Lee seojung..
Aku memasuki kereta milik Jungkook. Tin bir aku teguk laju. Jam di tangan aku pandang. Dah lewat malam.Kisah ape aku bukannya Namjoon balik pon. Buang masa je duduk rumah. Jadi tunggul. Baik aku keluar.Beberapa cat sembur di dalam beg di kaki aku pandang lama. Sebelum satu senyuman sinis terukir di bibir aku. Jungkook yang sedang memandu aku pandang lama.
"Hentian bas atau terowong?" Aku menyoalnya. Dia tersenyum.
"Terowong" itu sahaja yang dibalasnya. Kereta dipandu menuju ke sebuah terowong yang berdekatan. Sengaja dia memarkir kan kereta pada arah bertentangan membuatkan semua kereta yang lalu diterowong itu tersekat.
Mask aku ambil dan terus aku tutup muka. Tak nak kantoi. Nanti kena pergi balai polis. Aku turun daripada kereta. Beberapa jenis cat sembur aku ambil. Bersedia untuk kereta korang jahanam.
Aku menyembur cat di beberapa buah kereta. Air mineral turut aku simbah. Jungkook pula tak habis pukul kereta orang. Ada yang sampai cermin pecah. Ganas anak jeon ni. Tapi kisah ape aku. Bukan kereta aku.
Mata aku tertumpu pada sebuah kereta yang berada di hadapan aku. Senyuman sinis terukir. Tak sangka aku akan jumpa dia dekat sini.
Mata aku dengannya bertentangan. Terus aku keluarkan sebotol cat sembur dan aku lukis corak pada cermin kereta dia. Padan muka. Bodoh punya suami. Aku bukannya nak rosakkan kereta dia.
Tapi..
Aku nampak dia dengan isteri kedua. Isteri yang dia sayang sangat tu. Hati aku sakit. Dia keluar daripada kereta. Tangan aku direntapnya.
"Mak ayah kau tak ajar jadi budak baik ke?!! Habis semua kereta orang kau conteng.. rosak kereta aku.." tangan aku makin digenggamnya kuat. Aku menepis tangannya.
Sekali lagi tangan aku dicengkam kuat. Topeng muka di wajah aku ditariknya. Terus membulat matanya.
"Kenapa? Terkejut???!" Satu senyuman sinis dihadiahkan. Namjoon mendiamkan diri. Topeng muka di tangannya aku rampas kasar.
"Aku suruh kau jaga rumah.. bukan buat semua perkara bodoh ni!!" Nada suaranya di naikkan. Ingat aku kesah ke. Tak. Aku tak kesah langsung.
"Suka hati aku lah.. ade guna duit kau??!! Aku tak sentuh langsung duit kau!! Tak payah nak marah sangat lah.. aku tak kesah pon.. aku tak takut" terus aku sembur cat pada pakaiannya dan kemudian aku beredar. Menyampah.
Jungkook menghampiri aku. Pinggang aku dipeluknya erat. Aku memeluk lengannya. Jeritan marah daripada beberapa orang langsung tidak menghalang langkah aku dengannya. Semua cemuhan yang diterima ibarat satu aura semangat baru untuk aku.
Aku membuka pintu rumah. Berkerut dahi aku apabila melihat Namjoon sedang tunggu aku di sofa. Riaknya dingin. Aku menjeling. Malas nak layan. Malas nak tegur. Kaki aku atur mendaki anak tangga.
"Siapa lelaki tadi?" Dia menyoal. Aku memandangnya. Mata aku juling ke atas.
"Kawan aku" tiada lagi bahasa sopan. Yang ada cuma bahasa kasar. Aku anggap aku tak pernah kenal dia. Mulai harini dia bawak hal dia. Aku bawak hal aku.
"Kawan sampai mesra macamtu???!!!" Nadanya di tinggikan. Aku menghampirinya. Kolar bajunya aku tarik. Dia sedikit terkejut dengan tindakan drastik aku.
"Suka hati aku lah kitorang nak mesra macam mana.. dia kawan aku ke?!! Boyfriend aku ke?? Scandal aku ke??!! Ape masalah kau.. aku tak kacau pon kau kan waktu kau menyundal dengan betina lain" aku menolak tubuhnya. Terus aku daki anak tangga dan pintu bilik aku hempas.
