Bab 8
Komputer riba yang terpampang Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Teknologi kupandang sepi. Pagi tadi aku uruskan Alisya. Pakaian dan makanannya semua aku letakkan di dalam beg untuk abang bawa sekali ke hospital.
Semalam, teruk Alisya menangis. Tak mahu abang apatah lagi aku. Dia mahu ibunya. Abang tak bagi aku berjaga malam jadi Abang Ahmad yang pujuk Alisya sampai dia senyap dan tertidur bersama Abang Ahmad di dalam dakapannya. Sah, dua-dua kepenatan. Seorang penat menangis, seorang lagi penat memujuk.
Pagi tadi aku mandikan Alisya dan siapkan segala kelengkapan untuknya. Makanan untuk Alisya dan sarapan kami turut aku sediakan. Agak janggal jugalah tiba-tiba perlu menjaga anak kecil walaupun tak sampai 24 jam. Tapi Abang Ahmad tak nampak kekok langsung.
"Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya boleh?" Aku cuba dapatkan perhatian jiran meja depan.
Kebetulan, kami berdua tiada kelas waktu pertama hari ini.
"Waalaikumussala ya adik, tanya apa?" Dia mendongak kepala.
"Jangan panggil aku adik boleh tak?" Aku betul-betul tak ada mood nak bertekak.
"Jangan panggil aku ustaz boleh tak?" Dia mengajuk.
"Aku panggil kau ustaz atas dasar hormat orang yang menuntut ilmu agama, mengamal dan mengajarnya. Abang aku kata, kita dengan guru agama jangan biadab. Bukan aku perli kau ke apa, sumpah bukan niat aku nak buat macam tu." Aku menjelaskan posisi aku.
Serius, memang aku segan dengan dia sebenarnya. Dia betul-betul menjadi guru agama lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir. Rasa macam biadap pula bila memanggil dia Cuma dengan namanya sahaja. Tahapan ilmu agamanya jauh lebih tinggi daripada aku. Rasa hormat itu automatik muncul kerana begitulah Abang Ahmad mengasuhku. Jangan pernah hilang adab dengan orang yang berilmu dan jangan pernah hilang belas kasihan dengan orang yang kurang ilmu.
"Izz, pelik tak kalau kawan sekolah kau, panggil kau cikgu?" Amirul bertanya kepadaku.
"Agak pelik juga la... bukan aku mengajar mereka pun."
"Ha, tu la yang aku rasa bila kau panggil aku ustaz, faham tak? Cikgu Bahasa Melayu, Ustaz Bahasa Arab. Tu je bezanya. Kau ajar ilmu dunia, aku ajar ilmu akhirat. Tak ada salah satu yang lebih mulia. Semua ilmu yang baik itu mulia. Aku ajar cara muamalat, berjual beli kau ajar benda yang nak dijual dan dibeli. Aku ajar cara berpakaian, kau ajar cara nak buat pakaian. Kau adalah aplikasi kepada ilmu yang aku ajar. Jadi please, aku tak paksa kau panggil aku Abang Am pun. Tak perlu panggil aku ustaz bila cakap macam ni." Butir bicaranya membuatkan aku terdiam.
Dia sudah matang walaupun masih tidak berubah kuatnya dia mengusik.
""Kau nak tanya apa?" Dia bertanya kembali tujuan aku menegurnya.
"Oh, sebenarnya aku nak tanya... emmm... macam mana ya nak cakap..." Aku cuba mnyusun ayat yang sudah berterabur.
"Kesian, dah tua tak pandai bercakap." Mula dah dia ni...
"Ish, dengarlah dulu. bayangkan kau lelaki..." Aku belum habis lagi sudah dipotong.
"Aku memang lelaki, tak percaya? Nak check IC?" Sekeping kad biru dipaparkan di hadapanku.
"Ustaz tak belajar listening skill ke dekat universiti dulu? Sabar kejap." Hah kau, geram aku. Keluar balik gelaran ustaz tu.
"Sambunglah." Sedar akan silapnya mencelah, Amirul memberi ruang untuk aku bercakap.
"Bayangkan kau lelaki yang pelajaran peringkt SPM tapi sekarang umur nak masuk 40 dah. Result biasa-biasa je. Tapi kau kerja kat ladang dengan buat business sikit. Monthly dapat paling kurang RM4000 tapi kadang boleh cecah sampai belas ribu. Kira tak tetap la. Tapi tak la sampai kosong terus. Kau nak tak kahwin dengan janda anak dua ada diploma yang seriously, baik gila tapi dicerai suami sebab suami dia main kayu tiga."
YOU ARE READING
Bintang Paling Terang
RomanceAku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang...