Author saja nak kenakan readers about Natasha... Actually Natasha dah berubah dari perangai miang keladi dia tu.. Haha!
-----------------------
Natasha memandang sepi pintu bilik Hanin. Nak tegur tapi tak berapa berani. Buatnya Hanin serang dia sebab dia menggatal tadi kan, dah kena! Dia tak nak ambil risiko.
"Ha, awat tu tasha? Dok ngendap bilik orang.. Awat tak pi tidur lagi? "Soal Wan yang baru naik untuk sangkut tasbih di tiang kayu rumah itu.
Tersentak Natasha sebab terkejut. "Tak dak pa aih, wan.. Ceq saja lalu kot ni.. Ingatkan nak tengok Anin tu tidur ka dak lagi? Tu ja.. "
"Tak payah dok kacau depa. Esok-esoklah sembang...sayok dah ni.. Pi masuk tidur dulu. "Suruh Wan.
Natasha mengangguk sambil tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Ha.. Ceq masuk tidur dululah.. Assalamualaikum, wan! "Ujar Natasha sebelum berjalan laju ke arah biliknya.
Wan menggeleng kepalanya beberapa kali. Apalah, dia nak buat?
°°°
Hanin tidak boleh tidur kalau dia berubah tempat. Kena ambil masa juga. Hanin mengiring ke tepi menghadap Rizq. Hanin senyum lagi bila tengok muka tenang Rizq. Dia suka tengok Rizq tidur. Jarinya mula meniti di atas hidung Rizq.
'Saya sayang awak Rizq. Tak kiralah apa pun yang berlaku saya akan tetap sayang awak. Insyaallah.. 'Gumam Hanin sebelum mula memejamkan matanya.
°°°
Selepas bangun dari tidur, Hanin terus turun ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Selipar disarung. Terkejut dia apabila Natasha tercegat di muka pintu tangga.
Hanin mendengus kasar. Bencilah perempuan ni. Kenapalah dia macam tu.
"Kau nak apa? "Soal Hanin kasar.
Natasha ketawa sikit sebelum menjawab. "Awat? Hang takut aku rampas laki hang ka? "Soal Natasha kembali.
Hanin mengetap bibir geram. "Tepilah! Aku nak pergi ambil air sembahyang ni.. Sibuk je hal orang.. "
Hanin melanggar bahu Natasha sehingga Natasha ter ke belakang. Natasha menjuih bibir. Orang nak buat baik pun salah. Apa? Muka dia ni nampak macam muka penghancur rumah tangga orang ka?
Terus Natasha berlalu ke biliknya.
°°°
"Awak, bangunlah... Saya dah solat dah! "Panggil Hanin.
"Awak... "
"Ye sayang... Saya dah bangunlah..."Jawab Rizq.
"Kalau bangun... Pergilah solat kang jadi subuh gajah pulak! "
Terus Rizq bangun cium pipi Hanin dulu sebelum beredar ke bilik air.
Hanin menggeleng kepala beberapa kali. 'Awak buat saya jadi gila Rizq.. 'Monolog Hanin sendirian.
Selepas semua selesai Hanin turun ke bawah untuk membantu tok sediakan sarapan.
Dia lihat mak longnya masih masam mencuka memandangnya. Mak long sememangnya perangai dia begitu. Kalau apa-apa yang mereka buat tidak bagitau dia, itulah macam perangai dia. Sabar jelah.
Mak long menjelingnya. Hanin faham walaupun mak long diam, tapi dia tau mak longnya marahkan dia.
"Mak long nak masak apa ni? "Soal Hanin sekadar mengambil hati.
"Hang tak payah nak sibuklah, pi sana nu.. Kacau orang ya! "Marah mak long.
"Liah.. Yang hang dok tak puas hati sangat tu pasai pa? "Tegur tok.
"Mak yang nak menangkan budak tu sangat pasai pa? Dulu mak dok puji dia sangat.. Dok Baguih, Baguih... Lani, kahwin pun cara macam tu.. Elok latu! "Bentak mak long.
Hanin sabarkan saja hatinya. Dah biasa dengan sikap mak long yang macam tu.
"Hang dok kata lagu tu.. Mana tasha? Dia tolong hang lah kat dapur? Kira dok goyang kaki.. Main tepon.. Elok latu! "Balas tok.
"Dahlah, tok.. Memang betul pun apa yang mak long cakap tu.. Tak pelah.. Tok.. Anin naik kejap, nak ajak Rizq keluar.. "Pintas Hanin. Kalau dia duduk kat sini pun mak long tak suka.
"Eloklah bawa suami tu keluar.. Pagi-pagi macam ni... Eloklah.. Lagipun cuaca tak panas hari ni.. "Ujar tok.
Hanin mengangguk lalu beredar ke atas.
Naik saja sampai ke atas dia terserempak dengan Natasha lagi.
"Kau ni asal? Dah jadi penunggu tangga ke apa? "Soal Hanin. Dah masuk dua kali dia asyik terserempak Natasha dekat tangga.
Natasha mengemam bibir.
"Sebenarnya aku nak mintak maaf kat hang! "Ujar Natasha.
Berkerut kening Hanin. Pelik.
"Kenapa? "
"Yalah, kemarin aku macam gedik sikit dekat laki hang. Besalah kan, jumpa laki hensem! "
"Kau jangan nak main-main dengan aku lah tasha.. Tepilah! "Hanin menolak Natasha ke tepi.
Natasha menarik lengan Hanin.
"Aku dah tak macam dululah.. Lagipun tu kan laki sepupu aku.. Aku saja ja acah hang.. Kuat jugak cemburu hang noh?! "Natasha memerli Hanin.
Hanin mengemam bibir.
"Aku tak percayalah kalau kau dah berubah. "
Natasha ketawa kecil. "Kalau turun dapur tu aku malas. Tapi bab nak pekena kawan ka apa, aku dah insaflah.. Aku sedar aku ni perempuan kenalah buat perangai elok.. Bab turun dapur tu aku berubah sikit-sikit ah.. "Terang Natasha.
Melihat tiada reaksi daripada Hanin. Natasha terus tepuk bahu Hanin. Tersentak Hanin.
"Sakitlah bodoh! "Kan dah mencarut.
Natasha ketawa. "Kosong-kosong noh! "
Melihat anggukan daripada Hanin Natasha sengih suka.
"Yeah... Serius aku nak habaq ni.. Laki hang hensem.. Hehe.. Nanti caqi kat aku sorang.. "Seloroh Natasha.
"Kau ingat nak cari laki ni macam pilih baju ke? "
"Alah... Mesti kawan laki hang banyak hensem.. "
Hanin menggeleng. "Dah, aku nak keluar dengan my hubby.. Bye.. "
Natasha menjuih bibir. "Yalah.. Pilah.. Petang satni kita sembang lain.! "
Hanin mengangguk lalu masuk ke dalam bilik. Mujurlah, Minah tu dah berubah. Jangan jadi macam asyikin sudah. Sampai sekarang bermusuhan dengan dia.
-----------------
Suka tak sisi natasha yang ni?
Kalau hampa suka angkat tangan cepat!
Lagi satu sapa benci mak long? Hmm
Kalau benci vote lah supaya mak long berubah.. Haha.. 😂😂
YOU ARE READING
Jodohku,Classmate Ku?✅
Teen Fiction❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menjadi isteri Rizq di usia yang muda. Masing-masing masih bersekolah. Rizq Haikal seorang lelaki yang...