Crazy Neighbour | jjk
04
Hidden CEO
Aku tergesa-gesa keluar dari rumah. Jari telunjuk aku pantas menekan butang lif untuk turun ke tingkat bawah."C-cepatlah. Nanti terserempak dengan mamat sakai tu musnah pagi aku yang indah ni."bebel aku sendirian.
Ting.
Bunyi pintu lif terbuka luas mendorong aku bergerak pantas. Biar pantas, janji aku tidak bertemu bayang jiran gila aku itu.
Cukup-cukuplah lawak bosskur seksi namatey yang direka oleh Jeon Jebon. Hati lemah ini menolak keras seandainya peristiwa 'sexy ramen' itu berlaku kembali.
Datang makan ramen. Pakej sekali kotorkan mata aku yang suci ini.
Jangan kau muncul di depan mata aku Jungkook. At least, untuk beberapa hari.
----
Resume yang terletak di dalam fail kuning cair aku tenung bersama iringan perasaan yang bercampur-baur.Setelah berbulan-bulan aku menganggur di rumah kerana sudah tamat pengajian, aku berazam untuk mencari kerja yang sesuai.
Pintu bilik yang tertera nama Mr J itu aku tenung lama. Perasaan kurang enak menyerang seluruh pelusuk hati.
Misteri betul nama bos aku ni. Satu huruf je dia letak.
"Park Young Mi, Mr J arahkan cik untuk masuk. Selamat maju jaya."pesan kakitangan separuh abad yang tersenyum seperti kerang busuk itu.
Aku mengangguk kekok. Tanganku segera memulas tombol pintu bilik Mr J.
"Selamat sejahtera. Saya Park Young Mi. Calon setiausaha Mr J?"
Kerusi pejabat yang tinggi itu menyorokkan susuk tubuh bakal majikanku.
Hampir terperanjat aku apabila suara gelakan manja Mr J memenuhi ruang pejabat peribadinya.
Saat kerusinya dipusing, aku nyaris melemparkan fail resume tersebut ke arahnya.
Jari telunjuk Mr J begitu sakan menggaru lubang hidungnya. Kening lelaki itu berkerut apabila mataku merenungnya tajam.
"Tak sangka jiran tersayang aku ni bakal setiausaha aku. Aigoo, ini yang buatkan aku makin aummm dekat kau Young Mi. Grrrroahh."
Jungkook mengangkat tangan dan meniru gaya kucing miang. Bibirnya mengaum bunyi manja. Manakala, kerusinya didekatkan ke meja supaya dia dapat berbual dengan lebih mesra.
Apa kejadahnya kau nak mengaum dekat aku Jebon?
"K-kau ceo syarikat pembekal pakaian dalam Calvin Klein ni? Biar benar dong?"
Mr J atau nama sebenarnya Jungkook menepuk tangan. Lengannya didepakan untuk menyambut kedatangan aku.
"Come to Mr J. Welcome to our boxer company. Eheheheheheheh. Grrr."
Gila. Aku bernasib malang hari ini.
-TBC-
A/N:
Tak sangka cerita merapu ni dapat sambutan.jajahahaha
Terima kasih sudi baca dan letak dalam library dan reading list korang.
😂😂😂
YOU ARE READING
[C] Crazy Neighbour | JJK
FanfictionRupa kacaknya langsung tidak mengusik hatiku. Kerana perangai gilanya yang mencecah level maksimum. Start: 12/1/2019 End: 02/05/2019 Photo [Using For Cover]: shaza @starryjee #1 in fanfiction (6/5/2020)