Hye Hye Hye!! Having a cup of Mocha while writing this chapter make me feel great. Sorry if I make you little irritated with my story of life. I just love to talk. Hahaha...!
Here's the update to all my beautiful readers. :)
Now playing >> Girl's Day- I Miss You.
--------------------------------------------------------------------------------------------
**Hee Young's POV**
Dua sampul surat yang sama warnanya terletak cantik di atas meja belajar saya. Saya hanya memandang surat itu dan terfikir. Siapa lah yang bagi surat yang pelik ni.
Your Handsome Secret Imagine Boyfriend. Siapa awak? Hari ni mesti saya dapat surat lagi. Haihh...
Knock Knock Knock
"Sekejap! Sekejap!" Saya menjerit ke arah pintu. Saya cepat-cepat sorokkan surat-surat itu di bawah bantal di katil saya. Saya membetulkan spek mata saya dan membuka pintu. Kak Shiema.
"Ini memang pelik..." Kak Shiema memberitahu saya sambil memegang tangan saya.
"Kak Shiema kenapa ni?" Saya bertanya kerana perangai Kak Shiema pagi ni memang pelik. Kak Shiema menggelengkan kepalanya dan memandang ke arah mata saya. Kak Shiema tolak saya masuk ke dalam bilik saya dan menutup pintu.
"Kak Shiema kenapa ni...??" Saya pelik. Kak Shiema melepaskan tangan saya dan duduk di atas katil saya. Saya mengambil beg saya.
"Kai... Dia ada dekat bawah." Kak Shiema memberitahu.
"Kai?" Saya terjerit kerana terkejut. "Tapi kenapa dia ada dekat sini?" Saya bertanya kepada Kak Shiema.
"Dia kata dia nak hantarkan Hee Young pergi sekolah." Kak Shiema membalas.
**Kai's POV**
Aku memang dah gila. Betul ke apa yang aku buat ni? Akhirnya pintu terbuka. Maid Hee Young yang nampak seperti berumur 25 tahun senyum kepada saya. Ya saya tahu saya handsome. Hehehe...
"Hai. Hee Young ada?" Saya bertanya. Mestilah dia ada. Awal pagi takkan lah dia dah pergi sekolah?
"Umm... Cik Hee Young ada. Boleh saya tahu encik ni siapa?" Dia bertanya. "Saya Kai kawan Hee Young." Saya menjawab sambil tersenyum. "Ahhh...Baiklah. Encik Kai boleh masuk." Dia mempelawa.
Saya masuk dan berjalan ke arah sofa. Rumah dia agak besar dan design rumah dia memang cantik. Tengoklah ayah dia kerja apa. Saya duduk di atas sofa dan saya ternampak seorang maid Hee Young memandang saya. Dia nampak agak muda.
Saya senyum kepadanya. Dia berjalan ke arah saya dan menunduk aras kepalanya.
"Umm... Boleh saya tahu encik ni siapa?" Maid Hee Young bertanya. Berapa kali saya kena introduce diri saya ni dan berapa banyak maid Hee Young dalam rumah ni?
"Saya Kai. Saya datang sini nak hantarkan Hee Young pergi sekolah." Saya menjawab soalannya.
Dia hanya separuh senyum kepada saya dan meminta diri. Dia berjalan ke arah tangga dan naik ke atas. Saya mengeluarkan phone saya dan menghantar messsage kepada DIA.
**Hee Young's POV**
"Kenapa dengan Kai ni?" Saya bertanya kepada diri saya. Kak Shiema sudah pun turun untuk menyediakan breakfast saya. Saya mengambil buku saya dan turun ke bawah. Masih awal lagi dan dia sudah ada di rumah saya. Tapi macam mana dengan Jackson?
Jackson. Saya masih tak boleh buang lagi perassan sayang saya kepada dia. Saya mesti bunuh perasaan saya ni tak kira apa pun! Saya mesti buatkan dia benci saya dan pergi daripada saya. Saya mesti !
Saya turun dan nampak Kai sedang bermain dengan phone nya. Dia terdengar saya dan terus meletakkan phone nya ke dalam beg dia. Saya berjalan ke arahnya dan bertanya "Sampai dekat rumah aku pun kau nak kacau?"
"Relax Nerdy... Aku saja nak hantar kau pergi sekolah. Rasa bertanggungjawab pulak." Dia menjawab selamba. "Urrggh! Betul-betul lahh... Kenapa kau datng sini? Awal pagi pulak tuhh." Saya membalas.
"Sedapnya bau!! Jom breakfast! Aku tak makan lagi! Jom Jom!!" Dia berlari ke arah meja makan. Saya ternganga dan seperti tidak percaya yang dia boleh buat tak tahu je. Kai !!
