Time Traveler 1 : The girl from Nowhere

321 11 5
                                    

Ritdya Highschool;

Wave melihat di persekitaran sekolahnya. Ah bekas sekolahnya yang sebetulnya. Banyak kenangan yang tersimpan di sekolah ini. Sejak director lama ditumpaskan keadaan di sekolah ini menjadi lebih baik dan adil. Seperti kemahuan Pang...

Usaha mereka tidak sia-sia...

Mereka belajar banyak perkara.

Persahabatan...

Kepercayaan...

Kejujuran....

Dan...

Cinta...

Mereka mengharungi semuanya bersama...

Orang cakap waktu-waktu di sekolah adalah masa yang paling berharga dan patut dihargai. Kita graduate, kita lakukan bersama dengan sahabat-sahabat kita dan mencipta kenangan yang paking indah dalam hidup kita.

Tapi pengakhiran kita di sekolah... bukan bermaksud masa kita tamat di situ sahaja. Ia mungkin permulaan untuk sesuatu.

Atau mungkin akan lebih menjadi lebih menakutkan...

"Waveeeeee!!!!!"

Ohm nampak begitu matang sekali. Dia tersenyum lembut dan terus meluru memeluk Wave. Dah lama tak jumpa pemuda yang selalu buat kecoh ni. Selepas graduate dengar kata Ohm ikut familynya ke China. Dan sejak bulan lepas baru pulang ke sini semula.

"Oi! Sihat kau sekarang ea? Bukan main lagi! Makin handsome sekarang!"

Wave sengaja mengacak-acak rambut Ohm yang dah ditata rapi itu. Wave tak main-main bila dia cakap Ohm dah makin handsome. Pemakaiannya, gaya rambutnya. Memang nampak bukan gaya Ohm dulu-dulu.

"Kurang ajar kau Wave. Puji-puji aku pastu kau pedajal aku eah. Sejak bila kau jadi nakal camni."

Ujar Ohm sambil ketawa. Tangannya menepis tangan Wave dan membaiki semula rambutnya.

"Apa khabar Inspektor Wave?" Suara itu masih lagi tenang. Dari dulu sampailah sekarang.

Punn lengkap dengan suitnya kelihatan sangat kemas dengan Korn yang berdiri di sampingnya. Korn mengenakan pakaian casual biasa namun masih mengikut warna tema yang ditetapkan. Mahu tak ikut, kejap lagi kena maki hamun dengan Claire sebab tak ikut syarat yang ditetapkan.

Kamera- kameranya masih setia bersama dengan Korn. Nampaknya Korn masih mampu menjaga kamera lamanya dengan elok sekali.

"Punn! korn! Gosh! Our famous Violinist and criminal photographer!" Wave tanpa membuang masa lagi dia terus menarik Punn dan Korn ke dalam pelukannya. Mereka begitu untuk beberapa waktu yang agak lama. Sehingga ada suara deheman menyapa mereka.

"Haiii abang-abang handsome ni semua lupakan kami ke?"

Mereka terpana dengan melihat Mon yang cantik dengan dress putih separa lututnya. Dia berdiri di situ sehinggalah Giliran Ohm pula yang berdehem dan menarik mereka semua dari lamunan masing-masing.

"Ehem! Ehem! Tunang orang! Tunang orang!"

"WHAT?!"

Ketiga-tiga mereka serentak dengan rasa terkejut manakala Mon pula dengan sopan ketawakan sikap lucu mereka.

"Dengan Art. Ketua kelab martial arts dulu."

Wave, Punn dan korn hanya ber-oh ria. Mereka terus berbual mengenai kenangan lalu hinggalah Claire datang dengan membawa seseorang dengannya.

Ketika itu nafas Wave bagaikan terhenti untuk seketika...

Namtarn.

Gadis itu kelihatan berbeza sekali dengan waktu mereka di sekolah dahulu. Rambut panjangnya dipotong paras bahu dan dengan menggunakan teknik salon, rambutnya itu dialurkan menjadi ikal mayang.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now