Waktu petang dah tiba dan sekarang aku berada di gerai Tok Aba. Aku ditemani oleh Ochobot dan Tok Aba. Moodku entah hilang ke mana sehingga aku dipanggil oleh Tok Aba pun, aku tak dengar.
"Boboiboy..."
"..."
"Boboiboy?"
"..."
"Boboiboy!!!"
"Hah?! Err, ye tok?" Aku tersengih malu di tempat dudukku. Aku tak perasan yang aku mengelamun. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal, tanda kekok dengan keadaanku kini.
"Kau okey tak ni?" soal Tok Aba. Suaranya kedengaran risau dengan keadaanku. Tok Aba menatap aku dengan wajah yang risau. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan bahawa dia risau denganku.
Aku mempamerkan senyuman yang dibuat-buat. "Boboiboy okey je tok.. Atok tak yah lah risau.."
"Betul ni?" soal Tok Aba lagi, untuk kepastian. Tok Aba memandang ragu-ragu denganku, seolah aku tengah berbohong dengannya.
"Iye.." Aku mengangguk, untuk menyakinkannya.
"Yelah.." Malas bertanya lagi, Tok Aba meneruskan kerjanya untuk membancuh air koko.
Aku memandang sekeliling. Kejap, kenapa takde satu orang pun datang? Takkanlah disebabkan aku? Aku naik hairan, apa yang aku dah buat sampai semua orang jauhkan diri dari aku?
"Eh, Boboiboy!" Suara seseorang memanggil namaku menyebabkan aku menoleh ke arahnya. Kelihatan cikgu Papa menuju ke arahku.
Dia memegang bahuku dengan keadaan termengah-mengah. Mungkin dia datang dengan keadaan berlari kot, sebab tu kurang oksigen kerana mengalami anaerob. Ape aku cakap ni? Ni subjek Biologi tingkatan 4. Mungkin aku ada terbaca buku-buku lama ayah aku kot.
"Kamu tahu ke apa yang jadi pada kamu sekarang?" soal cikgu Papa. Dia memandang tepat ke arah mataku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Mukaku berkerut. "Tahu ape?"
Cikgu Papa mengambil nafas sebelum berbicara. "Tahu tentang yang kamu menipu semua orang kat sini.."
Aku terkedu. Bila masa pula aku tipu orang? Tipu pasal ape? "Tipu ape cikgu?" soalku dengan perasaan yang bercampur aduk. Sedih ada, kecewa ada.
"Tipu yang kamu ni tak ikhlas nak tolong orang.. Bahkan kamu nak nama kamu disanjung oleh orang ramai!" Tiba-tiba sahaja wajah cikgu Papa kelihatan kecewa dan marah. Dia melepaskan pegangannya pada bahuku.
"Hah?" Aku terkesima. Siapa yang fitnah aku ni? Apa yang jadi sebenarnya? Arghh, semua ni menyeksakan aku!
Cikgu Papa memandang ke arah Tok Aba pula. "Eh, Encik Aba! Saya tak sangka cucu Encik Aba ni macam ni! Kalau saya tahu, saya takkan jadikan Boboiboy ni anak murid kesayangan saya! Dahlah! Saya nak pergi dari sini!" Usai itu, cikgu Papa beredar dari gerai Tok Aba dengan wajah yang menahan geram.
"Boboiboy?" Aku memejamkan mataku seketika. Panggilan daripada Ochobot dan Tok Aba, aku endahkan. Aku meraup wajahku dengan perasaan yang tertekan. Aku cuba untuk menenangkan diriku sebelum depresi aku datang.
Aku memandang pula ke arah Ochobot dan Tok Aba dengan wajah yang muram. Mataku mula berkaca-kaca. Wajah bermasalahku, telah menjelaskan segalanya kepada mereka.
Ochobot segera memelukku. "Aku rasa, kau kena fitnah Boboiboy.. Tak mungkin kau buat macam tu.. Kau kawan baik aku yang terbaik.. Aku kenal kawan aku.."
Aku tersenyum nipis sebelum mengusap mataku yang hampir mengalirkan air mata. Aku mengusap kepala Ochobot. Kemudian, Tok Aba menghampiriku lalu mengusap kepalaku yang beralaskan topi kesayanganku. "Atok..percaya ke dengan semua tu?" soalku ragu.
Tok Aba tersenyum. "Atok percaya yang cucu atok ni takkan buat macam tu.." Aku terharu. Aku kemudian memeluk hangat tubuh Tok Aba. Aku memejamkan mataku, menikmati kehangatan tubuh badan Tok Aba sampaikan aku tak nak lepaskan atok aku buat selamanya. Aku nak atok ada bersama dengan aku. Tanpa dia, aku mungkin tak sekuat yang aku sangka.
Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan atok yang terbaik. Mereka memahamiku. Nampaknya, semua orang dah salah faham terhadapku. Tapi, siapa yang sebarkan fitnah tu? Dan apa fitnah yang orang tu lemparkan sehingga orang ramai membenciku?
~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~
YOU ARE READING
BOBOIBOY KEMBALILAH [C]
Fanfiction🌧️ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] 🌧️ ⇛ ꜰᴏᴜʀᴛʜ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Berlakunya kisah di mana BoBoiBoy dikhianati oleh rakan-rakan seperjuangannya bila mana Adudu menyebarkan fitnah ke atasnya. "Kenapa? Apa salah aku?" Itulah persoalan yang bermain dalam benak fikirannya...