(Di meja makan)
"Emm.... Sedapnya. Boleh tak aku curi maid kau? Maid aku masak tak sedap." Dia bercakap sambil mengunyah. Maid saya masak Grill Chicken,Sosej & Mash potatoes untuk breakfast hari ni. Saya hanya memandang dia dengan keadaan mata saya yang malas.
"Seriously Kai? Kau ni memang tak malu kan??" Saya memberitahunya. Dia minum sedikit air orange juice daripada gelasnya dan menjawab "Malu? Buat apa nak malu? Ni kan rumah kawan aku?"
"Kawan kau? Sorry ehh.. Aku bukan kawan kau!" Saya membalas sambil menyilangkan tangan saya.
"Memang lah kau bukan kawan aku. Chen kawan aku. Kenapa? Kau nak aku jadi kawan kau ehh?" Dia mengangkat keningnya. Terlupa pulak! Aisshhh... Bagus Hee Young. Pagi-pagi dah malukan diri sendiri.
"Wh-Whatever!" Saya meneruskan makan. Saya dengar dia tergelak. Saya hanya menjeling kepadanya. Lagi 15 minit mungkin Jackson akan sampai sini. Saya mesti naik Kai untuk hari ni. Langkah pertama saya untuk Jackson membenci saya.
"Kai. Kau kata kau nak hantarkan aku kan?" Saya bertanya sambil melihat dia menghabiskan kepingan terakhir ayamnya. Dia mengangguk. "Tapi kenapa?" Saya bertanya lagi.
"Well... Aku kesian tengok kau. Kau kan adik kawan aku. So aku kenalah jaga. Kawan mesti tolong kawan enn?" Dia membalas. Saya hanya menggulingkan mata saya dan menghabiskan makanan saya.
(Di depan motor Kai)
"Naiklah." Kai menyuruh saya. "Naik motor dengan kau? Kenapa kau tak bawak kereta?" Saya bertanya. Saya tak mungkin naik motor dengan Kai.
"Alah. Kau bukannya gemuk pun. Naik je lah." Kai menyuruh saya lagi. Dia menghulurkan topi keledar dan saya mengambilnya. Haisshhh... Dia ni pun kenapa tak bawak kereta? Saya mana pernah naik motor dengan lelaki. Issshhh!
"Aisshhh... Topi keledar pun tak tahu nak pakai ke?" Dia turun daripada motornya dan mengambil topi keledar yang berada di tangan saya dan memakaikan ke atas kepala saya. Saya terkejut dan terpaku seketika.
Kai sudah naik ke atas motornya dan saya masih berdiri memandang tempat duduk di belakang Kai.
"Apa lagi...? Kau naik je boleh tak?" Kai kedengaran sedikit annoying. Isshh! Semua ni demi nak buang perasan saya terhadap Jackson. Saya naik ke atas motor Kai.
"Pegang kuat-kuat." Dia mengarah. "Pegang apa?" Saya bertanya kepadanya.
"Pegang akulah..." Dia bercakap dari depan. Mata saya terbeliak. "Taknak aku!!" Saya membalas.
"Habis kau nak aku bayar duit hospital untuk kau? Kalau kau jatuh macam mana?" Kai menjawab. Betul juga apa yang dia cakap. Haisshh... Saya taknak tengok darah... Saya sedikit gementar dan hanya memegang hujung baju di pinggangnya.
"Aku kata pegang kan?" Dia masih mengarah. "Dah pegang lah ni !" Saya membalas.
"Isshhh...!" Dia membalas pendek dan terus menarik kedua-dua belah tangan saya yang memegang bajunya tadi dan dia terus meletakkan tangan saya di sekeliling pinggangnya. Mata saya terbeliak.
"Pegang kuat-kuat. Aku bawa laju." Dia mengingatkan saya.
Tapi sebelum saya nak melepaskan tangan saya dia sudah memecut dengan laju dan pelukan saya di pinggangnya menjadi semakin kuat. Ini semua demi Jackson. Saya benci semua ini !!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hahahaha...! Wahh... So this is just a beginning for Kai and Hee Young. Keep reading if you want to know what exactly gonna happen next. By the way, siapa Dia? Message apa yang Kai hantar kepada DIA? Hope everyone have a good day! :))
End this with >> VIXX-Error.
YOU ARE READING
Ya, Saya Terima.
Fanfiction-Si Nerdy sedar yang dia tidak akan pernah bercinta kerana penampilannya yang buruk dan biasa. Tapi Si Nerdy tak pernah sedar yang lelaki dia suka selama ini mengharap yang Si Nerdy mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. -Si Pembuli suka kepada...