Hurting 3 (end)

648 16 12
                                    

"Kau dah banyak berubah."

Yang ditegur hanya tersenyum, berada di atas atap sekolah adalah paling menyenangkan. Tempat favourite mereka.

Sepatutnya Pang dan yang lain berjanji untuk berjumpa di bilik komputer rahsia Wave. Tapi, Pang berjaya memancing Wave untuk kembali semula ke atas atap bangunan sekolah.

"Aku atau kau Wave?"

Bukan tempat Wave untuk mengkritik apa yang Pang lakukan. Semua yang berlaku ni pun, berpunca daripada sikap pentingkan diri masing-masing.

Yang berada di hadapan Wave ini adalah Pang... tetapi bukan Pang miliknya yang sentiasa beralah dan tetap memberikan pandangan yang memaafkan walaupun Wave bersikap seperti tidak mengacuhkannya.

Kerana Pang yang belajar menerima dan Wave sentiasa melukainya.

"Kalau kau nak cakap pasal apa yang aku buat pada sistem sekolah ni-"

"I don't give a fuck about that."

Berapa banyak kali kau tetap memasang topeng tersenyum walaupun sebenarnya kau dah lelah? Berapa banyak topeng lagi yang akan sentiasa berganti kerana rekahannya menjadi tak dapat diselamatkan?

Pang? Berapa banyak topeng lagi harus berganti sehingga kau betul-betul menjadi diri kau yang sebenar?

"Wave? Kau sayangkan aku tak?"

"Kau cakap apa ni hah?! Kau ajak aku ke sini hanya untuk bercakap mengenai perasaan ke?! Sumpah geli! Dahlah Pang! Kau nak tolong aku ke tak ni?"

"A- aku cuma nak hidup bahagia... sama macam bila aku dengan P'Chanon... aku sangkakan kau boleh berikan aku perasaan yang sama- sebab korang nampak sama sangat."

Pang menangis, dia berdiri betul-betul di atas tembok yang menjadi pembatas bangunan.

"Pang turun! Pang jangan buat gila!"

"Wave? Cakaplah kau cintakan aku. Walaupun aku tahu kau berbohong- sekurang-kurangnya aku rasa bahagia untuk saat terakhir aku."

Wave dah panik, dia turut naik ke atas tembok itu, tak peduli lagi rasa gayatnya dan langsung tak mahu pandang ke bawah. Kerana fokus utamanya adalah Pang.

"Pang- p- please... jangan buat macam ni. Jangan tinggalkan aku sorang-sorang. Please Pang. Aku merayu sangat."

Pang ketawa.

"Apa? Sorang-sorang? Jangan risau... Namtarn kan ada... sekurang-kurangnya dengan tiada aku, kau dah tak payah risau lagi nak jaga perasaan aku. Kau bebas bersama dengan dia bila pun kau mahu."

Wave membersarkan matanya, bulir-bulir air mata jernih mula mengalir dengan deras.

Pang hanya tersenyum untuk kali terakhirnya. Dan kemudian tahu-tahu sahaja dia sudah tiada di atas tembok itu. Tahu-tahu sahaja terdengar satu bunyi yang kuat jatuh dari bawah.

Dan tahu-tahu sahaja pandangan Wave mula gelap.

Itu adalah kali terakhir dia melihat senyuman yang sentiasa menghangatkan suasana hatinya. Dia tak melihat lagi kesedihan dari mata Pang. Sebaliknya dia melihat satu kebebasan yang terlihat jelas saat Pang terjun ke bawah. Dari situ dia tahu, Pang sudah 'melepaskan' dan dia gembira kerana telah bebas.

Satu bulan kemudian;
Wave terduduk di dalam bilik Pang, dia melihat foto-foto mereka tergantung dengan klip kertas yang terhias cantik pada dinding. Dia melihat satu persatu dengan penuh teliti, dan setiap gambar menyimpan seribu kenangan yang membuatkannya kembali menjadi sebak.

Namtarn berada di sisinya, terus mengusap perlahan belakang Wave agar budak lelaki itu meluahkan perasaannya tanpa risau apa tanggapan Namtarn padanya. Namtarn nak tunjukkan bahawa dia langsung tak kisah kalau Wave mahu menangis di hadapannya.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now