintu itu terus dibuka secara automatic. Airell melihat ibunya duduk di sofa sedang menonton tv.
"Aslm mama" kata Airell kepada mamanya.
"Aih Airell wslm, bila masa awak sampai ni?" Tanya mamanya.
"Amboi mama, tekun sangat menonton TV tu sampai tak ingat yang mama suruh Airell datang" Tanya Airell sambil melihat mamanya yang sedang kehairanan
"Ha ahlah, mama lupalah pulak" tersengih Puan Sri Nadzirah a.k.a mama Airell
"Hmm yelah" lalu duduk di tepi mamanya. Tangannya terus mengambil makanan ringan di hadapannya. Mama termenung muka anak sulongnya.
"Mama suruh kamu datang sini sebab...." Mama mengeluh kesusahan didepan Airell
"Kenapa mama?" Soal Airell
"Airell,kamu perlu tunaikan permintaan mama ni" terus mama mengambil tangan Airell dan memegang tangan Airell dengan ketat. Muka Puan sri Nadzirah kelihatan sedih.
"Kenapa mama sedih ni? Airell janji akan tunaikan permintaan mama tu..what is it?" Tanya Airell
"Betul ni Airell!?" Gembira sungguh muka Puan Sri Nadzirah itu. Airell hanya angguk bertanda Airell setuju.
"Mama mahu kamu kahwinkan anak kawan mama ni" kata Puan Sri Nadzirah dengan serious.
"W...whatttttt!!!?????? Kahwinn!???" Terkejut sungguh muka Airell macam orang sakit jantung.
"Yes, kamu sudah janji dengan mama tau.NO EXCUSES!" Puan Sri Nadzirah memandang Airell seakan-akan haiwan menelan mangsanya.
"Tapi mama...mama tak boleh tentukan hidup Airell..Airell dah besarlah mama" kata Airell. Memang dia berhak untuk menentukan masa depan dia.
"Mama tak nak dengan any reason tau..kamu sudah janji dengan mama tadi..so tak boleh mungkiri janji mama tau.." Jeling Puan Sri Nadzirah. Dah janji haruslah ditunaikan.
"But mama Airell boleh cari pasangan hidup Airell lah mama...Airell taknak..please mama" Airell sedaya upaya mahu cancel kan janji mereka tadi.
Sejujurnya dia memang taknak kahwin dengan pilihan mamanya. Kalau future wife dia tahu yang dia ialah ketua mafia. Silap hari bulan sudah cabut lari isterinya. Ini yang dia tidak ingin berlaku.
"No! I said no mean no! Kamu ni sampai bila nak membujang sampai tua? Mama dah bosan dengan alasan kamu setiap tahun Airell..mama sangat masak dengan perangai kamu tu...dahlah mama nak pergi ke dapur dulu..one more thing minggu depan kamu jumpa dengan future wife kamu tu" kata panjang lebar untuk mengikut katanya. Puan Sri Nadzirah terus mengambil phone nya dan pergi.
YOU ARE READING
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔
RomanceTengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerj...