#3

187 31 0
                                    

Pintu office encik tuan dibuka secara kasar dan membuatkan orang yang berada didalam bilik itu terkejut.

Setiausaha appanya terus keluar apabila mark memberi isyarat agar dia keluar. Encik Tuan memandang kearah anaknya sebelum tersenyum.

" Why my son? ada sesuatu yang berlaku? "

Mark melabuhkan punggung dikerusi yang diduduki oleh setiausaha appanya tadi. Muka dikekalkan seperti tadi.

" aku dah bercerai dengan dia. Ini yang appa nak kan? "

Sekali lagi encik tuan tersenyum tapi kali ni lebih lebar.

" bravo my son. you did well. very well. so macam mana keluar dengan sana? it is good? "

Mark memandang kearah encik tuan tanpa sebarang reaksi. Appanya memang langsung tak memahami dirinya. Mungkin inilah sebabnya omma tinggalkan appa.

Encik tuan jenis yang pentingkan diri sendiri. Pentingkan wang daripada orang lain walaupun orang lain tu adalah darah dagingnya sendiri.

" no. i dont like her. I still.. love my wife. "

Encik tuan menghentakkan tangannya dimeja dengan kuat tanda tidak suka dengan ayat mark sebentar tadi.

Namun mark langsung tidak memberi sebarang tindak balas, langsung tidak takut dengan renungan tajam encik tuan terhadapnya.

" appa tak kira appa nak kamu kahwin dengan sana dalam bulan ni juga. Urusan penceraian kamu dengan betina tu biar appa yang uruskan. "

Mark berdiri, muka encik tuan dipandang. Tergamak encik tuan panggil chorong betina?

" watch your language. betina yang appa cakap tu bekas isteri aku, menantu appa. kalau appa tak boleh respect dia, aku pun tak teragak agak nak kurang ajar dengan appa. "

Ujar mark tenang. Baru sahaja mark nak keluar dari bilik office itu, langkahnya terhenti disebabkan appanya memanggil namanya dengan keras.

" kalau kamu tak kahwin dengan sana appa pun tak teragak agak nak hancurkan hidup betina tu. "

Mark berdecit sinis.

" buatlah kalau appa berani "

Ucap lelaki itu, tanpa sedar dia sudah mencabar ayahnya sendiri.

Mark keluar dari bilik office appanya sambil menghempaskan pintu dengan kuat.

" okay i will do if you want "

encik tuan tersenyum sinis. Smartphonenya diambil sebelum membuat panggilan kepada seseorang.

********

" haih, noona dah oklah. Dont worry ok? "

Chorong mengunci pintu utama rumahnya. Telefon masih setia berada ditelinga.

Harini gadis itu memakai pakaian sukan. baju dan seluar berwarna putih jenama adidas dipasangkan dengan kasut sukan berwarna hitam berjenama adidas juga. Rambut pula diikat satu. simple.

Daripada duduk membuang air mata dirumah bagus terima ajakan naeun untuk bersenam.

Kedengaran jinyoung mengeluh dicorong telefon dan itu membuatkan chorong tersenyum.

jinyoung ni jaga dia sangat sampai kadang2 gadis itu rasa rimas. untung siapa yang kahwin dengan jinyoung ni.

Kaki dia yang sudah baik 3 hari yang lalu pun jinyoung masih tak suruh dia buat kerja rumah, keluar dari rumah pun mesti dia ada sekali baru dia benarkan.

EyesWhere stories live. Discover now