Syed Mukri Al Fattah a.k.a Along POV
"Along!! Along nak pergi mane tu"tanya Syafiq kepada alongnya yang melangkah ke arah pintu rumah agam tersebut.
Syed Mukri yang sedang melangkah ke arah pintu itu memberhentikan langkahnya kerana di panggil adiknya itu.
"Along nak keluar pergi lepak, Fiq nak ikut ke"jawap Along sekali gus bertanya kepada adik bongsunya itu.
"Tak kot Along sebab nanti Afiq ade studygroup dengan kawan Afiq kat taman."jawap Syafiq.
Along hanya menganggukkan kepalanya kemudian meneruskan langkahnya sebelum menjerit pada mamanya yang berada di dapur.
"Mama.. Along pergi dulu Assalamualaikum!!"laung Along dengan kuat.
"Haa Waalaikumsalam!!"jawap mamanya dengan kuat dari dapur.
Along menuju ke arah superbike miliknya.
Superbike Syed Mukri Al Fattah
Dia menaiki dan menghidupkan enjin superbike nya.
Druummm...
Bunyi deruman superbike along semakin tidak kedengaran menandakan Along sudah pergi..
Setelah sampai ke destinasinya Syed Mukri terus mematikan enjin superbike nya dan berjalan masuk ke sebuah cafe.
Matanya meliar mencari dua susuk tubuh rakannya,setelah menangkap dua susuk tubuh rakannya di penjuru cafe itu ,Syed Mukri meneruskan langkahnya ke arah rakannya itu.
"Yoww bro"sapa Syed Mukri kepada dua orang rakannya di hadapannya itu.
-----------------------------------------
Ayuni POV
Setelah sampai di CAFE CHOCO tempat dia bekerja.
Ayuni melepaskan keluhannya sebelum melangkah masuk ke cafe,belum sempat ayuni melangkah masuk ke dalam sesuatu bilik untuk menukar pakaiannya kepada uniform cafe itu
di tegur oleh seseorang di belakangnya."Lambat kau masuk harini ayuni"kata Naura kepada rakan karibnya itu dengan kuat.
"Assalamualaikum"perli Ayuni.'dahlah muncul macam hantu entah dari mane datang,lepastu main sergah orang macam nak kejut harimau bangun je'kata Ayuni di dalam dalam.
"Hehehe Waalaikumsalam"jawap naura sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.
"Kau kenape lambat haa tak pernah-pernah lambat tiba² harini boleh lambat pulak"sambung Naura.
Ayuni mengeluh sebelum menceritakan kepada naura peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan ke cafe tadi.
°°Flashback°°
Ayuni POV
Ayuni memandang ke luar tingkap kereta,keadaan kawasan sekelilingnya sedikit lengang kerana tidak banyak kereta yang lalu disitu,sedang menikmati pemandangan tiba-tiba ayuni terdengar bunyi yang kuat datang dari arah belakang kereta yang dinaikinya.
Bangg!!
Seluruh badan Ayuni mula menggigil ketakutan dan pada masa yang sama memori pahit yang menghantui dirinya pada 5 tahun lalu berlayar kembali di ingatannya.
"Ke... kenapa ni.. cik mat"kata Ayuni dalam ketakutan,muka ayuni sudah pucat.
"Cik mat p..pun ta..tak tahu ayuni"jawap cik mat yang sedaya upaya mengawal kereta yang di pandu nya daripada terbabas.
Ayuni melihat melalui cermin bahagian belakang kereta,terlihat dua susuk tubuh yang menaiki motosikal dan memakai mask untuk menutupi separuh mukanya sambil tangannya mengacukan pistol ke arah keretanya.Ayuni mengalihkan semula pandangannya ke hadapan dan menunduk sebelum..
Bangg!! Bangg!!
Tangan Ayuni yang menggigil hebat itu segera mencapai fonnya di dalam beg dan segera mendail nombor Alongnya.
Tutt.. tutt..
"Ishh mane along ni angkatlah fon.."rintih Ayuni pelahan sambil sedaya-upaya menelefon Alongnya itu, tetapi hampa telefon Alongnya dimatikan.
Bangg!!bangg!!
Kedengaran bunyi tembak-menembak dari arah belakang kereta,kelihatan dua moto superbike yang dinaiki oleh dua lelaki misteri datang dari arah bertentangan,menuju ke arah kereta dinaiki Ayuni dan memintas laju ke sisi kereta itu sambil membalas tembakan dengan dua orang lelaki bertopengkan mask yang menutup separuh mukanya.
Cik mat selamat menghentikan kereta yang dipandunya itu di tepi jalan,cik Mat yang hendak keluar dari kereta nya itu dan melihat kejadian yang berlaku tetapi niatnya terbantut kerana teguran dari salah seorang lelaki misteri yang menaiki superbike itu.
"Jangan keluar!!"laung lelaki misteri itu dengan kuat.
Cik mat yang mendengar teguran itu terus masuk ke dalam kereta semula.
Akhirnya dua lelaki yang memakai itu mask terpaksa mengambil keputusan untuk berundur kerana salah seorangnya terkena tembakan di lengan kirinya.
Setelah menyimpan pistol di poket belakang seluar, mereka berjalan menuju ke arah ayuni,badan ayuni yang menggigil tadi beransur normal selepas tidak lagi mendengar bunyi tembakan.
"Kau okey"soal salah seorang lelaki misteri itu dengan dingin kepada adik kawannya itu.
Ayuni hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.
"Aku tanya jawap guna mulut bukannya terangguk-angguk macam burung belatuk ni ke kau ni bisu hemm"soal Rayyan dengan sinis.
"Hissh saya okey lah!!"jawap Ayuni dengan geram,'die cakap aku ni macam burung belatuk!!'kata Ayuni dalam hati yang sedang geram dengan lelaki di hadapan nya sekarang ini.
"Kau tak call Mukri ke?"tanya Rayyan.
"Tadi dah call tapi dia tak angkat"jawap Ayuni menundukkan kepalanya.
"Hemm"kata Rayyan sambil menganggukkan kepalanya.
"Dah lah, jom Rayyan kita dah lambat ni"kata sahabatnya iaitu Nuwar sambil menepuk bahu Rayyan sebelum meneruskan langkahnya ke arah superbikenya.
Tanpa sebarang kata Rayyan terus bergerak menuju ke arah superbike nya dan menghidupkan enjin..
Druummm..
"Hek elleee.. mamat ni dah cakap dengan orang macam nak tak nak je pastu pergi macam itu je dah lah takde Salam ke ape..pergi camtu je" omel Ayuni dengan geram.
"Ok lah cik mat boleh gerak sekarang Ayuni dah lambat nii"kata Ayuni sambil melihat ke arah jam tangannya.
Kereta mula membahagi jalan menuju ke cafe.
°°End flasback°°
"Haa!! Habis kau ada cedera mana-mana tak"kata Naura risau sambil membelek tuduh rakannya itu.
"Aku okey lah"kata Ayuni sebagai jawapan.
~Bersambung~
Sorry sangat-sangat kalau ade typo🙏😥
Sorry juga kalau banyak sangat bahasa pasar dalam novel ni🙏😿
YOU ARE READING
Mr. Bodyguard My Husband
Action"Aku amanahkan kau protect adik aku Ayuni"-- Syed Mukri Al Fattah "Beress bro👌🏼"-- Rayyan Izzuddin DINGIN seperti ais kutub utara yang susah nak dicairkan itulah sifat MOHD RAYYAN IZZUDDIN yang tetap dengan pendiriannya sendiri tetapi apabila bert...