Babe • kth
A/N:
Konflik bermula bab ini dan empat bab yang akan datang.
Do votes, do komen. 💕
-------
[Seminggu selepas itu]
Kim Taehyung menyelak helaian kertas program tahunan asrama Bangtaneul. Sekali-sekala jemari kasarnya mengurut dahinya. Sebatang pen ditekan di atas permukaan kertas putih tersebut.
Sejak kebelakangan ini, dia agak sibuk dengan tugasnya sebagai ketua asrama Bangtaneul. Kesibukan itu dilihat sebagai satu peluang keemasan baginya untuk menjauhkan diri daripada Jae Yoong.
"Kau tak nak balik bilik kau ke, Taehyung? Bilik aku bukannya free of charge tahu?"perli Jungkook yang sedang ralit bermain PS4 di ruang tamu biliknya.
Muka masam Taehyung dijelingnya selang beberapa minit. Alat kawalan game itu spontan diletakkan di atas lantai.
Jungkook menumpukan seluruh fokusnya terhadap Kim Taehyung.
Masalah cinta bapak singa makin melarat. Makan tak habis, Mandi pun tak ingat. Sampaikan Jungkook yang kena bebel. Barulah Taehyung gigih membersihkan dirinya.
"Aku rasalah. Kau ni angau teruk dekat Jae Yoong tu. Weh aku tengok kau pun boleh bikin kusut kepala aku. Kau ingat aku wife kau? Dah tak serupa orang aku tengok kau ni."
Taehyung berdecit kasar. Tubuhnya berdiri tegak menghadap si anak Jeon. Anak matanya menghantar renungan membunuh sebelum timbunan buku rujukan Jungkook yang langsung tidak berdosa ditepis jatuh ke bawah.
"Kau zip mulut kau sebelum aku sepahkan bilik tersayang kau ni. Lantaklah aku nak sayang budak tak guna tu atau nak kiss dia sekalipun. Hati aku, bukan hati kau jebon."
Jungkook menjegilkan mata. Mulutnya melopong luas tatkala pandangan matanya memerhati ruang biliknya yang semak akibat angin monsun Kim Taehyung.
Pintu biliknya ditutup kuat. Nyaris menggugurkan jantung Jungkook. Erm Taehyung mengamuk tak kena tempat. Boleh angin satu badan nak hadap bahang amarah Kim Taehyung seorang.
"Haish, aku kena jumpa si Jae Yoong tu. Kalau biarkan je, kusut kepala otak aku ni. Tae pun satu. Benda boleh aum aum buat apa nak merajuk bagai?"
Jungkook memandang semula skrin televisyen. Entah, keinginan untuk meneruskan permainan terbatal kerana amukan bapak singa. Fikirannya menuju ke satu topik utama.
Jae Yoong. Nama rakan sebilik Tae itu sentiasa menyebabkan hatinya dicuit rasa curiga.
-----
Mesyuarat kecil antara penghuni asrama Bangtaneul baru sahaja bermula. Masing-masing mengambil tempat duduk sebelum fokus mereka ditumpukan ke arah satu susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan mata.
"Okay, memandangkan kita hampir menuju ke cuti pertengahan semester. Aku dapat arahan daripada pihak pengurusan. Team asrama kita akan bergerak ke Jepun untuk lawatan sambil belajar. 3 hari 2 malam aje. Next week. "tegas Taehyung seraya mengedarkan borang kehadiran kepada para penghuni.
Bunyi sorakan kegembiraan membingitkan suasana ruang kafe tersebut. Jungkook menyiku bahu Taehyung. Matanya mengisyaratkan agar bebola mata lelaki garang itu menuju ke satu destinasi panas.
"Apa kau nak setan? Tak nampak aku busy? "Taehyung mencelah dalam kesibukan. Pertanyaan rakan penghuni menghujani diri seperti peluru. Jungkook pula galak mengusiknya.
"Alah, baby sayang kau ada kawan baru. Kau tak..marah?"ujaran kata-kata Jungkook akhirnya memaksa kepala Taehyung untuk memandang ke arah tempat duduk Min Jae Yoon.
Kelibat Jae Yoong memanaskan hati. Eloknya dia bergurau senda dengan Hoseok dan Namjoon tanpa menghiraukan Taehyung di situ.
Anak matanya mencerlung garam dan tajam seperti panahan pisau. Jae Yoong masih mesra melayan kerenah dua rakan barunya itu.
"Kau jealous? "tegur Jungkook,dalam nada mendatar.
Taehyung mendengus kasar. Usai urusannya bersama penghuni asrama, derapan tapak kakinya dibawa menuju ke luar bangunan asrama tersebut.
Skrin telefon pintar yang berbunyi menarik perhatian Taehyung. Pesanan WhatsApp dari seseorang menggamit minatnya untuk berdiri di situ.
"A-apa semua ni?"
Nafasnya tersekat-sekat menanggung perit di dada. Tempoh menjauhkan diri ini menghadirkan berita mengejut kepada dirinya.
Dia masih menaruh rasa sayang. Orang yang diharapkan semakin menolak perasaannya.
Pesanan mesej khas daripada rakan sebilik merangkap pemilik hatinya itu menghancurkan emosi Taehyung. Bibirnya diketap geram. Juraian air mata turun tanpa henti dari celah matanya.
From: Jaeyoong 💕
Saya langsung tiada perasaan kepada awak. Lebih baik kita lupakan semua yang berlaku.
Ciuman tu tak bermakna apa-apa.
Tolong, cari seseorang yang lebih baik untuk diri awak, Kim Taehyung."Send: 30 minutes ago
Kim Taehyung meramas kuat helaian rambutnya. Telefon pintar tersebut direnung sejenak sebelum dia membaling telefon malang itu hancur berkecai di atas lantai simen.
Langkah kakinya terhuyung-hayang mengorak langkah ke kereta miliknya.
Serabut fikirannya. Biarlah dia pergi membawa diri untuk sementara.
-tbc-
A/N:
Hehehehe update selepas iftar.
💜
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...