Hong Kong, 2330 PM
Penerbangan dari Hong Kong ke Korea Selatan mengambil masa kira-kira 3 jam 5 minit. Mereka segera menaiki penerbangan pulang setelah menamatkan acara fan meeting kira-kira pukul 11.00 tengah malam. Jadual masing-masing yang padat menyukarkan mereka untuk berjalan-jalan di Hong Kong dan menyebabkan mereka terpaksa pulang dengan kadar segera.
Jihyo, yang duduk berdekatan tingkap tidak tidur, sebaliknya menikmati permandangan malam Hong Kong dari atas. Lampu-lampu yang terbuka mengindahkan lagi suasana Hong Kong yang terkenal dengan makanan yang sedap.
Terngiang-ngiang pujian yang diberikan oleh para peminatnya dan ahli Running Man yang lain mengenai potongan rambutnya. Potongan rambutnya menampakkan dirinya begitu comel dan muda. Tiba- tiba, dia teringatkan seseorang. Dia tersengih sahaja, mengenangkan reaksi dia yang menunjukan riak masam apabila Jihyo menyatakan hasratnya untuk memotong rambut.
Dia tidak habis-habis menyikat rambut Jihyo dengan mengunakan tangannya. Selepas itu, dia akan bermain-main dengan rambut Jihyo. Dan kemudian, dia akan berpura-pura menjadi penggaya rambut, menghiasa rambut Jihyo dengan sesuka hati dia. Kalau dia bosan sangat, dia akan serabaikan rambut Jihyo dan menyikat balik rambutnya.
Jihyo, rela sahaja membiarkan rambutnya menjadi ' alat permainan ' dia. Sejujurnya, Jihyo gemar apabila dia mengusik rambut Jihyo. Dia selalu bermain dan menyentuh rambut Jihyo walaupun mulutnya sering melemparkan kutukan mengenai rambutnya. Kasar la, panjang sangat la, lembut sangat la, terang sangat la warna dia. Tetapi hakikat sebenarnya, apa yang dikatakan oleh dia sangat bertentangan. Jihyo tahu, dia tidak pandai mengungkapkan pujian dari mulutnya tetapi cukup bagi Jihyo dia ungkapkan melalui perbuatannya.
Sedang dia bermain dengan rambut Jihyo, ( hampir setiap kali jika Jihyo melawat rumahnya ), Jihyo menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan dia.
" Saya kena potong rambut, untuk movie saya nanti. "
Perbuatan dia yang leka bermain dengan rambut Jihyo terhenti. Dia memandang Jihyo yang mengubah kedudukan dari membelakanginya dengan duduk berhadapan dengannya. Perlahan-lahan, senyuman mula pudar dari muka dia. Terpapar riaksi yang paling dibenci oleh Jihyo, iaitu merajuk.
" Kena ke potong rambut, aku lagi suka kau rambut panjang, kalau kau rambut pendek nampak macam orang tua. "
Rungutnya.Terpampang riak muka tidak senang di mukanya. Sejujurnya, dia lebih gemar kalau Jihyo menyimpan rambutnya.
" Nak buat camna, memang kena potong rambut saya. Kalau tak, saya kena marah dengan director tu. Yah, mana ada rambut pendek macam orang tua. "
Ujar Jihyo mempertahankan diri. Sempat Jihyo menukul kepala dia menyebabkan dia mengaduh kesakitan.
Dia sekadar senyap sahaja. Kedengaran Iphone Jihyo berbunyi. Segera diambil dan ditekan punat hijau. Selepas beberapa minit, Jihyo segera bangun dan bersiap-siap ingin keluar.
Dia masih lagi merajuk di atas sofa. Matanya meliar memerhati pergerakan Jihyo, tertanya tujuan Jihyo selepas ini memandangkan Jihyo kelihatan tergesa-gesa. Jihyo menuju ke arahnya, memelukanya erat sambil mengusap kepala dia dan berlalu meninggalkannya.
" Hey Kim Namjoon. janganlah merajuk. Nanti lepas saya potong rambut, saya akan usahakan panjangkan semula rambut saya. Bye ! "
Sempat dia menjerit di kaki pintu sebelum berlalu keluar dari rumah Namjoon. Namjoon, sekadar menjeling sahaja.
Seoul, 0030 AM
Namjoon mengeluarkan Iphonenya. Masa terluang digunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa bersama Iphonenya yang terchenta. Kedengaran suara riuh rendah didengari bersebelahannya.
" Hyung, Jihyo Noona potong rambut ke ? Lawa la. "
Puji Jimin, matanya tidak lepas mengscroll Twitter dan Ig. Pertanyaan Jimin tidak dibalas oleh Namjonn. Pantas Jin meniku Jimin dan menceritakan perkara sebenar kepada Jimin.
" Oh merajuk rupanya. Good luck la tunggu Jihyo Noona pujuk. "
Perli Jimin dengan nada yang kuat. Sempat Namjoon melemparkan pandangan masamnya ke arah Jimin dan Jin yang masih menggelakkan dia. Tanpa sedar tangannya mula menaip sesuatu. Dia fokus mengscrollkan ke bawah. Tanpa sedar, mukanya mula membahang merah. Terlihat gambar seseorang.
" Yah, Namjoon. Kau okay tak ?. Kenapa merah padam muka kau ? "
Soal Suga pelik. Namjoon sekadar menggeleng mukanya. Sambil tangannya menutup mukanya yang masih merah.
Ting !
Bunyi Iphone Jihyo menandakan ada mesej baharu. Terpampang nama penghantar yang membuatkan dirinya tersenyum lebar.