"Faham!!"

"Faham" jawab semua pelajar

"So , abang lepaskan kumpulan 1 dahulu, korang boleh ikut abang Khai dan abang Luqman.. Kumpulan lain akan menyusul dari belakang.. Abang akan berada di belakang manakala 2,3 Cikgu duduk di sini bersama Kak Alya untuk jaga khemah" kumpulan 1 mula bergerak mengikuti abang Khai dan abang Luqman

Khaira melihat Lily dari sebelah yang berdiri kaku di jambatan.. Dilihat peluh-peluh renek di dahi gadis itu

"Kau gayat ke?"

"Tak!"

"Kalau gayat, aku nak pegang"

"Aku kata tak tu maknanya taklahhh.. Tak payahlah sibuk!"

"Orang nak tolong tak nak! Gi mampos kau! Berdiri dekat sini sampai malam! Daaaa" Khaira melambaikan tangannya dan mula melintasi canopy itu

"Kau nak jalan ke tak ni?" tanya Aryan yang berada dibelakang gadis itu

Lily tidak menjawab malah masih berdiri kaku di situ.. ye! Ini salah satu kelemahannya! Dia gayat dan takut akan ketinggian

Khaira mengeluh perlahan..Dia berpatah balik ke belakang dan ditarik lengan gadis itu untuk mereka bersama-sama melintasi jambatan

Lily menepis dan menjeling Khaira.. Sibuk je perempuan ni!

Khaira memandang Aryan

"Kau tolong jap bawak perempuan degil ni lintas" Khaira memandang Aryan.. Lily menjeling Khaira

Tangan memegang lengan Lily yang berlapik baju

"Tak payah takut.. Aku ada" selangkah demi selangkah Lily berjalan mengikut Aryan..

'Perasaan apa ni?'.. Walaupun gayat hatinya berbunga tapi masih mengekalkan riak beku.. Kalau ikutkan memang dia akan tersenyum sepanjang canopy walk tu

Adriana yang perlu awasi dari belakang hanya menahan sabar.. Nasib kau gayat tau perempuan! Kalau tak memang aku tak benarkan future husband aku pegang lengan kau even berlapik kain pun.. Sabarlah wahai hati.. Walaupun ikutkan hati mahu je Adriana menarik rambut Lily dan tolak perempuan tu jatuh gaung

"Kau tak payah takut.. Cuba atasi rasa gayat kau tu" Aryan melepaskan lengan Lily setelah mereka sampai ke hujung jambatan

"Terima kasih" Lily tersenyum.. Aryan hanya mengangguk dan melangkah ke arah 4 Prince yang berada dengan tunang mereka termasuk Khaira dan Qaisara

"Haihh.. Khaira nak pegang taknak.. Betullah kan you ni memang perempuan sundal! Nak juga yang bukan mahram pegang.. ish ish ish" sengaja Adriana mahu menyalakan api kemarahan Lily.. Lagipun betul apa yang dia katakan.. perempuan tu gedik sangat.. Kalau ada Aryan je dekat situ memang dia benarkan tapi tengah ada banyak lagi perempuan yang boleh pegang kan.. Nak juga si Aryan tu

"Kau pun sama la! Selalu je nak pergi pegang Aryan tu.. Memang tak sedar diri kan kau ni"

"Erghh whatever"

Adriana melintasi Lily yang tidak lepas memandangnya

"Hai future husband I" sapa Adriana dan berdiri di sebelah Aryan.. Khaira tersentak

"Siapa nak kahwin dengan kau?" soal Danish

"Aryan la siapa lagi?" Adriana menjeling Danish

"Aryan nak ke dekat kau?" soal Danish lagi

"Of course.. Kan baby kan" tangan dibawa memegang lengan lelaki itu

"Don't touch me" tangan Adriana ditepis

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now