Tubuh aku baringkan di atas katil. Sepaket dadah di dalam hoodie aku pandang kosong. Aku kalau boleh nak jauhkan diri dari ambil benda ni tapi aku tak boleh.
Dada aku sakit kembali. Terus satu pil aku telan. Rasa sakit hilang. Diganti pula dengan rasa diawang-awangan. Terus aku pejam mata.
Silauan matahari tepat mengena mata membuatkan aku terjaga. Awalnya pagi. Dengan malas aku bangun daripada katil dan membersihkan diri. Terus hoodie aku pakai. Kaki laju sahaja menuju ke dapur.
Aku melabuhkan punggung pada kerusi. Roti di hadapan aku ambil dan aku sapukan jem. Derapan kaki yang makin jelas kedengaran langsung tak menarik perhatian aku.
Kerusi di hadapan aku ditarik. Aku menjeling. Rasa macam selera dah hilang.
"Bagi aku satu" dia meminta. Aku tak hiraukan dia. Aku terus makan roti aku macam takde apa yang jadi.
"Aku bukan tunggul.. bagi aku satu" dia menaikkan suaranya sedikit. Aku memandangnya dingin. Terus aku letak roti yang aku makan. Pisau di tangan aku ambil dan aku sapukan pada roti. Terus aku hulurkan pada Namjoon.
Baru sahaja dia mahu mengambilnya aku terus menarik kembali dan roti tadi aku buang ke dalam tong sampah.
"Kau dah kenapa?!!" Dia memandang aku dingin membuatkan aku mengukir senyuman sinis.
"Apa?!! Aku ke?!! Eh ade orang rupanya.. tak delah selamanikan aku masak kau bukan nak makan pon.. semua masuk tong sampah.. so tong sampah lah makan.. dah aku kena gerak" aku mengorak langkah laju meninggalkan Namjoon keseorangan.
"Kim Seojung berhenti"dia menarik tangan aku. Membuatkan aku memandangnya. Tangan aku yang berada di gengamannya membuatkan aku rimas. Aku rentap tangan aku.
"Dahlah.. jangan kacau aku.. aku tak kacau kau kan??!!! Aku rimas kau tau tak.. kawan aku dah tunggu.. Sedarlah Joon.. Kim Seojung dah mati.. dia dah tak wujud.." aku terus beredar. Pintu rumah aku tutup kasar.
Aku memandang Jungkook yang sedang tunggu aku dengan motorsikalnya. Dia tersenyum. Satu senyuman manis aku hadiahkan.
"Lamanya.. nah untuk awak.. senang nanti nak call.. tau.. kau takde phone kan" sebuah kotak di hulurkan kepada aku. Terus aku ambil. Aku memandang Jungkook.
"Susah susah awak je" Jungkook memggeleng. Terus aku menaiki motorsikalnya. Pinggangnya akunpeluk erat. Bauan maskulin daripada badan Jungkook menarik perhatian aku.
Hati aku membantah. Mengatakan aku tak patut buat begini. Tapi aku tak boleh. Aku tak kuat. Aku tak nak terluka lagi. Maaf Joon. Untuk kali ni saya takkan tertipu. Saya penat.
Jungkook memberhentikan motorsikalnya disebabkan lampu trafik bertukar merah. Mata aku memandang kereta yang berada di sebelah. Membulat mata aku dibuatnya.
Pandangan aku bertentangan dengan pandangan Namjoon. Dia memandang aku dingin. Aku tersenyum sinis. Terus aku letak kepala aku dibelakang Jungkook dan aku eratkan lagi pelukan.
Namjoon kelihatan marah.Sakit hati ke? Sekarang saya akan bagi balik apa awak buat. Maafkan saya Joon. Tapi ini yang terbaik supaya awak sedar awak tak mampu hidup tanpa saya.
"Kita nak pergi mana?" Aku menyoal Jungkook.
"Hospital" aku memuncungkan bibir. Dalam banyak-banyak tempat situ jugak dia nak pergi.
"Untuk?" Aku menyoalnya lagi. Siapa yang sakit. Jungkook tak sihat ke?
"Untuk kau dapat rawatan.. sedarlah kanser darah kau boleh buat kau mati.. aku tak nak.. aku tak sanggup hilang kau" aku tersenyum tawar. Kalau takdir saya mati. Doakan saya bahagia ya Jungkook.
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...